Tuesday, November 29, 2011

CUTI HUJUNG MINGGU

Assalamualaikum...

Cuti 3 hari bermula 26-28 November 2011. Tak ade istilah cuti rasanya sebab sibuk ke hulu dan ke hilir. Hari Sabtu appoinment kat IIUM seawal jam 8 pagi. Tapi biasa la En. Suami saya yang memang sangat 'panctual' dekat 8.45 pagi baru sampai. Balik pada IIUM makan tengah hari dan selepas itu saya tak begitu bersemangat sebab kesakitan perut. Tak tau sebab makan or sebab prosedure tersebut.

Secara keseluruhannya, prosedur berjaya dilakukan. Sakit sikit je... Boleh tahan nebesnya. Next appoinmet adalah pada 19 Disember 2011. Kalau ada, alhamdulillah. Kalau tiada alhamdulillah. :)) Petang tu bangun tidur habiskan lauk yang dibeli tengah hari tadi dan nasi goreng yang Kak Tie buat.

Keesokkan harinya separuh hari dihabiskan di rumah. Tengaharinya kami 3 beranan balik ke Pekan, sebab kasen En. Suami bertunang. Lepas makan-makan balik rumah mak mertua minum petang. Lepas makan sure la mengantuk, jadi saya tidur. Lepas tu saya bangun dan tengok Osha dah berdengkur kat sebelah. Apa punya mak? Anak panjat katil tido sendiri... Heheheheheh. Bangun tidur, tinjau dapur ape yang ada untuk dimasak. Malangnya tiada apa-apa. Jadi saya bermalasan lagi. Tunggu orang belikan makan malam. Roti telur je tapi kekdahnya yang lain sikit. Pas makan tido okeh.

Esok pagi panaskan roti semalam, makan, plus rotu dengan jem. Pastu En. Suami ajak pegi cari nasi kuning kat kedai dalam pagar. Beli 6 bungkus and it cost me RM28!!! Pergh... gile mahal. Sebab mahal saya makan satu bungkus! Lepas tu bersiap-siap untuk ke Rompin. Pastu En. Suami tak reti nak gerak-gerak. Osha dan mula cranky menyebabkan saya panas lalu mengangkat kaki dan beg masuk kereta... Baru lah En. Suami nak angkat bontot. Sampai di Rompin, belum panas bontot makan tengah hari. Pastu sembang-sembang minum petang pulak. Sembang-sembang lagi. Pastu makan malam pulak. Pastu sembang-sembang sekejap minta diri untuk pulang.

Apa yang nak disampaikan di sini adalah.... Cuba korang kira berapa kali saya makan selama cuti 3 hari? Rasa bersalah terhadap diri sendiri sangat tebal! Benci tau!!!!!? Benci betul kalau cuti makan mengalahkan naga hijau!!! Niat hari ni nak puasa, tapi xbangun pulak untuk bersahur. Bukan makan apa pun. Cuma minum air, madu dan ubat je.

Jadinya pagi ni saya tak ambil breakfast ok? I amik cereal horliks je!!!!

Sekian....

Wednesday, November 23, 2011

DEBARAN SEMAKIN MEMUNCAK

Assalamualaikum...

Berdebar rasa hati nak menunggu prosedur haru Sabtu ni, 26 November 2011. Semalam pergi scan, Alhamdulillah semuanya cantik dan dalam keadaan yang baik. Berdebar juga mengenangkan rahmat yang Allah bagi. Seolah-olah doa sedang dimakbulkan. Segalanya berjalan tanpa dirancang... Laluan dan jalan amat dipermudahkan... 

Setelah scan semalam, doktor menurunkan dos suntikan kepada 75mg. Suntik sampai Khamis, 24 November 2011, selepas itu satu suntikan khas pada 25 November 2011 jam 6.30 petang. Lepas prosedure kena tunggu 3 minggu untuk tahu hasil rawatan. Jika positif, syukur pada Allah... Jika negatif, maka Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Saya tidak mahu mempersoalkan sesuatu yang telah Allah tetapkan untuk saya. Saya hanya berusaha agar semua masalah dapat diselesaikan dengan baik...

Terima kasih dan syukur yang tidak tehingga di atas segala rahmat Allah untuk saya dan keluarga. Semuanya semakin baik dan bertambah baik... Hikmah yang kita tak nampak di sebalik ujian yang Allah turunkan... Alhamdulillah hampir setahun telah berlalu, tragedi yang sampai mati saya tidak boleh lupa dalam diari perkahwinan yang telah masuk tahun ke 5. Dari saat peristiwa itu, saya telah berjaya mengharungi 1 tahun yang penuh dengan cabaran. Pelbagai petunjuk dari Allah yang ternyata masih sayangkan hambanya ini. Alhamdulillah...

Syukur kerana saya dapat melaluinya, walaupun kadangkala emosi lebih dari kewarasan. Itulah fitrah manusia, meletakkan emosi di tingkat paling atas. Sungguh sia-sia. Pengajaran yang diperolehi adalah, bergantung haraplah hanya kepada Allah! Minta hanya kepada Allah sahaja! Permintaan itu juga harus tulus dan penuh dengan pengharapan. Hanya mereka yang diuji dan ikhlas dengan ujian sahaja yang tahu meminta dan bergantung sepenuhnya kepada Allah. Kerana ada beza doa di antara mereka yang ikhlas dan yang mempersoalkan takdir. Sangat besar bezanya.

