Monday, October 31, 2011

KERASNYA HATIMU...

Assalamualaikum,

Agak bosan menghabiskan hujung minggu secara dingin di rumah. Nak buat macam mana kan??? Penyakit cari sendiri... Apa-apa pun redha je la. Benda kalau dah lama terbuku di hati gitu la jadinya. Benda kecik pun jadi besar... Owh... kerasnya hatimu...

Pokok persoalan di sini, jika kita sering di ulang tayangkan dengan benda yang sama setiap hari, haruslah bosan kehidupan yang bahagia lagi indah. Oh ya...! teringat mimpi semalam... Mimpi mandi di sungai/air terjun yang sangat cantik!!! Selalu sangat mimpi air... Mimpi sungai... Orang tua-tua cakap mimpi air tandanya rezeki... (tetibe je kan...)

Berbalik kepada persoalan kerasnya hatimu, kita suke dan berharap orang itu meminta maaf dengan kita kerada kebiadapan yang telah dilakukan. Sedangkan kita sendiri melakukan kebiadapan yang kita sendiri tidak sedar kita melakukannya setelah sekian lama. Adat ego seorang manusia, mana la nak mengaku silap, lagi-lagi kalau dia berada di tempat yang teratas. 

Dalam apa-apa hal dan situasi, komunikasi sangat penting. Perbincangan dan kupasan pokok persoalan atau apa sahaja yang terpendam perlu untuk meleraikan segala kekusutan dan salah fahaman. Memang ada pendapat kadangkala ianya tidak perlu supaya keharmonian tak perlu digugat, maka diam saja lebih baik. Tidak kita sedar di satu pihak lagi, akan tersimpan tanggapan yang kurang menyenangkan dan amat menyesakkan dada... Owh... kerasnya hatimu...

Bila dah lama berantakan seorang diri, lama-lama dicuit sedikit, ia bisa meletuskan kemarahan yang sukar untuk difahami waima oleh si pemarah itu sendiri... Hahahahah agak lucu bila ada orang yang mula mengaru-garu kepala sebab tak faham dengan entry kali ini. Biarlah, bukan nak suruh faham pun, cuma nak pastikan bahawa blog ini punyai entry yang baru. ;))

Susah juga jika kita yang beriya-iya ingin melihat dan ingin membawa orang lain ke arah kebaikkan. Kita pulak yang disalahkan. Memang tidak layak untuk menegur, tambahan pula cara menasihati juga kaedahnya salah... Tapi tak terkesan langsung dengan ajakan dan nasihat itu merupakan penyesalan yang paling besar dan amat dahsyat. Tidak sanggup melihat lebih banyak titik-titik hitam terhasil, tapi tiada daya dan upaya untuk mengubah kerana dia sangat 'hebat'... Owh... kerasnya hatimu...

Silap besar bila terlalu mempercayai. Silap besar sebab terlalu-terlalu semuanya... Atur langkah dengan berhati-hati, agar tidak kecundang sendiri... Owh... kerasnya hatimu dan hatiku...

Friday, October 28, 2011

LAB

Perlu ke Kuala Lumpur sebentar lagi bagi membincangkan mengenai perkara di bawah. Adoi.... Boleh je bincang kat sini kan...? Kenapa KL???

(Mood: Bulan Bahasa Kebangsaan)

Thursday, October 20, 2011

KALAU HAPPY SHARE RAMAI2, KALAU SEDIH SIMPAN SORG2...

Itulah hidup... Kalau berita gembira, memamg tak payah suruh, nak je canang seantero dunia. Tapi kalau berita sedih atau rasa pilu di hati, simpan sorang-sorang lagi baik. Bukan mudah nak jumpa seorang pendengar yang baik di abad ini. Waima ada suami pun, dia bukanlah pendengar yang setia, dan juga bukan orang yang akan membuatkan saya rasa tenang dan nyaman bila bercakap atau meluahkan perasaan. Lelaki kawannya lelaki... Perempuan kawannya perempuan...

Saat ada gelodak perasaan yang berombak-ombak macam ni nak je lari balik Kulim jumpa my BFF... Kawan baik dunia akhirat. Ohhh... I need you here ENI AZNAN....

