Monday, June 27, 2011

KEGILAAN YANG TIBA-TIBA...

Cuti Sabtu & Ahad baru-baru ini merupakan satu kegilaan yang terbaru, marathon movie kot... Ok la kalau setakat 3 kan? Entah ape mimpi tetibe je. Mujur juga Kauthar dah besar, so takde la leceh sangat nak bawak beg susu & beg kain baju dia...

Behave boleh tahan la, walaupun rimas tengok dia keluar masuk, keluar masuk merentasi 2 orang awek dan 1 orang balak! Nasib baik comel lantas membuatkan insan-insan tersebut agak terhibur dengan gelagatnya...

1st movie adalah on Saturday 5.40 petang cerita SUPER 8. Ok la nak relax-relax...

Next day agak marathon sebab tengok 3,2,1 CINTA pada 2.05 petang then sambung tengok cerita KL GANSTER 3.45 petang. Moral yang Mr. Hubby dapat dari KL GANGSTER adalah:


"Sejahat-jahat gangster... tetap ingat hubungan darah..."

"Bagus Aron Aziz berlakon..."


Maaf ya... movie lain tiada ulasan yang dibuat.

Cuti hujung minggu juga sekarang menjadi kegilaan untuk membuat PAVLOVA. Sabtu terbaru menyaksikan PAVLOVA disediakan tanpa menggunakan whipping cream! Namun tetap menjamin selera si pemakan yang hadir di rumah itu. Misi sekarang adalah untuk mendapatkan cake mixer dan oven yang lebih sesuai. Tapi Tuhan seperti tidak merestui tujuan tersebut, kerana wang simpanan yang dikumpul sedikit demi sedikit berkurangan untuk memenuhi tujuan yang tiada dalam perancangan... Agak kesedihan sekarang...!!! Meronta-ronta tapi tak lepas nak cakap... Sedih sangat hati ini... huhuhuhuhuhuu...

Dengan rasa berat hati tepaksa merelakan, dengan harapan akan digantikan oleh Allah dengan sesuatu yang lebih berkat dan mengembirakan...

Amin...!!!


Thursday, June 23, 2011

ADOIIII!!!!!

Sempena dengan kenaikkan tarif elektrik di Malaysia, maka suma isi rumah telah menjalankan langkah-langkah penjimatan di tahap yang maksima. Dan usaha itu tidak berakhir di dalam lingkungan kawasan rumah semata-mata, malahan terus melarat ke premis pekerjaan.

Sila lihat kegelapan itu. Sape kate org gomen tau ngabihkan duit semate!!! Jimat ni... Jimat amat!!!

Namun itu bukan pokok persoalannya di sini... Keluhan di atas merujuk kepada penderitaan yang dah memakan masa hampir seminggu. Sakit belakang makin menjadi-jadi. Tukang urut termashor pulak asyik busy je... Asal call je kat bando lah, kat pekan lah, ade org lah. Last-last sakitlah kau sorang-sorang kat situ yer...

Time sakit-sakit macam ni mula la ingat mak! Kalau mak dok dekat memang tak payah bagi hint tengok muke dia dah tahu. Nak suruh somi picit... Tangan lelaki wey, bapok sakit, mau patah tulang temulang ku...

Kesimpulannya sekarang memamg rasa nak balik dan melentangkan diri di atas katil yang empuk lagi enak... hhhuuuuwaaaaaa!!!!!

Sekian!!!

Thursday, June 9, 2011

BILA HATI DAH MARAH, SEMUA JADI BURUK!!!

Ade saye kisah???!!! Memang kisah pun... Kalau ikut hati yang marah ni... Heeeeiiisshhhhh!!!! Tuhan je yang tau. I tak kacau hidup U, boleh tak jgn kacau hidup I??? Mind your business ok...??? For me simple, there is no next time, it is now or never! Kalau niat tu baik nak berubah, so buat betul-betul... Jangan cakap je lebih... If u dah janji taknak kacau hidup orang so buat betul-betul... Kang kene panah petir baru tau sebab cakap bohong dan hipo!!!

