Monday, January 31, 2011

RASA SEPERTI ARTIS, BERLAGAK DIVA!!!

Cik Azwah Zubir dengan sukacitanya menjemput semua kengkawan die yang bername, Mahfuzah, Wahiza, NorMasyitah Ayu untuk beramai-ramai menjayakan sesi fotografi bersama keluarga masing-masing pada CNY ini, sebagai simbolik meraikan Majlis Perkahwinannya yang bakal berlangsung dalam tahun ini. Pepandai je membuat spekulasi di pagi hari...

Tetibe perasan plak mcm nak photo shoot Majalah Pa&Ma plak! Setiap keluarga diberi pilihan untk memilih warna tema bagi keluarga masing-masing. At the first time, me choose for white colour. Tp tetibe terbeli pulak baju electric blue. Bukan ape, sebab blue is my hubby favourite colour n me neither...! Sooo sehati berdansa!!! Masalahnye sekarang mane la nak cari baju mane biru untuk si Kauthar tu... I might consider for white colour for her. Since she is so cute in white colour, or maybe she can wear Poney Jeans gown? Or maybe blue & white team? Not so bad ma....

Tak sabar nak jumpe korang-korang sume... Miss all of them sooo muuuccchhh!!!!

Thursday, January 27, 2011

LELAKI VS PEREMPUAN


Assalamualaikum,

Hari ini 27 Januari 2011 (Khamis). Ujian Allah datang lagi, dan kali ini memang saya out of control. Apa yang saya nampak sekarang ini adalah satu pintu keluar! Tapi bila menoleh kembali saya nampak sebujur wajah comel yang sangat menghiburkan...

Saya tak mampu untuk mendengar lebih banyak pembohongan, saya tak mampu untuk melihat bukti-bukti yang gagal disempurnakan dengan baik, saya tak mampu untuk mendengar lakonan dan propaganda yang sentiasa menuntut belas dari saya.

Saya tahu kemarahan adalah sahabat syaitan. Tapi siapa yang menyebabkan saya menjadi sahabat syaitan itu! Jangan hanya kerana tanggungjawab yang sempurna, maka ia menghalalkan keharaman yang dicipta oleh nafsu syaitan. Sedah terlalu banyak bukti yang saya kumpul, dan semua bukti itu sangat menyakitkan saya.

Selama mana harus saya bersabar. Saya juga manusia!

Cukuplah... Pintu hati saya tak mungkin terbuka lagi! Kalau saya berdiam sekalipun itu tidak bermakna saya menerima semuanya dengan redha. Saya juga perlu menjaga hati anak kecil yang saya tatang bagai minyak yang penuh. Saya akan pastikan zuriat saya menjadi manusia yang baik akhlaknya, teguh iman dan pendiriannya.

We might live under one roof, but our soul will never be together anymore, its only for the sake of my daughter.

Tuhan... Janganlah kau terus membiarkan aku hidup dalam keadaan berdosa... Kau lindungilah anakku, kau peliharalah dia dari hasutan syaitan dan hasad dengki manusia. Kau rahmatilah mereka yang menyayangiku, Kau bukakanlah jalanMu kepada mereka yang sesat...

Amin...

Wednesday, January 26, 2011

KISAH TAULADAN 26 JANUARI 2011

Assalamualaikum w.t.b,

Semalam saya ada terbaca mengenai satu entry di blog buaya-merah.blogspot.com mengenai tauladan untuk suami isteri yang selalu bergaduh. Izinkan saya berkongsi kisah tersebut di blog saya ya... Kisahnya berbunyi begini...

Sepasang suami isteri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3 orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Begitu hebatnya pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai, mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin.

Mereka menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan pembahagian harta sepencarian di antara mereka, perundingan berlangsung lancar dan akhirnya sebagian besar masalah dapat diselesaikan, baik tanah, rumah, dan semua aset harta mereka dapat dibahagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak. Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, yaitu mengenai pembahagian anak [jangan lupa anak mereka tiga orang].

Baik si suami maupun si isteri, sama sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mau mengalah, dan anak tidak mungkin dibelah dua seperti pada Zaman Nabi Sulaiman a.s. dulu.

Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasihat bagaimana jalan keluar yang harus ditempuh.

