Thursday, August 25, 2011

PENGHUJUNG RAMADHAN

Ya Allah... Ramadhan dah sampai ke penghujung. Sedih dan sayu pulak rasanya. Banyak masa yang disia2kan di bulan yang mulia ini. Betapa rugi rasanya, amal ibadat setakat yang terdaya sahaja. Sungguh rasa rugi bersarang dalam hati dan jiwa saat ini. Rugi kerana kurang mengimarahkan malam2 Ramadhan, terawih pun setakat di rumah, setakat 2-3 hari je sempat berjemaah di masjid...

Ya Allah... Mudah2an ada kesempatan lagi tahun hadapan...


Wednesday, August 24, 2011

BERSIHKAN HATI MU ITU...

Ya Allah... Sakit hati ni masih bersisa rupanya. Astagfirullah...!!! Bukan senang nak maafkan orang. Tidak juga berniat untuk berkeras hati dan kekal di dalam hati yang keruh. Demi Allah kalau saya ni komputer, memang dah lama saya tekan butang delete. Tapi malangnya saya manusia biasa. Punya hati dan perasaan.

Aduhhhh... Susah nak diungkap. Cakap lebih-lebih pun susah. Lagi pun dah berjanji pada diri sendiri nak redha dan telan je ape yang nak jadi lepas-lepas ni. Sebab saya sangat yakin dan amat menyakini bahawa Allah tak akan membiarkan hambanya berada dalam kesedihan selama-lamanya. Setiap apa yang Allah turunkan mempunyai sebab yang nyata.

Hakikat itu adalah benar, dan sangat terang. Banyak perubahan yang dapat dinilai dan dilihat oleh mata ini, termasuklah mata hati. Jalan-jalan sukar Allah permudahkan. Fikiran yang buntu Allah rungkaikan. Jadi saya tidak harus menunding dan mencari sebab musibah yang menimpa. Semuanya adalah dari sikap alpa saya sendiri!

Saya cuba untuk menjadi yang terbaik untuk diri saya sendiri, supaya saya boleh menjadi yang terbaik untuk orang lain (walaupun orang lain tak hargai). Saya yakin 2-3 tahun akan datang ni saya akan sibuk semula. Saya harus memburu sesuatu yang saya ingin capai sebelum usia mencecah 40 tahun! Alhamdulillah, Allah izinkan saya untuk orang-orang yang mempunyai aliran dan pemikiran yang sama dengan saya. Allah buka jalan untuk saya. Jadi saya perlu bertindak dan menggunakan peluang yang ada.

Saya tak mahu terlalu mengharap dan mengemis kasih sayang dari manusia. Rasa sakit hati ni belum habis lagi. Saya sendiri pun tak pasti bila ia akan berakhir. Luka yang dalam, tentu ada parut. Mana mungkin hilang...

Biarlah masa yang menentukan... Saya yakin saya tidak akan selamanya berada di sini...

Ya Allah... payungilah daku...

Monday, August 15, 2011

SEPASANG KURUNG PUTIH...

Assalamualikum...

Sejak awal Ramadhan saya sangat teringin nak pakai kurung putih utk hari raya... Kurung putih atau off white. Kainnya haruslah lembut dan beralun dan yang paling penting tidak jarang... Kemudian ada perincian sulaman di leher, tangan dan labuh baju. Terbayang-bayang di mata. Sungguh cantik.... :) Tapi manakan mungkin nak ditempah disaat-saat begini kan...? Jadi pendamkan saja angan-angan itu.

Wednesday, August 10, 2011

NASI LEMAK SAMBAL SOTONG


Assalamualaikum...

Bila tiba bulan puasa ni teringat banya kenangan masa kecil-kecil dulu especially masa masih menjadi warga negeri jelapang padi iaitu KEDAH DARUL AMAN.

Pekan Simpang Kuala memang sangat akan diratapi dek penangan pelbagai makanan yang confirm penyumbang kepada gelaran ayam daging yang diberikan kepadaku dek kerana suka makan. Teringat panggilan arwah wan "sapatraman" sempenan hobi makan yang paling setia... Tapi itu semua tinggal kenangan oke... Sekarang bukan ayam daging lagi, ayam organik gitu...! Perasan kurus sebab bulan puasa kan. Motivasi itu amatlah penting.

Berbalik kepada kisah makanan di pekan Simpang Kuala sangatlah hebat! Di antara kemestian yang harus dimiliki adalah nasi lemak 50 sen. Sekarang ni dah up sikit singgit kot. Keutiaw goreng, char kuetiaw, nasi kandar madinah, nasi lemak ali, apam lenggang, kuih muih seposen sebiji (skang masih ade oke, in 2011) becoz orang memang akan cari kerana saiz dia yang sebesar ibu jari je, dan nasi lemak abang.

