Wednesday, September 28, 2011

IA TAK SAMA...


Tak kisah la apa yang terjadi di antara mereka. I do love them very much. Tidak juga terlalu berharap untuk keadaan menjadi baik seperti dulu. Tapi syukur sekadar melihat mereka boleh berbaik-baik dan menghormati di antara satu sama lain.

Bukan mudah untuk menerima kenyataan orang yang kita sayang sudah berubah dan memberikan sebahagian lagi hati mereka kepada orang lain. Cakap memang senang! Memang mudah menyekolahkan orang untuk menjadi positif. Kenyataannya hanya tuan punya badan yang tahu betapa remuk dan hancurnya pendirian dan kepercayaan mereka yang telah diganggu gugat.

Kehidupan juga bukan selalunya indah. Rasa seronok, bahagia, senang lenang itu, boleh hilang sekelip mata dan ketika itu rasa penyesalan mula timbul. Malang ia tidak akan pernah sama. Buatlah 1000 kebaikkan sekali pun, sakit yang satu juga akan terus disebut.

Hakikatnya mereka memang telah jauh terpisah dari segi ikatan. Tapi di dalam diri kami ikatan itu masih wujud cuma dalam perspektif yang sangat berbeza. Mungin ada mata yang pelik untuk melihat, tapi asalkan kami bahagia dengan perhubungan itu, dan kami maklum akan batas-batas mereka setakat mana.

Hakikat orang yang menyakiti memang menyesal. Tapi apa boleh buat, matlamat tidak menghalalkan cara. Orang yang disakiti, sedaya upaya bangun dari terus membelengu dan menghukum diri dengan menbahagiakan diri dengan insan-insan yang setia disisi.

Setelah melalui pengalaman yang hampir sama, saya tidak akan sama sekali mengungkit dan mendesak mereka untuk semua yang orang lain hajatkan. Hanya hati yang mampu berbicara, hanya hati yang mampu membuat pertimbangan sedangkan akal lebih memikirkan logik, tapi tiada seni. Bahasa hati susah untuk difahami.

Mereka telah membesarkan saya dan abang serta adik-adik sehingga menjadi manusia yang tahu menghargai diri dan orang lain. Tiada didikan ugama yang hebat, tetapi cukup mengkap untuk menjadi bekalan hidup di atas muka bumi ini. Selebihnya haruslah belajar sendiri. Bukannya susah pun... Saya mahu berkongsi segala-galanya yang saya ada dengan mereka. Rasa bahagia, rasa sedih, rasa cemas dan segala macam rasa yang saya rasakan sebagai penghargaan yang sudah tentu tidak mampu untuk saya lunaskan sampai akhir hayat saya..

Saya hanya mahu mereka terus bersama-sama saya merasai bahagia dan nikmat susah senang yang Allah renjiskan untuk kami semua. Tidak mewah, tapi cukup bahagia dan saling melengkapi antara satu sama lain...

Saya sayang Mama & Abah...

Monday, September 26, 2011

SERBA SALAH

Assalamualaikum...

Dear diary...

Ceh!!! Ni semua orang bole baca da... Tapi macam la ada orang nak baca.

Masalah juga kalau ada blog sendiri. Tapi tak boleh berintrepritasi dengan gaya tersendiri. Konon takut menyentuh sensitiviti individu tersendiri.Takut juga terjerat diri dan kepunyaan diri.

Haishhhh!!! Nak diluah takut bencana. Tak diluah makan hati dalam diam. Tak la makan hati sangat sebenarnya. Tapi nak cuba meluahkan agar dapat dijadikan carta perbatuan bermula dari tarikh kejadian.

Haruslah saya mempunyai sebuah diari yang siap dikunci dan disorok di bawah almari. Biar semua rahsia hati tersimpan kemas dan hakiki. Bahasa juga tak perlu nak ditapis.

Perlu... Ya sangat perlu!!!

Wednesday, September 21, 2011

BILE NAK TAMBAH ANAK???


Melampau punye soalan...! Perasaan yang same juga bagi orang yang diajukan dengan soalan 'Bile nak kawin...?" Ingat orang tak ade perasaan ke??? Ok, memang aku agak tersentuh hati bile orang asyik tanye bile nak tambah anak lagi. Ingat orang tak nak anak lagi ke? Dah Allah tak nak bagi lagi nak buat macam mane? Dan bukannye aku tak ade anak pun... Dan bukan juga aku duduk saje tunggu tetibe je ade anak dalam perut kan... Manusia ni kalau nak tanye soalan objektif ke subjektif ke tolong la fikir sikit. Mentang-mentang la awak tu tiap-tiap tahun beranak nak 'cewi' pulak dengan jumlah anaknye... Astaghfirullah...!!!

Ramai anak pun belum tentu awak tu boleh bagi perhatian yang sewajarnya untuk anak-anak tersebut kan...? Saya amatlah yakin lagi pasti setiap perkara telah dirancang dengan baik oleh Allah... Jika Dia memberikan rezeki anak untuk anda setiap tahun, itu satu rahmat untuk anda. Jadi sila hargai rahmat itu dan jaga amanah Allah itu sebaik mungkin.