Sang Imam akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak, yaitu mereka diminta menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka harus menambah satu orang anak selama satu tahun, bila Tuhan mengizinkan perceraian mereka, Tuhan akan memberikan tambahan satu anak, total menjadi 4 anak, sehingga mudah untuk dibahagi di antara mereka berdua.

Kerana si suami dan si isteri sangat serius untuk bercerai, mereka mengambil keputusan berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnya mereka berhasil.

Setahun kemudian, ketika Sang Imam berjalan jalan, beliau bertemu dengan pasangan suami isteri ini, sedang bergandingan tangan dengan mesra, sehingga Sang Imam bertanya, :

"Apakah Kalian tidak berhasil menambah anak sehingga kalian batal bercerai?".

Sang Suami lalu menjawab : "Tuhan maha pengasih, Dia memberikan kami tambahan anak, tapi sekaligus juga memberikan isyarat agar kami saling memaafkan dan saling mengasihi, kami memutuskan untuk tidak bercerai".

"Bagaimana Tuhan memberikan isyaratNya?", tanya Sang Imam.

"Tuhan memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua anak,anak kembar !!".

Beberapa hikmah:

  1. Menunda tindakan negatif sering bermanfaat, apalagi ketika seseorang sedang dikuasai emosi. Ada baiknya jika kita sedang marah kita menunda sesuatu yang ingin kita lakukan.. Betapa banyak penghuni penjara yang menyesal: mengapa ketika marah memukuli isteri/anak/dsb sampai tewas....
  2. Mampu mengendalikan marah [emosi] adalah kunci kebaikan, sehingga nabi saw menekankan laa taghdhab [jangan marah] kepada sahabatnya.
  3. Kisah diatas menunjukkan kasih sayang Allah, tetapi ada yang lebih baik daripada kisah di atas yaitu pasangan suami isteri yang selalu berhasil mereda pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah meninggalkan isteri/suami yang marah untuk sebentar kemudian kembali membawa buah tangan/peralatan baru kesukaannya akan membuatnya tersenyum, meminta maaf dan berfikir betapa baiknya suaminya/isterinya.
  4. Pertengkaran itu lumrah rumah tangga. Dengan pertengkaranlah membuat keharmonian semakin terasa nikmat. Orang bijaksana akan menikmati pertengkaran dan masa-masa setelahnya dengan tetap mengendalikan suasana agar tidak sampai keluar dari sunnah Nabi saw. Karena pertengkaran itu seperti api: sedikitnya bermanfaat tetapi besar dan luasnya membinasakan.
Bila habis membaca entry beliau saya berfikir, memang tersangat benarnya kisah ini. Pergaduhan yang tercetus di antara suami dan isteri tidak semuanya menjurus kepada perkara yang buruk semata-mata. Dengan perbalahan kadangkala kita dapat muhasabah diri, merenung kembali kesilapan diri masing-masing. Seterusnya mempereratkan lagi hubungan di antara suami dan isteri.

Apa yang pasti suami atau isteri perlu pandai mengawal emosi daripada menguasai diri. Memang mudah untuk bercakap, tapi semua itu berbalik pada diri kita sendiri. Jangan sesekali menjadikan anak mangsa keadaan, mereka terlalu mentah untuk memahami apa yang sedang berlaku. Berlaku adillah pada mereka, kerana mereka adalah anugerah Allah yang merupakan penyambung keturunan kita sendiri. Jadi mereka harus dibesarkan dalam persekitaran yang positif agar perkembangan jiwa dan mental mereka berada di landasan yang benar.

Syukur dengan nikmat Allah. Kadang tu kita tak sedar, apa yang Allah jadikan tu ada hikmahnya yang tersendiri. Bila dah lama-lama baru kita nampak. Biasalah sebagai lumrah manusia, kalau boleh tu cakap sekarang nak bende tu nampak depan mata serta merta. Tak sabar nak tengok, apa yang Allah cuba tunjukkan. Bila sesuatu perkara tu berlarutan, barulah kita sedar.... Owh... ini rupanya yang Allah nak tunjukkan padaku...

Wallahualam...