Monday, October 17, 2011

BERJIMBA DI AWANA KIJAL



Awana Kijal Golf, Beach & Spa Resort, Terengganu, sempena Golf Challenge Mohd. Nizar Dato Sri' Najib & Frenz Tour. Name macam gah tetapi para pemain mereka biasa-biasa sahaja. Bermain untuk suka-suka dan berlibur bersama keluarga. Dapat lah berehat untuk meredakan tekanan darah tinggi dari 15 - 16 Oktober 2011.



Kauthar dan kolam sememangnya tidak dapat dipisahkan. Gambar sememangnya kurang kerana tukang jaga juga tidak melepaskan peluang untuk membunuh kuman yang telah lama tersimpan. Maka tiada rantaian gambar sebagai simpanan juga. Berendam dari 8.30 pagi sehingga tepan jam 12 tgh hari. Berenang sehingga kaki kejang di dalam air, lantas insaf dan terus naik.


Bersedia untuk pulang. Tapi masih merengek-rengek untk mandi kolan lagi. Tidak mungkin kerana mata dan badan ini sedang terbayang tilam dan bantal busuk dirumah... Rumahku syurgaku... Biar apa sekali keadaannya, aku tetap SUKA!!!!

Tuesday, October 11, 2011

JANGAN BERHARAP! DIA BUKAN MILIK KITA...

Assalamualaikum,

Awal minggu dikejutkan dengan berita yang saya mungkin akan ditukarkan ke jabatan lain. Ada 2 kemungkinan sahaja di sini. Pertama; saya terlalu hebat sehingga menjadi rebutan jabatan lain. Kedua; saya tidak pandai bekerja atau tidak menunjukkan prestasi yang baik? (Ok, agak melampau assumption di sini...)

Setelah dipanggil oleh ketua jabatan ternyata andaian kedua agak meleset dan menjurus kepada andaian pertama dan juga dengan tiba-tiba muncul andaian ketiga, iaitu fungsi Pejabat Penyelidikan nak dihapuskan!? Namun kedua-dua andaian pertama dan ketiga ini boleh digabungkan dengan kesamaran yang agak-agak samar. Untuk lebih adil fungsi saya di sini semakin mendapat perhatian bos yang sebelum ini agak ragu-ragu untuk memberikan tugasan yang mencabar. Tetapi selepas tugasan yang 'mencabar' tidak disahut dengan baik oleh 'ikan emas' maka saya boleh dikatakan sebagai 'ikan bandaran', yang perlu membersihkan nama baik jabatan (kononnya). Ironinya ikan emas suka berak kan???

Tapi itu bukan pokok persoalan di sini. Ianya hanya mukhadimah sebelum rasa terbuku di hati diluahkan. Tapi proses luahan hati tidak berlaku dengan lancar kerana ada ganguan daripada rakan sekerja yang nak update data.

Ooohhhh!!!! Yet my bad....! Ingin saya tekankan di sini, saya tidak dikurniakan sifat pemaaf yang menebal. Sekurang-kurangnya saya mengaku kelemahan saya. Memang saya lemah bab-bab memaafkan orang ni. Tetapi ianya berlaku bagi mereka yang sedaya upaya dengan seluruh tenaga menipu & 'menkencing', diri saya yang sangat tidak suka menipu ini. Sila tunggu sehingga saya bersedia dengan sepenuh hati saya untuk memaafkan anda ok. Mungkin bertahun-tahun lamanya. Sebab itu saya tak suka tipu orang atau fitnah atau apa-apa saja dengan orang. Dosa dengan Tuhan kita boleh sujud, bermunajat mintak ampun. Dosa dengan manusia??? Hadap sampai puas ok... Bukan bertujuan nak menghukum. Siapa la saya nak menghukum, tapi kemaafan perlu ikhlas dari hati yang suci murni. Kalau mulut cakap maaf tapi hati cakap lain, jatuh munafik saya.

Ya Allah.... Mudah-mudahan Kau lembutkan hatiku... Amin...


p/s: tajuk kelihatan tidak selari dengan entri... Ade ku kesah???

Thursday, October 6, 2011

DUA JENIS MANUSIA YANG DIBENCI

Assalamualaikum...

Dalam dunia ni ada 2 jenis manusia yang memang tidak akan mendapat pertimbangan akal dan kewarasan yang sempurna oleh diriku.

