Wednesday, December 28, 2011

CUTI TERAKHIR 2011

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dah hampir genap lagi setahun perjalanan hidup di muka bumi ini. Banyak peristiwa yang telah berlaku, banyak pula pelajaran yang telah dikutip sepanjang tahun 2011. Ternyata 2011 banyak suka dan duka, silih berganti. Semuanya DIA punya perancangan.

Memandangkan cuti tahunan masih berbaki dan sisa-sisa cuti sekolah telah sampai ke penghujungnya saya telah membuat perancangan untuk belanja anak dara kat rumah tu tengok wayang! Suka bukan main dia! Asyik dok complaint boring dok rumah memanjang.

Rasa-rasa nak tengok CHIPMUNK kot...

Wednesday, December 21, 2011

RINDU...

Tengah hujan-hujan begini, ingatan dibawa mengimbas kembali perjalanan beberapa bulan lepas ke Madinah dan Mekah. Sayunya rasa hati... Tiada tempat yang boleh memberikan kepuasan kepada saya melebihi 2 tempat suci ini. Masjidil Nabawi dan Masjidil Haram. Sekali pun tempat-tempat lain menjanjikan keseronokan dan kerehatan minda yang sama, tetapi roh dan jiwa merasa sangat kosong dan kontang. Di sini roh dan jiwa rasa sangat tenang dan mekar. Kagum dan sering dibawa merenung kebesaran Tuhan yang kita tidak sedar. Hatta dari senipis rambut, ia adalah ciptaan Tuhan yang Maha Hebat!


Malam ni merupakan malam terakhir sebelum kami berangkat balik ke Malaysia. Sayu sangat hati, kalau boleh tak mau balik pun. Pada malam ni doa saya banyak sekali. Dan malam terakhir ni tidak sama dengan malam-malam yang lain. Seluruh pergantungan saya hanya pada Allah. Doa saya sangat bersungguh-sungguh dan begitu meresap ke dalam jiwa. Terbayang dan terfikir masih adakah lagi ruang dan peluang untuk saya dan keluarga kembali ke sini...


Sementara menunggu En. Suami dan Kauthar berjalan menyentuh dinding Multazam saya berdiri agak lama di sini, berseorangan. Ajaibnya tiada pula orang tolak saya ketika saya berdiri dan berdoa di sini. Di sini doa saya lebih spesifik. Saya berdoa dengan sepenuh hati, ikhlas berharap dan bergantung kepadaNya semata-mata. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat diri saya dan keluarga. Apa doa saya biarlah ia menjadi rahsia di antara saya dan Allah s.w.t. Terlalu banyak ujian dan dugaan sebelum kami sekeluarga dijemput Allah ke sini. Tidak lain dan tidak bukan perjalanan untuk mencari diri, melihat dan merasai kebesaran Ilahi. Alhamdulillah, syukur kerana Allah telah kabulkan sebahagian besar doa saya di sini. Syukur kerana Allah masih sayang dan mahu memperkenankan doa hambanya yang sangat hina ini.


Ini merupakan gambaran wajah yang sangat puas, kerana telah berjaya menyentuh pintu Kaabah. Kauthar memang bagai anak raja yang naik 'tandu'. Sakit pinggang baba dukung dia sepanjang tawaf sunat malam tuh. Tak susah pun bawak anak ke sana. Semua kemudahan ada. Kalau anak tak larat jalan boleh naik kerusi roda yang disewa dengan 50 riyal untk sekali tawaf.


Kauthar dan air zam-zam memang tak dapat dipisahkan. Pantang jumpa, ambil cawan tadah sendiri, minum. Pilihannya hanya yang sejuk. Saya lebih selesa minum yang biasa. Lebih nyaman di tekak. Masa kami sekuluarga di sana suhu tak begitu panas. Sekitar 32-38 darjah celcius. Mungkin jarak hotel dan Masjid yang sangat hampir maka tak sempat nak merasa panas terik. Semua ni nikmat Allah yang kita tak pernah jangka.


Bilik kami mengadap Masjidil Haram. Sesekali waktu subuh terpaksa berkorban jemaah dalam bilik sebab Kauthar tak bangun lagi. Kat Intercontinental Hotel ni, bilik yang mengadap Masjidil Haram dikira dalam kawasan masjid. Jadi masih sah untuk berjemaah. Kebanyakkan waktu di masjid, rugi kalau tak turun sebab suasananya sangat berbeza...!