Friday, January 21, 2011

PAGI YANG TERANG 21 JANUARI 2011

Assalamualaikum w.t.b,

Syukur ke hadrat ilahi kerana kita dipertemukan lagi dalam entry hari ini (dengan nada seorang pengacara... kehkehkeh). Topik paling mudah untuk dibincangkan sebagai perbulaan perbualan adalah mengenai cuaca! 9.45 pagi, bandar Kuantan terang benderang disirami oleh cahaya matahari pagi, namun keadaan di dalam opisku ini, bagaikan berada di London dengan suhu 12 darjah celcius (giler btol la org dlm opis ni...). Rasa kejang urat-urat leher menahan kesejukkan!!! Sungguh tidak berperi kemanusiaan btol la. Pendekatan yang diambil adalah dengan mengamalkan dasar pintu tertutup, tingkap terbuka. Supaya pengaliran suhu sejuk ini dapat mengalir ke luar, sekaligus menyumbang kepada pengurangan kepanasan di luar bangunan (macam ade kesan).

Tetibe terpandang bas Plusliner kat seberang jalan. Apasal tetibe tingin plak nak balik Kedah. Rindu dengan Laksa Teluk Kechai, Nasi Kandaq Madinah, masak lemak rebung dengan perut, ikan bakar, pajeri terung & sotong goreng tepung (Kuala Perlis)... Kalau zaman belajar dulu, bas dengan diriku ibarat irama dan lagu. Tak boleh dipisahkan langsung... Turun je bas dah beli tiket bas untuk balik semula walaupun jarak masa tu lagi 3-4 bulan. Pastu belajar jauh plak sampai kat Labuan. Kat sini paling banyak aku hidup berdikari... Insaf...

Sedih bangat mase first time nak pegi Labuan. Bekalan duit pun hanyalah sekankang kere, harapkan semangat je berkobar-kobar (padan muke! mintak lg doa nak belajo jauh2... amik ko). Memang lepas habis Diploma, hari-hari aku mintak doa, supaya aku dapat sambung 1st degree kat Uni jauh-jauh skit. Sabah or Sarawak, alasannya, busan sudah mao nak bas bah....! Sekali amik kau! Pulau dihantarnya.... Syukur....

Masa mula-mula sampai tu betul-betul rasa macam melukut di tepian gantang. Macam anak terbuang. Betul-betul rase, giler advanture, walaupun still dalam Malaysia terchinta ini. Mujur na ada Kak Naz & Abg Radzi (pilot TUDM). Aku pun tak ingat macam mana mama boleh ada conection dengan Abg Radzi ni. Asal-usulnye dari Paksu Mat kalo tak silap. Diaorang la yang banyak tolong aku masa kat Labuan. Mujur tak sangkut dengan pilot TUDM, sebab nawaitu asal dah tersemat takmo ade affair or couple sehingga abis belajar, walaupun asyik kene sound, "Ina engko belajar-belajar juge, kene jugak tengik kiri kanan... jgn sampai jadi anak dara tua kang..." Boleh??? Malang memang berbau... Kat UMS-KAL tu memang aku ni warga agak emas la. Sebabnye majoriti student sambung degree pas matrix, aku ni & beberapa sahabat ni lepasan Diploma. Sah-sah la aku tak terliur dengan budak yang lebih muda ni... Pelissssss!!!!

Rindunya siblings mase kat UMS-KAL dulu. Ade 9 orang semuanya. As usual dah sah-sah la aku yang paling tua kan... Yong, Angah, Acik, Ateh, Andak, Alang, Ude, Ucu & Adek. Kami masih berhubungan kecuali Andak & Ateh yang tidak dapat dikesan keberadaan mereka. Majoriti dah berkahwin dan mempunyai cahaya mata. Rindunya saat-saat itu... Pegi umah Pakcik Abas & Makcik Timah, keluarga angkat kami, mandi laut, gotong royong memasak, rewang... Bestnye...!!! Kalau ada masa terluang kami akan ke Papar ke rumah mak & pak long achik. Kampung yang memang kampung, jalan pon selisih b*b*. Hehehehehehehhe...

Nak kumpulkan semua 9 orang ni sampai sekarang belum tercapai. Semua ada komitmen masing-masing. Harapnya suatu hari nanti dapatlah kita berkumpul ya...! Rindu bangat sama kamu semua...

Note: En. Suami ke kl hr ni... Tinggallah diriku di Kuantan yang permai ini... sigh!!!

Thursday, January 20, 2011

KENYATAAN ITU PASTI

Tataplah selagi kau mampu,
Belailah selagi kau perlu,
Peluklah selagi kau mahu,
Kerna ianya sudah pun berlaku.