Yang pertama: Orang yang bongkak lagi riak dengan segala benda yang dia ada kat dunia ni. Tak kira la pangkat, duit, harta, pengalaman kerja dan sebagainya. Sebagai manusia, perlu ke nak bercerita segala kehebatan yang dah pernah dilakukan dan dicapai dan yang telah diberi! Lepas tu claim 'saya bukan nak riak'. Eh.... orang kalau ikhlas, 'tangan kanan memberi, tangan kiri tak tau' ok... Dengan harapan orang akan nampak kebaikkan disebalik keburukan yang telah anda lakukan. Matlamat tidak menghalalkan cara. Daripada penelitian saya, orang yang benar-benar berjaya adalah orang seimbang perihal dunia akhirat ni. Maknanya kerja kuat, amal ibadat pun kuat. Boleh rujuk contoh yang paling baik kat sini.

Yang ke-dua: Orang yang menipu dan yang kuat menipu! Once saya dah tau makhluk tu menipu saya... Jangan harap in future saya nak percaya cakap atau apa saja janji dia pada saya. Sebab memang dah jadi pantang paling besar saya orang yang menipu ni. Sejarah hidup saya, saya pernah ditipu oleh 3 orang manusia yang paling saya sayangi. Secara jujur saya sangat membenci sikap mereka ini yang sangat pandai bermain dengan fakta dan sangan kreatif dalam memutarbelitkan keadaan. Dan akhirnya diri mereka sendiri yang terjerat. Balasan Allah... Tidur pun tak lena sebab takut pecah tembelang. Mudah-mudahan mereka mendapat pengajaran dan ikhtibar daripada apa yang dah berlaku dalam kehidupan mereka!

It's my bad sebab tak bagi kelembutan hati pada dua golongan ini. Ini adalah kerana, dua perkara ini tidak pernah berlaku dan tidak pernah ada/wujud dalam kamus hidup saya. Sebab kami adik beradik akan kena cili mulut kalau cakap bohong masa kecil-kecil dulu.

Mudah-mudahan Allah melembutkan hati saya untuk berhadapan dengan dua golongan ini dan bersifat pemaaf dengan mereka suatu masa nanti. Buat masa ni, hati ini masih sangat keras untuk memaafkan mereka...

Wallahualam

Monday, October 3, 2011

GOSIP ARTIS

Astaghfirullah...

Terbaca pulak dah gosip artis pepagi ni... Tak pasal-pasal tambah saham. Al kisah majlis perkahwinan Norman Hakim & Memey, kononya yang mencecah jutaan ringgit. Mak aii...!!!! Over kau...

Tapi sekali imbas wedding tu macam well... Tak ramai orang yang restu pun (pehal pulak nak restu korang kan?)... Cukup la restu mak bapak diaorang je. Tapi bila di semak semula sejarah pertemuan dan percintaan mereka memang tragik la sikit kan. Cara kontroversi yang dicipta dan sebagainya. Mudah-mudahan tidak berlaku lagi di masa hadapan. Mudah-mudahan juga mereka atau pasangan mereka tidak mengulangi kesilapan yang sama. Maklum la... Memey tu kan muda lagi?

Apa-apa pun harap bekas isteri yang dah lama makan hati tu tabah dan terima dengan redha ujian Allah. "What come around will comes around"! Biarlah Allah yang tentukan segalanya.

Permata hati itu perlu dijaga dan diasuh sebaik mungkin. Teruskan kehidupan demi mereka. Cari kebahagian dengan mereka. Tak berbaloi ok nak buang masa dengan orang yang tak tau nak hargai perasaan dan penat lelah mengandung, melahirkan dan membesarkan zuriat mereka.

Agak terkesan dengan kisah hidup mereka. Allah itu Maha Mendengar dan Dia adalah sebaik-baik perancang. Jika kita tidak ditakdirkan bersama lagi dengan orang yang kita sayang, sudah tentu dia mempunyai perangcangan yang lebih baik. Dan jika kita masih ditakdirkan bersama dengan orang yang pernah kita sayang, walaupun lepas dia buat onar tahap gaban, kita harus akur dan terus berdoa, mudah-mudahan dia insaf tahap dewa. Yang pasti Allah mempunyai perancangan yang lebih baik daripada yang kita mampu fikirkan.

Wallahualam...