Nasi lemak abang ni masa I darjah 3 die dah takde. Mama kate sebab dia pegi kl meniaga kat sana (ntah ye ke tidak). Serius I sedih oke... Sebab nasi lemak die memang sedap dan penuh dengan sayur-sayuran celur (kangkung je pun).

Jadi dengan nostalgia iti, maka timbul angan-angan berbuka puasa hari ini yang menjurus kepada ciri-ciri Nasi Lemak Abang yang ade kangkung celur...

Sejarah yang telah lama terlakar dan sinonim dengan Alor Setar (atau lebih spesifik semua negeri di utara) memang tak dapat nak dipisahkan dengan makanan yang enak-enak. Kalau nak dibuat perbandingan Alor Setar dengan Kuantan... Memang I dapat rasakan orang Kuantan tidak merasai nikmat dunia yang sebenar. Serius... Cuba bagi tau tempat char keutiaw yang sedap kat Kuantan ni??? Juara??? Tak boleh lawan ler... Itu belum lagi cuba masakan tengah hari kat Medan Selera tepi Sekolah Syed Omar, Stadium, Simpang Kuala (of coz... pajeri dia the best!), Jalan Dey, Pumpong dan banyak lagi lah berselerakan di serata bandar.

Timbul juga idea untuk bukak kedai makan kat Kuantan ni sebab rasa desprate sangat nak bawa makanan utara ke pantai timur ni. Tapi, belum ada kekuatan lagi, sebab konsep perlu la mantap baru ramai pelanggan dan bukan setakan lalat semata-mata (teringat gelaran kedai lalat kat Gambang).

Well... Harus bersiap dan bersedia untuk memasak sekembalinya dari pejabat 4.30 petang. Harus jadi atau tidak program berbuka puasa di padang MPK hari ini. Nanti nak ambil gambar dan upload suasananya di belog ini. Tengku Puan Pahang pun dah turun kan... Murka nanti rakyat jelata tak mahu merasai tradisi bandar Kuantan...!


Sunday, August 7, 2011

HARI KE DEPALAN PUASA...

Assalamualaikum...,

Syukur alhamdulillah hari ni dah hari ke 8 berpuasa. Masih lagi diberi kesempatan oleh Allah swt untuk melaksanakan ibadah puasa iaitu rukun islam yang ke-3, dan yang paling penting masih lagi sihat dan bertenaga untuk melaksanakan ibadah puasa.

Menu berbuka di bulan Ramadhan ni memang haruslah pelbagai supaya si pemakan sekalian tidak bosan dan canggung ketika mengadap makanan di meja makan yang terbentang luas itu. Biar ringkas tapi mampu untuk membuatkan air liur si peninjau merembes dan memenuhi mulut.

Di bulan Ramadhan ini juga menyaksikan skil-skil memasak kuih muih dan lauk pauk yang tak pernah hayat dibuat, tiba-tiba muncul hasil bantuan buku resepi yang berlambak di pasaran mahupun resepi-resepi percuma di internet. Apa sekalipun cara/jenis masakan yang dimasak oleh anda, sila pastikan ianya berkhasiat dan tenteram apabila masuk ke dalam perut...

(konvoi kenderaan berat TUDM menganggu tumpuan penulisan belog ini... hehehehehehhe... mcm perakan kereta berhias...:-)>)

Menu berbuka puasa di rumah haruslah nasi, memandangkan para pemakan sangat ambil berat mengenai faktor kekenyangan dan perolehan penjanaan tenaga selepas berbuka yang hakikatnya merudum selepas bebuka kerana terlebih muatan. Ini sangat tidak elok, kerana ia boleh mengundang kepada kemalasan untuk pergi terawih secara berjemaah di surau atau masjid yang berdekatan.

Hasilnya saya hanya berpeluang berjemaah terawih di masjid sehingga malam ke 3 sahaja... Sangat dikesalkan!!! Selebihnya di rumah sahaja atas keselesaan waktu sendiri, ya sudah pasti...

Owh................. Hakikat sebenarnya saya sangat mengantuk ketika ini. Harusnya di waktu ini saya sudah selesai solat sunat dhuha, namun dek kerana mesyuarat (urusan dunia) menyesatkan saya untuk melewat-lewatkan sedikit urusan dengan Pencipta... Ampunkan aku ya Allah... Sesungguhnya dhuha itu membantu menceriakan hari-hari yang saya lalui setiap hari. Tidah rukuk dan sujud untuk waktu itu, rasa kurang garam dan gula untuk satu hari.

Haruslah pergi sekarang, memandangkan mesyuarat semakin hampir dan saya perlu menyegarkan diri supaya tidak pengsan di awal perjuangan nanti. Sekian sahaja entry mengantuk untuk kali ini. Tidak memaksa untuk ketawa atau jelik, kerana saya juga pelik!

Sekian.......