Tiada guna memujuk,
Tiada guna mengeluh,
Menyesal tak berpenghujung,
Dirimu tetap ke situ.

Sanggup meredah arus,
Menghadapi ribut yang memburu,
Langkah mu tak pernah ampuh,
Mencari haluan luntur.

Ku renung, ku pujuk hati,
Meredah lautan cemburu,
Merasuk jiwa suciku,
Aku rebah...
Tak mampu melangkah...

Tuhanku,
CahayaMu ku pohon,
Sujudku hanya untuk mendakapMu,
Aku tewas, aku lemas, aku hina...

Tolong ingatkan aku,
Kisah lalu,
Yang membawa ku ke situ,
Kisah indah yang tak pernah padam,
Walau sehebat mana dugaan mendatang...

Tuhanku,
Bawalah kisah ini jauh dariku,
Bukakanlah lembaran baru,
Yang lebih membahagiakanku,
Aku rebah...

Wednesday, January 19, 2011

HATI YANG LARA


Ini keluarga saya. Setiap kali tengok gambar ni, ada satu perasaan yang sukar nak diungkapkan. Lumrah kejadian manusia, sering bermain dengan perasaan. Seorang suami, seorang isteri dan seorang puteri... Sayu hatiku...

Monday, January 17, 2011

HARI INI 17 JANUARI 2011

Ape lagi ujian lepas ni...? Sekarang ni dah tak rase ape-ape dah. Hati dah jadi batu, biarlah ape orang lain nak cakap. Saya berhak untuk hidup bahagia. Pedulikan ape nak jadi lepas ni, yang penting saya akan hidup dengan cara dan prinsip hidup saya selama ini. Berdoalah agar pintu hati ini tidak tertutup sementara masih ada ruang dan peluang. Saya tidak pernah membuka pintu hati saya untuk mana-mana alasan yang menyebabkan saya menutupnya serapat yang mungkin. Saya mungkin berubah dari seorang yang baik kepada seorang yang jahat dan kejam. Saya manusia, kesabaran saya ada tarikh luput. Saya minta maaf, saya dah matang untuk berfikir secara waras. Soal hati dan perasaan tiada ukuran material. Saya nak semua orang faham. Jika saya terpaksa korbankan semua yang saya ada sekarang ini untuk sebuah kebahagian, saya sanggup hidup melarat, asalkan saya tenang, tidur saya lena, dan hati saya bahagia...

Kian jauh
Kian tenang
Kasih antara kita

Nampak tenang
Pada zahirnya
Tapi batin tersiksa

Yang terguris tak nampak di mata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit air mata
Tahan sebak di dada

Ke manakan nak dibawa
Resah kian melanda

Di manakah
Hendak ku kabar
Pilu di dalam dada

Bila kasih di hujungnya nyawa
Rasa ingin di manja
Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh

Apakah yang dikejar dalam hidupmu
Berkali ku kata padamu
Kita singgah di dunia yang sementara
Penuh tipu daya

Yang kekal
Disana
Biarlah kita bersama

Usahlah
Hanyut terus terlena
Kerana dunia

Pada aku masih ada
Kasih belum terhakis
Sebenarnya sudah lama
Ku sungguh berkecil hati...


Thursday, January 13, 2011

DENGKI EK...

Ok pe Anna Rafali punye lagu tu...? Suke je lirik die... Mendalam dan sampai maksudnye. Cube baca betul-betul lirik lagu dia. Saya pun tak pernah nak ambil tahu pasal lagu ni. Tapi tetibe je jadi isu besar pulak kat ofis ni. So saya pun cari lirik lagu die. Bila diamati, best la!!!

Lirik Lagu Tolong Ingatkan Aku - Ana Raffali

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita


Dah rezeki die... Redha je la...!

SEDAPNYE MAKANAN YANG ORANG BELI!!!

Ape kena selere makan sejak akhir-akhir ni? Sedap sangat nak melantak makanan orang. Kalau beli sendiri tak pulak rase macam yang orang beli. Hilang akal ke nak makan free??? Kang tak pasal-pasal orang menyampah plak...