Sangat tak faham dengan manusia yang menjadikan amalan bercakap bohong sebagai satu kebiasaan. Lagi satu sikap menunjuk-nunjuk bahawa anda sangat-sangat insaf dan mengamalkan ajaran agama dengan patuh dan taat, walhal anda masih duduk serumah dengan lelaki bukan muhrim... Out of mind ke ape??? Can u be just your self??? I just don't understand this kind of people... Lepas tu buat serangan psikologi kat twitter... Hello..... This is stupid game la budak!!!

I'm not telling I am good, tapi saya berpijak di bumi yang nyata. Jika nak berubah, sila berubah dalam erti kata yang sebenar... Jika tidak anda menambahkan lagi golongan-golongan munafik kat muka bumi ini.

Sedih betul dengan manusia-manusia macam ni... Saya sentiasa berdoa supaya mereka diberikan taufik dan hidayah oleh Allah s.w.t dalam setiap solat saya. Ya, mereka sangat menyakiti hati saya, tetapi tidak menjadi kebiasaan saya untuk mendoakan perkara-perkara yang buruk buat mereka. Balasan di dunia dan akhirat hak Allah...!!! Saya tiada kuasa untuk menghukum dan meminta mereka dihukum...

Tolong faham dan tolong pergi jauh dari hidup saya kerana anda tidak mempunyai apa-apa erti dalam hidup saya. I do believe in karma... Kalau kita hormat orang, orang akan hormat kita. Jika anda berbuat jahat pada orang, nanti anda juga akan mengalami perkara yang sama... Dan kalau anda suka menipu, alamatnya 100 kali anda akan ditipu...! Tak sedar-sedar lagi ke...?

So... Think wise people!!!

Friday, June 3, 2011

5th WEDDING ANNIVERSARY

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Allah s.w.t pada hari ini 3 Jun 2011 (3 Jun 2006) genap 5 tahun usia perkahwinan saya. Pelbagai ujian dan dugaan yang telah ditempuhi sebelum dan selepas perkahwinan... Dugaan yang paling mencabar sudah tentu selepas perkahwinan, agar lebih tepat lagi selepas 4 tahun usia perkahwinan saya...

Sesungguhnya ujian Allah sangat mematangkan saya. Terus terang saya akui, hati ini masih lagi terluka... Tapi seteruk mana pun ujian Allah, hidup mesti diteruskan... Biar apa jua tindakan dan perbuatan manusai pada saya, saya tetap yakin dengan ketentuan Allah. Dia yang membenarkan sesuatu perkara itu terjadi, maka dialah yang berhak menentukan untung nasib kita. Sebagai hamba Allah saya tak akan berhenti berdoa kepadaNya agar hati saya tetap pada satu-satunya lelaki yang saya telah kahwini 5 tahun yang lalu.

Saya juga yakin selagi kita taat pada perintah Allah, menjaga hubungan dengan Allah selagi itu Allah akan melindungi dan memelihara kita, bukan sahaja dari aspek fizikal malah kekuatan jiwa... Dan itu sangat-sangat saya akui... Jiwa insan akan menjadi lebih kuat dan kental bila darjah amalan dan ibadat ditingkatkan. Ketenangan itu akan datang dengan sendirinya. Sehingga ke suatu tahap, apabila perkara yang sepatutnya menjadi kemarahan sebelum ini saya mampu membiarkannya berlalu bagaikan angin, kerana saya sudah terlalu penat untuk mempamirkan emosi pada manusia yang tidak tau untuk menghargai pengorbanan dan kesetiaan saya selama ini. Pada saat itu akan terdengan bisikan, 'biarkan ia pergi, Allah ada bersamamu dan ia akan kekal selamanya..."

Manusia akan mati, tapi Allah akan kekal bersama-sama kita ke mana jua kita berada... Dan itu satu keyakinan yang telah sekian lama tertanam di dalam diri cuma pergantungannya sangat kurang sebelum ini.