Alhamdulillah saya diuji... Itu tandanya Allah sayangkan saya...! :))


Monday, November 21, 2011

RASA ITU PELBAGAI!

Assalamualaikum...

Kadang-kadang rasa kecik hati ni datang ntah dari mana-mana je kan? Kecik hati campur busuk hati! Adoi... Bawak istighfar banyak-banyak la... Jangan nak dengki la sangat... Rezeki Allah bagi dalam macam-macam bentuk. Yang penting buka mata buka hati untuk kenang semua dan segala rahmat yang telah Allah kurnia pada kita.

Hari ni hari last suntikan. Alhamdulillah esok temujanji dengan doktor. Insyallah En. Suami akan turut serta. Dah pesan berkali-kali agar dapat ikut sama. Supaya semuanya berjalan lancar. Tapi jika tiada upaya, siapalah kita yang mahu mempersoalkan perhitungan dan percaturan Allah. Segala yang berlaku hanya dalam lingkungan pengetahuannya. Dia yang tau apa yang terbaik untuk hambaNya. Yang penting doa dan harapan perlu bulat hanya kepadanya. Ada la sebab Dia taknak bagi.... Don be sad!!!

Jadikan kehidupan seharian anda seceria yang mungkin, sepositif yang mungkin! Supaya aura-aura negatif tidak menghampiri anda!!!

Friday, November 18, 2011

PERASAAN TAKUT ITU PERGI

Assalamualaikum...

Hari ni hari terakhir makan ubat. Tapi merupakan hari pertama untuk suntikan. Wah...! Pengalaman pertama nak cucuk tu... Allah... Nak gugur jantung. Terketar tangan... Bagi memudahkan proses suntikan dilakukan selepas solat subuh sebab xmahukan ganguan dari sesiapa pun.

Alhamdulillah berjaya mengatasi perasaan takut itu. Bukan sakit pun, cuma bila kena suntik diri sendiri rase macam penaniayaan terhadap tubuh badan sendiri jek. Tetiba teringan macam mana la agaknya budak-budak yang tindik telingan dan bahagian-bahagian lain pada badan diaorang???

Secara keseluruhannya, dos suntikan berbaki 3 hari sahaja lagi... Tak sabar untuk follow up dengan doktor 22 November nanti...! Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar... Segala kemungkinan akan diterima dengan tabah dan tenang. Saya redha dan berserah kepada Allah. Jika ada rezeki, tak kemana... Rezeki hak mutlak Allah...

Monday, November 14, 2011

LANGKAH PERTAMA YANG PENUH HARAPAN

Assalamualaikum...

Berbungan rasa di hati. Langkah pertama memperlihatkan hasil yang agak positif. Walaupun terasa tebal muka mengadap muka doktor pagi tadi. Rasa gembira, ceria, tak sabar dan macam-macam lagi. Sambil itu masih mengharapkan dan bergantung sepenuhnya kepada kuasa Allah... Sesungguhnya rezeki itu hanya dalam pengetahuan Allah semata-mata.

Positif dengan segala teori dan percapakan doktor pagi tadi. Segala-galanya kelihatan amat baik. Nasihatnya banyakkan berdoa dan jangan putus harapan. Kepergian ke klinik tersebut dengan bertemankan sebilah payung buat bekalan, takut ada kecelakaan dijalanan. Tapi alhamdulillah... Selamat semuanya...

Pelan bertindak sudah dirangka dengan baik oleh tuan doktor. Saya berharap saya bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal berlaku.

Mungkin ini juga jalan yang Allah tunjukkan setelah sekian lama memohon bantuan dan panduan mengenai cara untuk saya menyelesaikan kemelut rasa dan usaha yang telah lama dicuba. Waktu yang ditetapkan dan diberikan sangat-sangat molek dan berpatutan... Maha besar kuasa Allah yang Maha Mengetahui segala yang terjadi di langit dan dibumi. Tidak nampak di mata tak terjangkau dek akal... Bila dikenang kembali... "Ya... inilah yang Allah takdirkan buat saya..." Syukur Alhamdulillah....!!!

Temujanji seterusnya pada 22 November ini... Mudah-mudahan ubatan dan suntikan yang diberi bakal membuahkan hasil... Amin...

Fakta wang: RM 760.00 (pejam mata sebab dah nekad)

Thursday, November 10, 2011

PERASAAN NASI KERABU

Assalamualaikum...

Hari ini 10 November 2011 bersamaan hari Khamis. Sejak semalam 9 November 2011 ada wujud perasaan yang kurang senang dan sedikit gementar. Tidak diketahui puncanya. Mudah-mudahan tiada ujian yang hebat Allah turunkan untuk hamba. Jika ada biarlah yang baik-baik gitu (buget baik sgt la)... 

p/s: catatan juga pd 9.11.11, Kauthar ckp "mama, saya nak adek!" Ya Allah... Ini yang saya tunggu-tunggu!!! Amin....