Dah buang tabiat gamoknye kak ina ni???!!! Beli kerepek pisang yang same dari satu tokey. Tapinye yang Nani or Ehan beli lagi sedap dari yang dibeli sendiri... Apekah ini??? Pelik tetapi benar...

Hukhukhukhuk... Nasi yang Kudil bawak dari rumah juge lagi sedap dari makanan yang dibeli dari Kafe Sarikim... Apekah ini???

Redha...!!!

Wednesday, January 12, 2011

KITA MERANCANG TUHAN MENENTUKAN

Salam...

Tertarik dengan tulisan di artofthoughts.wordpress.com. Wan Mohd Firdaus merupakan seorang krew iluvislam.com (ketua event team Malaysia). Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains (Genetik) dari UKM. Dalam satu artikel yang ditulis yang bertajuk "Apa yang tinggal untuk kita" ada 3 perkara utama yang tidak akan terputus selepas kematian seorang anak Adam:

1. Sedekah jariahnya
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Anak soleh yang mendoakannya

-HR Muslim

Walaupun tidak 'millionaire' rasanya diri ini tidak pernah membiarkan atau tergamak membiarkan insan lain berada dalam kesempitan hidup. Selagi termampu aku akan berusaha sedaya mungkin untuk membantu mereka yang memerlukan tanpa mengharapkan balasan dari mereka. Kehidupan yang Allah jadikan sangat adil. 'What you give, you will get it back', jadi berbuat baiklah sesama manusia. Bukan bertujuan untuk mengangkat diri sendiri, atau berusaha untuk meninggikan darjat diri di mata insan lain. Sesungguhnya sikap membangga diri (walaupun untuk menaikkan semangat diri sendiri) tidak pernah wujud dalam diriku. Apa yang terlintas semuanya hasil dorongan dari Allah s.w.t. Sikap riak paling ditakuti, takut apa yang dibuat tidak mendapat keberkatan dan keredhaan Allah. Ye lah, dari kecil dididik dengan keperluan yang sekadarnya, bila dah besar memang tak pandai nak meminta-meminta. Jadi bila dah bekerja niat untuk membantu keluarga terutamanya adek-adek sangat tebal. Mudah-mudahan bantuan yang tidak seberapa itu mampu untuk dibuat bekal untuk berjumpa cinta yang Agung.

Ilmu yang bermanfaat tidak hanya terbatas kepada ilmu yang kita dapat dari insitusi pendidikan sahaja. Ilmu Allah sangat luas, seluas kejadian alam semesta ini. Walaupun tidak ditakdirkan sebagai seorang pendidik namun aku tidak pernah lokek untuk berkongsi pengetahuan yang ada. Tidak juga bijaksana dalam segala bidang tapi cukuplah untuk berfikir dan bertindak bijak untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Dan selagi ilmu itu masih diamalkan selagi itulah pahalanya sampai kepada si mati... Insyallah...

Anak yang soleh... Insyallah... Amin... Sejak Kauthar dilahirkan setiap hari sebagai seorang ibu, aku sentiasa berdoa agar Allah memeliharanya daripada ganguan syaitan, hasad dengki manusia. Aku sentiasa memohon kepada Allah agar Kauthar boleh dan mampu untuk memelihara iman, akhlak dan takwanya hanya pada jalan yang diredhai Allah s.w.t. Sebagai seorang ibu aku juga mendoakan agar Kauthar akan dijodohkan dengan seorang lelaki yang mampu untuk menjaga dan menyayanginya dengan sepenuh hati dan tidak akan menyakitinya samada dari aspek emosi mahupun fizikal. Insyallah dia akan menjadi anak yang solehah kerana dia sangat matang walaupun baru berusia 4 tahun (2011). Mama proud of you kakak!!! Takkan mama biarkan kakak membesar dengan sia-sia. Hidup mati mama untuk kakak. Itu janji mama...

Ketiga-tiga peluang ini terbuka seluas-luasnya di depan mata. Insyallah jika ditakdirkan Allah s.w.t aku meninggal hari ini semua peluang ini dapat dinikmati. Namun seperti kata-kata yang dipetik oleh Wan Mohd Firdaus...

"Cara hidup kita di dunia akan menentukan bagaimana cara hidup kita di alam barzakh nanti. Cara hidup kita di alam barzakh akan menentukan bagaimana cara hidup kita di padang mahsyar nanti. Cara hidup kita di padang mahsyar nanti akan menentukan sama ada kita ke syurga ataupun ke neraka. Dan segalanya bermula dari bagaimana kita menentukan cara hidup kita di dunia selagi hayat masih ada."