Keindahan menunaikan ibadah Umrah 30 Mei - 11 Jun 2011 masih lagi segar dalam ingatan... Satu persatu permintaan di rumah Allah termakbul... Alhamdulillah... Keindahan perasaan berdoa di Masjidil Haram, di hadapan Multazam sungguh berbeza...! Saya yakin Allah akan kabulkan permintaan saya, apa yang perlu saya lakukan adalah bersabar, kerana hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk diri saya.

Alhamdulillah... Kerisauan saya beransur hilang dengan keyakinan saya yang semakin meningkat... Walau apapun dugaan yang Allah janjikan untuk saya selepas ini, saya yakin itu yang terbaik untuk saya. Zikir, tahmid dan amalan solat-solat sunat masih menjadi amalan saya sehingga ke hari ini... Alhamdulillah ia banyak membantu membina kekuatan jiwa... Syukur ya Allah...

Sungguhpun kekuatan jiwa semakin kuat namun, beberapa ketika saya gagal untuk mengawal emosi dan perasaan amarah itu... Subhanallah... Saya juga manusia. Bila tersedar saya beristighfar kembali mengigat tuhan, ini ujian tuhan untuk saya... Alhamdulillah...

Hadiah??? Saya tidak mengimpikan sebuah hadiah yang mahal. Tidak saya mengimpikan kemewahan yang berganda. Cukuplah rasa bahagia, tenang dan syukur dengan nikmat Allah... Pernah seorang insan berkata kepada saya... "Memang wang ringgit bukan segala-galanya, tapi tanpa wang manusia tidak berguna..." Terus-terang ada kebenaran disebalik kata-kata tersebut. Tetapi berapa banyak rumahtangga yang runtuh akibat sifat tamak manusia yang mengejar kemewahan berbanding keredhaan Allah di dalam rumahtangga. Berapa ramai tokoh dan cedekia yang lahir dari kesusahan hidup, dan ketenangan jiwa... Jangan kita menjadikan harta benda sebagai ukuran bagi sebuah kebahagian dan ketenangan jiwa...

Kita sering melihat kesusahan itu sebagai satu penghalang untuk merasa tenang dan mengecapi kebahagian. Kita jarang melihat dari aspek positif nilai hidup yang kita kecapi. Seringkali manusia lalai dengan tuntutan agama apabila mereka senang dan hidup mewah. Tetapi cuba kita lihat, apabila kita ditimpa musibah, terus kita mengigat tuhan, terus kita sujud dan memohon pertolongannya... Syukur kita masih diberi peluang untuk mendapat hidayah Allah... Kasihan pada mereka yang walau ditimpa ujian kemewahan/kesusahan masih lagi tidak mampu untuk berganjak dari rasa ego mereka...!

Dalam kehidupan sehari-hari, sukar untuk kita membuatkan orang yang paling kita sayang memahami diri kita. Saya juga menghadapi masalah ini. Saya sukar untuk memahami pasangan dan pasangan sukar untuk memahami saya atau tidak cuba untuk memahami... Kaum hawa lebih mengikut emosi apabila berkata-kata berbanding kaum lelaki. Tetapi kaum adam sering melihat perkara in sebagai suatu kelemahan dan kebodohan kaum hawa. Sekalipun kesat bahasanya, jauh disudut hati, kaum hawa sendiri terguris dengan setiap perkataan yang dilafazkan...

Sehebat mana pun ujian yang Allah turunkan kepada kita, ingatlah... Itu tandanya Allah masih sayangkan kita... Jika tidak masakan dia memberikan kita ruang dan peluang untuk memperbaiki diri... Terpulang kepada kita untuk menggunakan peluang yang ada. Jangan sesekali riak dengan peluang yang datang... Jika anda ingin berubah, maka berubahlah dengan sepenuh hati, bukan sedikit-demi sedikit... Sebab jika Allah nak tarik nyawa kita, bukan sedikit-sedikit juga...

Wallahualam...