Tuesday, March 15, 2011

HARAPAN NAN MENGUNUNG TINGGI...

Assalamualaikum w.t.b.,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah masih lagi bernyawa dan masi lagi hidup sebagai seorang isteri, anak dan ibu kepada insan-insan yang tersayang. Banyak ujian yang telah dilalui sejak penghujung 2010 sehingga Mac 2011.

Alhamdulillah keadaan itu semakin pulih. Syukur kepada Allah dengan segala kurniaan yang tidak ternilai. Sesungguhnya bukan mudah untuk menghadapi semua ni. Pokok pangkal adalah diri sendiri. Hasad dengki manusia datang dalam pelbagai bentuk. Syukur juga dengan ujian ini diri semakin dekat dengan Allah. Begitu juga dengan insan tersayang yang semakin patuh dan redha dengan ketentuan Tuhan. Alhamdulillah...

Proses seterusnya adalah mengukuhkan dinding iman, dan melatih sifat sabar agar lebih cekal untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan di masa hadapan. Sesungguhnya kita tidak tahu takdir yang telah tertulis untuk esok hari.

Syukur kepada Allah kerana telah mengurniakan seorang pasangan hidup yang sangat memahami, yang sangat menghargai dan yang masih sanggup berada di sisi. Banyak yang telah berubah tanpa kita sedari. Kita semakin matang dan telus dalam setiap perbuatan. Ikhlas dan jujur itu janji kita.

Sungguh ujian Tuhan telah mematangkan kita. Membuatkan kita sedar bahawa bukan mudah menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah di bumi ini. Alhamdulillah kita masih bersatu sebagai sebuah keluarga. Alhamdulillah masih ramai yang sayangkan kita, yang sayangkan keluarga kita, yang sentiasa di sisi di saat kita sangat lemah dan rebah...

Kita lupakan dan maafkan mereka-mereka yang tertawa melihat kita merana. Kita biarkan mereka membuat penilaian mereka. Kita tidak pedulikan kata mereka, kerana kita tahu hanya Allah yang berhak menentu dosa dan pahala bagi segala perbuatan yang telah kita lakukan.

Hanya satu tujuan kita, mulakan hidup baru, dengan azam yang baru. Kita lupakan apa yang telah berlaku, kita padamkan kisah lalu, maafkan dan lupakan... Sesungguhnya itu mampu untuk membuatkan kita tenang untuk menghadapi hari mendatang...

Dunia ini hanya sementara, tak ada yang kekal... Ku mohon kepadaMu Ya Allah... Agar Kau permudahkan perjalanan kami ke sana. Kau lindungilah zuriat dan keturunan kami dari perkara-perkara mungkar. Kau pandulah hati menuju ke jalanMU. Kau peliharakanlah iman kami agar tetap di jalanMu. Kau pimpinlah hatiku mengenai hak dan batil. Kau berikanlah petunjuk, taufik dan hidayahmu kepada mereke-mereka yang sesat... Amin...

Thursday, March 10, 2011

MERANA & KETAWA BERDEKAH-DEKAH

Masih ade yang mampu membuatkan saya tersenyum pepagi ni... Kalu xpercaa bace blog si Hatim ni. Tak pernah fail bagi saya ketawa. I'm sure Hatim akan jadi doktor yang paling best kat Malaysia ni.

Bile dah ketawe ni hilang skit stress. Tapi my blood pressure tak naik-naik juge. Pelik betul la... Last time kene low BP ni mase form 4. Pastu sihat walafiat je. Entah ape plak la yang tak kene kali ni. Adakah kerana diet? Owh... diet ke? Makan nasi same je... Pepagi dah cari ayam goreng dah.

Berat giler kepale ni. Nak mc, mg lepas dah amik satu hari. Kang tak pasal tempah tiket utk SKT 70 sen utk tahun 2011. Uish... jadi-jadi la sekse idup I kay...?

-END-

Wednesday, March 9, 2011

BERITA TERKINI

Well.... Agak lama tidak meng'update'. Banyak yang berlaku tetapi tak mo la citer. Eh! Ape hal tak nak citer, bagi tau kat sini plak kan...? Jawabnye... suke ati I la... Ni kan blog I...

-END-