Kita tidak akan tahu di manakah kedudukan kita nanti. Apa yang penting kita harus sedar bahawa kehidupan ini adalah sementara sahaja. Kita perlukan bekalan untuk kehidupan yang kekal itu. Hidup ini merupakan pengkalan untuk kita megumpulkan bekalan yang berkualiti untuk kita bawa pulang bersama jasad yang bakal hancur dimamah bumi. Jadi kita perlu sedar akan tanggungjawab sebagai hamba Allah. Ya, kehidupan memerlukan sumber untuk memastikan ia terus berlangsung, tapi jangan kita hanyut dengan godaan syaitan yang telah berjanji untuk menyesatkan umat manusia.

Sama seperti kisah seorang Petani tua dan cucunya yang diceritakan di laman wordpress.com oleh Wan Mohd Firdaus:

Seorang petani tua tinggal bersama cucunya di sebuah kawasan pedalaman. Rutin sesudah subuh sebelum bertani, Si Atuk akan membaca Quran di pangkin. Amad, cucu Si Atuk sentiasa memerhatikan gelagat atuknya, dan berusaha untuk merutinkan bacaannya seperti atuk. Suatu hari Amad bertanya, “Atuk, Amad cuba untuk baca Quran setiap hari macam Atuk, tapi Amad selalu tidak faham. Bila faham sekalipun, Amad tetap akan lupa bila Amad tutup Quran. Apa ya kebaikan baca Quran, Atuk?”

Si Atuk menutup Quran dan tersenyum, faham benar dengan pertanyaan cucu tunggalnya itu. Tidak menjawab soalan Amad, sebaliknya Atuk menyuruh Amad berbuat sesuatu, “Amad ambil bakul arang di dapur. Pergi ke sungai dan bawa balik sebakul air untuk Atuk.”

mad hanya menurut, pergi ke sungai, mengisi air ke dalam bakul, dan berjalan balik ke rumah. Sebelum sampai ke rumah, air terkeluar melalui lubang-lubang bakul yang dibuat dari rotan. Amad berpatah balik ke sungai sekali lagi. Atuk memerhatikan gelagat Amad, dari jauh Si Atuk memerhatikan gelagat Amad sambil tertawa, lalu berteriak, “Amad perlu bergerak lebih laju, supaya sempat sampai di rumah!”

Kali ini Amad berlari lebih laju, tetapi hasilnya tetap sama, bakul tetap kosong sebelum sampai ke rumah. Tercungap-cungap keletihan, Amad bilang terlalu mustahil untuk membawa air menggunakan bakul, lalu Amad mencapai baldi.

“Atuk tidak mahu air dari baldi, Atuk hanya mahu air dari bakul. Amad belum berusaha dengan bersungguh, Atuk tahu.” Lalu Amad mencapai bakul tadi dan segera ke sungai, dia ingin membuktikan kepada Atuknya yang dia telah berusaha bersungguh-sungguh. Malah semakin cepat Amad berlari, semakin cepat bakul itu bocor.

“Tengok Atuk, tidak berguna bukan? Bakul ini tetap kosong,” kata Amad kepada Atuknya, menelan rasa kecewa.

Betulkah tidak berguna?

“Tidak berguna kata Amad? Cuba Amad lihat bakul itu.” Amad melihat bakul di tangannya, dan Amad baru perasan satu perkara – bakul itu tidak lagi comot dengan kesan arang dan tanah, malah jauh lebih bersih, luar dan dalam.

“Amad, itulah yang berlaku bila kita selalu membaca Quran. Kita mungkin tidak faham, atau tidak ingat apa-apa, tetapi yakinlah bila kita membacanya, kita akan berubah, luar dan dalam”. Amad tersenyum lebar, penuh bahagia, persoalannya kini terjawab.

Sama seperti hati kita, jika terus membiarkan titik hitam itu tanpa dibersihkan lama kelamaan ia akan terus mengelapkan hati kita dari menerima hidayah Allah...