Kauthar memang tidak bermasalah untuk diajak turun ke masjid. Dia sangat suka, sebab ramai kawan yang setiap hari adalah orang yang berlainan. Dia langsung tak jumpa budak Melayu. Semua anak Arab jadi kawan dia. Lihatlah keriangan dua beanak ini. Beraksi riang di hadapan Kaabah selepas waktu asar. Tenang sangat bila melihat Kaabah...


Favorite food kat Mekah, Chicken Mandhi!!!!. Ayam seekor ni boleh dihabiskan oleh tiga beranak ni je...! Makanan hotel sedap tapi tak berapa kene dengan tekak. Tiga hari pertama ok lagi. Masuk hari ke empat sampai tujuh selera dah ke laut. Kauthar tak berselera langsung makan makanan hotel. Dia banyak makan buah-buahan sepanjang kat sana. Rezeki Kauthar juga murah... Kat masjid ade je orang hulurkan biskut tau coklat untuk dia. Kat hotel siap dapat complimentary buah-buahan segar dan sepiring buat tamar untuk kali kedua, sebab baba dia mengadu kat waiters yang Kauthar takde selera makan... 


Tidur-tidur ayam je... Sebab masing-masing bergilir-gilir turun ke Masjid. Kauthar tak ade masalah untuk turun ke Masjid, cuma kesian kat dia tidur tak cukup pastu nak bekejar-kejar ke masjid pulak...


Die banyak makan buah. Susu unta ade 5 botol dalam fridge pun habis sebelum balik Malaysia. Sedap la susu unta tu. Lagi sedap dari susu lembu. 


Depan pintu masuk utama Masjid Nabawi selepas  solat asar... Kami jalan-jalan dan shopping sikit-sikit plus cari makan petang. Memang tak susah nak cari makanan kat sini. Ada banyak kedai yang jual makanan kat bawah tempat penginapan. Makanan Melayu memang tak ada. Tapi makanan Indon seperti bakso banyak je jual... Masa kat Madinah suhu sejuk. Kami sampai jam 3 pagi wamtu tempatan, dah sangat hampir dengan waktu subuh. Sejuknya sampai ke tulang. Keesokkannya terus selsema dah... Nikmat juga Allah nak bagi... Alhamdulillah...


Ni tengah tunggu Azan subuh. Solat kat dataran sebelum pintu masuk Masjid Nabawi. Nak masuk dalam boleh tapi haruslah berhimpit, tambahan pula bawak budak kecik kat bawah dengan keretanya. Jadi saya memutuskan cukuplah di sini agar tidak menganggu solat orang lain. Budak kat bawah ni pun bukan boleh duduk diam. Kejap-kejap sane, kejap-kejap sini. Orang ade tanye, 'tak takut hilang ke?' Saya senyum je... Setiap kali sebelum solat saya mohon pada Allah agar pelihara keselamatan anak saya sepanjang saya solat. Saya serahkan anak saya di bawah pengawasan Allah. Saya yakin Dia akan jaga anak saya. Jadi saya boleh solat dengan tenang.


Tengoklah budak ini. Bukan tak suruh menghormati Masjid... Dah pilih dah pakaian yang lebih sesuai. Tapi baju ini jugak yang dia nak pakai. Supaya dia tidak meragam saya turutkan saja.


Ni selepas solat zohor... Agak terik... Tapi masih berangin dan nyaman udaranya... Lihatlah anak saya, dah macam Paris Hilton!!!

Cukup sampai di sini dulu kisah rindu hati saya... Jika ada ruang dan peluang ingin sangat kembali ke sana. Serius agak cemburu dengan mereka yang tiap-tiap tahun dapat ke sana. Tapi itukan rezeki mereka. Mudah-mudahan tahun depan dapat tunaikan haji. Lagi lama berada di sana, lebih banyak peluang untuk menilai dan perbaiki diri... Insyallah....!

Monday, December 12, 2011

IANYA BELUM BERLAKU

Assalamualaikum...

