Tuesday, February 8, 2011

WARKAH KE SYURGA

Firman Allah s.w.t (bermaksud):

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa, sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.

al-Zumar 39:35

Assalamualaikum...

Saya sangat tertarik dengan sebuah video yang saya linkkan di bawah ini. Bagi menghayati bait-bait tulisannya saya abadikannya di dalam blog ini sebagai peringatan untuk diri sendiri.

Semoga ia menjadi panduan dan peringatan kepada diri ini...


Assalamualaikum...

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang, sering ku titipkan doa agar kita sentiasa di bawah payungan Rahmat dan Lindungan dari Yang Maha Esa. Dalam kekalutan dunia pada ketika ini... Aku berharap agar Allah sudi mengampunan dosa kita semua dalam keadaan manusia yang tidak lagi takut kepada Tuhannya, dalam keadaan manusia yang tidak lagi dapat membezakan antara hak dan batil, dan dalam keadaan manusia yang tidak lagi dapat membezakan antara yang mana pahala dan yang mana dosa moga-moga doa yang selalu kita mohon dimakbulkan olehNya walau dalam kehidupan kita seharian kadangkala kita lupa padaNya dan kadangkala kita ingat padaNYa tapi yang pasti terlalu banyak masa kita habiskan bukan untukNya

Buat permata Islam...yang sudah tentu dikasihi Allah dan dirindui Nabi sesungguhnya Islam itu bukan sekadar agama tetapi ia adalah cara hidup kita sama ada berpakaian...bertutur..belajar..berkerja atau dengan perkataan yang lebih mudah bermula kehidupan kita drp bagun tidur sehingga kita tidur kembali
semuanya Allah telah gariskan untuk kita hatta sebelum kita lahir sehingga kita ditempatkan di dalam liang lahad Islam juga telah mengajar caranya.

Seringkali kita mendengar sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud "Islam itu tinggi dan tiada yang tinggi selainnya" tapi sayang sama sekali..kita yang merendah-rendahkannya kita menjauhkan diri daripadanya bahkan kita malu Islam itu menjadi identiti kita kita lalai dengan kehidupan kita sehingga kita menyangka dunialah syurga yang kekal abadi untuk kita sehingga kita lupa Allah S.W.T Tuhan yang maha Esa memerhatikan kita.

Kita tahu adanya Allah tetapi kita melanggari perintahNya. Sombongnya kita kerana kita lupa kepada Pemberi segala nikmat sehingga kita menjadi orang yang Kufur kepadaNya. Kita tahu benarnya Al-Quran tapi kita tidak mengambil pengajaran daripadanya. Kita juga tahu adanya dosa dan pahala. Bahkan kita juga tahu adanya syurga dan neraka. Tapi kita masih tidak mempedulikan perintah Allah S.W.T yang Maha Kuasa

Buat Mutiara Islam yang insyaallah akan terus bergemerlapan di bumi Allah, Prof. Hamka pernah berkata..

"Kita boleh menghitung usia kita yang telah kita gunakan.. Tetapi kita tidak boleh menghitung berapa lagi usia kita yang masih tinggal"

Persoalannya, bagaimana persediaan kita apabila usia yang terkandung di dalam jasad kita sudah habis digunakan?

Masihkah dikau ingat akan firman Allah S.W.T dalam hadis QudsiNya yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah r.a

"Aku sesuai dengan dugaan hambaKu kepada Ku dan Aku bersama dengannya ketika dia ingat kepadaKU jika dia ingat kepadaKU di dalam hatinya Aku akan mengingatinya di dalam hatiKu dan jika dia ingat kepadaKu dalam lingkungan khalayak ramai nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam lingkungan khalayak ramai yang lebih baik dan jika dia mendekatiKu sejengkal Aku pun akan mendekatinya sehasta dan jika dia mendekatiKu sehasta nescaya Aku mendekatinya sedepa dan jika dia datang kepadaKu berjalan maka Aku mendatanginya dengan berlari...

Hadis Riwayat Syaikhani dan Tarmizi

Walaupun sebesar bukit Uhud sekalipun dosa yang kita lakukan sesungguhnya Allah S.W.T masih mengampunkan dosa kita oleh itu, kembalilah kepadaNya. Andaikata hidup ini telah jauh dari landasan yang ditentukan olehNya sesungguhnya kasih sayang Allah membatasi kasih sayang seluruh makhlukNya.

Setakat ini sahaja nukilanku buatmu, ku mohon jutaan kemaafan andaikata bicaraku sebentar tadi mengguris hatimu, tetapi sesungguhnya daku tidak sesekali bermaksud untuk melukaimu semoga dirahmati Allah selalu bertemu lagi.. kalau tidak di dunia.. Insyaallah di taman syurga nanti...

Wednesday, February 2, 2011

SELAGI BERTAHAN

Seringkali ku diuji dilukai
Masih lagi kubertahan hingga kini
Bertahan demi cinta pada yang kusayangi
Sekalipun pahit

Selagi ku mampu bertahan
Selagi itu ku jua
Tidak sekali aku tunduk mengalah
Dimana pun berdiri
Akan ku tetap genggami
Demikianlah sayang selebihnya
Ku pasrahkan

Biar pun sungguh perit
Menanggung beban yang menghimpit
Ku tetap gagahi