Monday, January 10, 2011

10 JANUARI 2011

Such a very long day and it's monsun in Kuantan. Kauthar tak berapa sihat since last week. Pedih hati melihat zuriat sendiri menanggung kesakitan yang telah lama menjadi darah dagingku. But I have to face it! This is fate. Allah sayang... Sebab itu aku diuji.

Disebalik ujian ini, banyak lagi ujian yang Allah berikan. Namun ramai insan yang memberikan sokongan dan pedoman untuk meneruskan kehidupan. Thanks to all, I do love all of you, no matter what happen after this.

Jika ditanya apa yang aku inginkan hari ni? Simple... I just want my self back. This is so not me... Kalau boleh ku undurkan masa tak akan ku pilih untuk melalui kepedihan ini. Bukan menyesal cuma mungkin telah tersilap percaturan yang pada mulanya sangat indah, sangat manis. Tapi sayang ini bukan cerita dongeng...

Hanya Tuhan tempat mengadu. Aku yakin Dia mendengar, dan aku yakin Dia mempunyai perancangan yang lebih baik untukku. Aku tak pernah gagal untuk mengakuinya. Macam seorang kakak selalu cakap...

"Banyak-banyak bersabar. Jangan bimbang, kami semua bersama awak. Awak orang baik ina, insyallah tuhan akan pelihara awak dgn osha. Kalau banyak bersabar & kuatkan jiwa insyaallah akan ada kebaikkan datang pada awak. Bila ada rasa marah tu ambil wuduk & istghfar banyak-banyak."

"Allah tak akan menzalimi hambanya yang teraniaya..."

Sejak ujian ini menimpa dialah yang paling banyak membantu memulihkan jiwa, menstabilkan emosi. I just don't know how she get all the strenght, walaupun beliau sendiri sedang berjuang dan bertarung dengan ujian Allah... I'm adore her so much!!! Aku pohon agar aku diberikan kekuatan yang sama dalam menempuhi hidup ini. And I do really hope kuasa tuhan agar beliau pulih dari semua ujian itu. I just need her to and I don't know why...

Hanya ketenangan yang aku perlukan, hanya kekuatan jiwa yang aku cari, masih mencari. Kadang-kadang ia datang, kadang-kadang ia tengelam entah ke mana. Haluannya juga tak menentu, rentaknya juga aku tak fahami. Sakitnya ibarat sebuah batu besar di atas dada, sangat sesak...

Jika tidak kerana semangat kental untuk meneruskan hidup 10 tahun dulu, mungkin takkan ku tempuhi ujian ini. Peristiwa 10 tahun dulu masih segar dalam ingatan... Hanya lafaz syahadah dibisikkan ke telingaku oleh mama, aku masih mampu untuk mengikutinya. Di saat hampir mengalah datang kekuatan, kekuatan yang datang dari diri sendiri. Diriku sendiri berdiri di sisi jasad kakuku dan berkata "bangun ina, belum masanya lagi!" Saat itu terasai bagai satu kuasa yang meresap ke segenap tubuh kakuku untuk bertindak balas. "Alhamdulillah, dia dah sedar!!!" ungkap doktor yang berusaha menyelamatkanku. Mati! Itu yang bermain di fikiran mama dan abah waktu tu. Dan aku, tak rasa takut untuk menghadapinya, tidak sedikit pun...

Tapi aku percaya semua ini ada hikmahnya, mungkin belum jelas dek mata kasar lagi. Berharap agar akan muncul sinar baru dihujung sana. Sinar yang lebih membahagiakan. Mengharungi hidup bersama insan-insan tersayang.

Ya Allah... Kau berikanlan aku kekuatan, Kau berikanlah aku petunjuk, Kau berikanlah aku hidayahmu, pandulah aku menuju kebenaran, menuju alam yang kekal. Kau peliharalah insan-insan yang aku sayang dan peliharakanlah insan-insan yang menyangi diriku. Kau peliharakanlah anakku, zuriat yang bakal lahir dan keturunanku agar mereka menjadi insan yang memelihara iman, akhlak dan maruah diri mereka untuk jalanMu. Jauhkanlah mereka dari hasutan syaitan. Kau peliharakanlah rumahtanggaku dari ganguan syaitan dan hasad dengki manusia, Kau limpahkanlah kasih sayang dan rasa cinta dalam perkahwinan kami dan kekalkan kami dalam perhubungan ini sehingga ke alam yang kekal...

Amin Ya Rabbal Alamin...