Harapan tak kesampaian. Sesunggungnya Dia lebih mengetahui apa yang selayaknya untuk seorang hambanya. Serahkan bulat-bulat padaNya (kata En. Suami). \

Ok, redha... Belum bersedia lagi nak share kat sini... Simpan dalam hati je lah...

Tuesday, December 6, 2011

ENTRI YANG MANIS

Tak sabar nak masukkan entry pasal perjalanan UMRAH kami sekeluarga Mei lepas. Insyallah dalam masa yang terdekat!!!

TAK SUKA, LETAK TEPI

Assalamualikum,

Tajuk entry kali ini tidak berkaitan dengan mana-mana individu. Ini cuma penilaian bebas saya terhadap orang-orang di sekeliling saya. 

Dari kecil rasanya (rasanya la...) saya memang tak pernah tak suka dengan makanan. Apa yang orang masak semua saya makan tanpa banyak cakap atau komen (sebab tu tembam dari kecik kot!). Lagi pun memang tak pernah diajar oleh mama dan abah mengomel pasal makanan tak sedap walaupun kami makan kat kedai. Dan nilai itu saya bawa sehingga ke hari ini. Prinsip saya mudah, kalau tak suka tak perlu nak komen walaupun hakikatnya makanan itu tak sedap. Kita jaga hati orang, orang jaga hati kita.

Senario yang makin menonjol sekarang adalah semakin ramai insan-insan yang sentiasa merungut dengan makanan yang ada depan mata. Tak kira lah masakkan di rumah mahupun di kedai. Memang kita patut pandang tegurang dari suatu sudut yang positif. Teguran boleh menjadi kayu ukur untuk penambahbaikkan. Tapi kelantangan bahasa dari sesetengah individu bukan semuanya boleh diterima dengan pandangan yang positif. Sebab tak semua orang pandai menegur dan memberikan komen dengan cara yang jujur dan berhemah. Ya... jujur memang ramai yang boleh jujur, tapi kebanyakkannya jujur yang tak berlapis a.k.a cakap lepas!

Dipetik dari Fanpage Ustaz Zahazan Mohamed:

"Rasulullah S.A.W tidak pernah mencela makanan, apabila berselera maka Baginda akan makan, jika tidak Baginda tinggalkan." - Muttafaq; Bukhari (5409), Muslim (2064).

Saya sering mengingatkan diri saya, bahawa semua yang ada di langit mahupun di bumi ini milik Allah. Maka tidak ada satu pun di batang tubuh saya ini milik saya, apa lagi yang berada di sekeliling saya. Hatta suami dan anak sekali pun bukan milik saya. Milik saya hanyalah DOSA saya, itu sahaja. Jadi kadang kala terbit jugak rasa terkilan di hati takala mendengar rungutan terhadap mutu makanan yang dihidangkan di depan mata. Tidakkah kita sedar bahawa semua itu dari Allah? Kita merungut tentang sesuatu yang Allah janjikan untuk kita? Astagfirullah... Saya sendiri kadang kala terdetik, sungguh saya tidak mampu sama sekali untuk bersyukur atas nikmat makanan yang Allah berikan sedangkan begitu banyak sekali nikmat Allah yang lain saya terima!!! Hidup dan mati saya setiap hari adalah atas Ehsan Allah!!! Subhanallah!!! Jadi siapa kita nak merungut-rungut ni. Rasulullah sendiri tidak merungut dengan makanan yang dihidangkan... Suka makan, tak suka tinggalkan.

Susah sebenarnya nak mendidik diri yang dah terbiasa 'complaint' terhadap semua benda yang di depan mata. As if diri anda itu terlalu sempurna sampai semua benda boleh jadi bahan 'complaint' anda yang sangat 'sempurna'. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu anak saya mengikut jejak langkah insan-insan seperti ini sebab saya sentiasa mahu mendidik dia menjadi seorang yang jujur, merendah diri dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada pada dirinya. Setakat ini alhamdulillah... Jika dia tak mahu makan sebab tak suka, hanya 'signal' senyuman dan sorotan mata sahaja yang diungkapkan. Ya, sekurang-kurangnya saya faham dan tidak berkecil hati walau dengan anak sendiri! 

Pandai-pandai lah kamu mengekpresikan ketidaksukaan kamu terhadap suatu makanan, asalkan ianya tidak menyentuh sensitiviti sesetengah individu...!!!