Jika Allah tidak memberikan apa yang anda harapkan, yakinlah, rahmat Allah itu datang dalam pelbagai bentuk dan rupa! Nikmat bahagia, nikmat tenang, nikmat kenyang, nikmat 'tidur lena' (penekanan di sini, sebab dah tak payah bangun buat susu dan tukar lampin anak. Infact anak saya yang 4 tahun dah pandai tidur bilik sendiri ok!!!) dan pelbagai-bagai nikmat lagi...! Dah Allah bagi rezeki beranak tiap-tiap tahun pandai pulak komplen tidur tak cukup lah, gaduh dengan laki tengah malam sebab ko je kene bangun tukar lampin dan buat susu... Ape kes???

Ikut hati nak je jawab 'eh lantak le I nak beranak bile pun, pe hal plak nak kisah-kisahkan...?' You are so irritating me!!!

So, sesape je di luar sane yang dok sibuk memantau tempoh perkahwinan orang tu... Tolong la jangan sibuk-sibuk nak tanye soalan-soalan yang menjengkelkan ok??? Sampai bila nak berdua je? Merancang ke? Bile nak ade anak? Bile nak tambah lagi dan sebagainya, sila simpan kemas soalan-soalan anda itu di dalam kotak hati balik rumah nanti, sila buat ulasan dengan laki sendiri... Bagi orang kecik hati dengan soalan-soalan begitu pun berdose ok...!

Sebaik-baik amalan yang ada perlu lakukan adalah mendoakan pasangan tersebut dianugerahkan zuriat secepat yang mungkin. Bukan dengan bertanyakan soalan-soalan yang agak kurang wajar di majlis-majlis keramaian... Ramai juga yang tidak kisah (konon-konon, tapi dalam hati diaorang ade ko tau!) tapi hakikatnya, soalan-soalan macam ni la yang buat saya takut sangat nak pegi rumah sedare mare dan kenduri kendare tau... Sebab dah menyampah sesangat!!!

So people... Matang dan move on... Jangan buat perangai macam nenek2 ok...???

sumber gambar: google

p/s: Ketika entry ini ditulis, jiwa sedang benggang sebab baru dapat soalan yang telah saya senaraikan di atas... Huuusssshhhhh.... Bersabarlah duhai hati... Nanti dapat kembar 3 terus nak je saye tayang anak saye 5 tahun... Hah!!!! Aku lagi hebat!!!! Cisss...

Monday, September 19, 2011

Kisah Raya 2011

Assalamualaikum...

Kisah raya; tahun ni beraya di kulim.. Alhamdulillah cukup semua... Ni sume gambar dalam iphone.. Gambar dalam kamera belom edit lagi sebab malas tahap ultraman gaia!!!

Anak dare ni pepagi dah tadah muke nak make up okeh!

Baru raya ke 3 jalan balik ke KL jem teruk... Balik Kedah 5 jam, balik Kuantan 9 jam... Hebat!!!

Osha bosan lame sangat dalam kereta....

Ni baru kat Juru... Yang atas tu lepas Sg. Perak!

Before masuk terowong tuh! Banyak giler kereta yang naik tempreture tepi jalan...

Osha, Adek & Abg. Long

Open house paling luar biasa... Colek mangga, ketam & udang... Perghhhhh!!! Pastu En. Suami sibuk minum air ketum dgn harapan kaki die tak sakit... Yet, mmg tak sakit pun...

Osha memang flat malam tu. Bunyi mercun macam perang pun die selambe je tido sampai balik semula ke Kulim.

Osha

Wan (osha yang tangkap gambar ni)...

Udang lipan tu sgt sedap!!!

Kenyang... Alhamdulillah...

Thursday, September 8, 2011

UPDATE RAYA

Assalamualaikum...

Malas sungguh nak update pasal sambutan hari raya baru ni... Rasanya banyak gambar yang dah di tangkap masuk dalam kamera. Tapi ya Allah... Mood malas dah datang memang tak boleh nak cakap apa lah kan? Sekarang ni nak belajar edit gambar sebelum masuk dalam blog. Konon-konon nak belajar letak watermak supaya orang tak bole guna gambar tu. Buget glamer sangat la kan? Gamba nak letak watermak bagai... Tapi mane tau kan? Skang ni banyak sangat bangsa yang suke menjaja gambar orang lain. Mara bahaya tu. Jangan buat memain...

Sekian!!!


Wednesday, September 7, 2011

K3B37UL4N Y4NG T3RB4RU

4554L4MU4L4IKUM...

W4H!!!! F1R5T 3N7RY GUN4 7UL154N G1NI... H3B47 JUG4K4N??? 14 U7K M3NGUJ1 K3H3B474N 074K 4NDA M3MB4C4 74NP4 B3RF1K1R....

4YUH M3NCUB4....!!!