Wednesday, February 29, 2012

HAPPY BIRTHDAY!!!

Happy Birthday sayang mama yang chomel-chomel... Semoga menjadi anak yang solehah berjaya dunia dan akhirat.

Berita selanjutnya akan menyusul!

Wednesday, February 22, 2012

HAI...!!! AM I LOOK HAPPY???

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t atas segala limpah kurnia yang telah diberikan olehNya. Dalam kita gembira dan senang dengan nikmat yang Allah berikan jangan la pula lupa diri dan lalai dengan segala perintahNya. Bukan apa, manusia ni bila senang dan gembira lupa nikmat yang Dia bagi. Hanyut bak kate orang...

Cepat betul masa berlalu. Kehidupan sebagai pelajar bujang dah lama ditinggalkan. Berkahwin, berkeluarga a.k.a beranak, bekerja sambil belajar plus berumahtangga pun sudah. Gelora rumah tangga pun sedah ditempuh. Alhamdulillah... Dia tau apa yang terbaik, jika tidak manakan diizinkan sesuatu perkara itu berlaku.

Sedar tak sedar dah nak masuk 5 tahun usia Kauthar. 1 Mac 2012 adalah hari lahirnya dan tarikh yang sama Baba or Mama akan register dia ke sekolah rendah (senyum sengsorang). Besar dah rupanya budak ni... Teringat kenangan di labour room saat melahirkan budak chomel tu. Dalam keadaan separuh sedar sebab mengantuk yang amat sangat (sedap betul layan mate tengah contraction), dengan En. Suami yang gigih memberikan semangat (walaupun mabuk darah), dengan doc dan nurse yang bukan main supportive gitu... Alhamdulillah semuanya selamat walaupun tanggapan pertama setelah baby doc letak atas dada "eh apasal kepale anak aku mcm alien ek?? Tajam semacam..." Tapi sekarang dah normal... Bahagia sungguh masa tu...

Sedang masa bergerak dan beredar, kita pasti sedar sedikit sebanyak ada perkara yang berubah... Mungkin banyak, mungkin sedikit pasti ada. Ada sesuatu yang saya pelajari sepanjang tempoh itu, tempoh singkat yang penuh cabaran adalah; bergantung dan percaya dengan janji Allah bukan manusia... Kerana manusia mampu berjanji atas sifat-sifat yang ada padaNya juga atau kata lain dengan izinNya...

Coretan saya di dalam blog ini saya mahu wariskan kepada anak cucu saya kelak. Sekurang-kurangnya mereka boleh tahu watak dan peranan saya suatu ketika dulu, saat nyawa masih dikandung badan. Agar mereka tahu betapa saya sayangkan mereka seluruh jiwa dan raga saya. Betapa saya sayangkan keluarga saya dan mahukan hanya yang terbaik tetapi dengan izin dariNya. Mudah-mudahan ini merupakan wadah penghubung untuk generasi seterusnya dalam keluarga saya, supaya mereka dapat mengenali saya setelah saya tiada kelak

Sehingga tarikh ini, Kauthar adalah satu-satunya zuriat saya. Rezeki untuk zuriat lain belum Allah kabulkan. Rupanya Dia ada merancang sesuatu yang lebih baik untuk saya mencorakkan kerjaya saya yang hampir malap suatu ketika dulu. Semuanya ada hikmah... Alhamdulillah syukur kepada Allah.

Setelah apa yang berlaku saya belajar lagi. Belajar untuk melihat kebaikkan sebalik keburukkan atau musibah yang menimpa. Ternyata bukan mudah untuk melawan hasutan syaitan dan kata hati sendiri. Dan akhirnya saya berjaya untuk mendengar kata hati dari hasutan walaupun kadang kala tewas. Bila konflik berlaku perkara pertama yang akan saya buat adalah solat (jika belum solat). Ia merupakan senjata untuk mengusir semua suara-suara jahat itu. Paling tidak berwuduk dan merenung kelemahan DIRI SENDIRI dan bertanya, adakah saya melakukan perkara yang sama kepada orang lain, sehingga saya diperlakukan begitu oleh orang itu??? Dapatkan jawapan, istighfar dan bawak tido (hehehheheh)... Sebab mungkin badan dah penat sebab tu temper pun menjadi-jadi... Pantang orang salah cakap, mula lah nak naik angin kan...?

Apa pun saya masih belajar untuk mengenali diri sendiri. Mengenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri dan belajar untuk mengawal diri sendiri supaya sentiasa bersangka baik dengan Allah dan manusia. Mudah-mudahan kita mampu untuk membetulkan niat dan memperbaiki diri untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik...

Amin...

Tuesday, February 14, 2012

SEMUSIM PERJALANAN

Nafas adalah kehidupan
Sentiasa bergerak
Seperti bumi berputar pada paksinya
Manusia ada di dalamnya
Sentiasa mencari dan dan mentafsir
Fitrah yang tersembunyi...

Kala senja hadirkan diri
Tika itu bumi makin kelam dan suram
Menunggu malam hadir dengan perlahan
Jiwa insan lelah dan lemah
Membelah gelita yang pekat
Menyedut nafas yang zat...

Hamparan duka beredar kupinta
Hadirkan cinta dan rasa terindah
Terhadap Dia cinta yang permai
Biar jiwa mekar dan segar...

Terdetik waktu terikat zaman
Menjujuk masa tidak tersekat
Lantunan laku biar kenangan
Harap pedoman menjadi berkat

Biarkan sengketa, biarkan ia
Pergi membenam dalam seloka
Kasih agung tiada ukuran
Moga manusia kan tenang
Dalam pelukan dan zat yang Esa...

Tiada upaya mahupun tenaga
Menghalang takdir sudah tersurat
Aturkan langkah agar kau kuat
Bekalan doa dan juga semangat
Agar tak rebah di perjalanan...

Berjalan merentas musim
Melangkau hari dan bulan
Silih berganti malam dan siang
Redha dan pasrah hanya ukuran
Hikmah dan nikmat jarang terlihat...

Mudah bicara luncur dan laju
Jarang dinilai atau diukur
Nista jelas niat dah ikhlas
Membukit marah dendam yang deras...

Harus bersihkan ruang dihati
Yang tercatat diari kisah yang sepi
Munajat dan zikir pengubat hati
Semoga tenang, damai abadi
Takdir hidup jangan ditangisi
Perlunya ia sebagai pendinding
Mengharungi jarak dan juga musim...

Wednesday, February 8, 2012

KISAH HATI

Assalamualaikum,

Rasanya tak semua orang sanggup berkongsi rasa hati atau derita jiwa dengan semua orang. Kekdahnya demi  menjaga sebuah perhubungan atau mengelakkan rantaian cerita yang ditokok tambah.  Dalam kehidupan ni sebaik mana manusia itu, jangan sekali-kali meletakkan sepenuhnya kepercayaan. Kadang kala pemahaman di pihak lain sangat berbeza lalu boleh mencetuskan situasi atau keadaan yang tidak selesa... Yakin dan bersangka baik 100% hanya dengan Allah. Manusia ni, bila dia perlu baru dia cari kita. Kalau dia tak perlu, takkan ada perkiraan barang sedikit pun buat kita.

Susah nak jumpa orang yang betul-betul ikhlas sayang dan sentiasa ingatkan kita selain dari keluarga sendiri. Jika direnung dan dikaji tiada keperluan untuk apa kita perlu diingati? Manusia biasa yang tak ada sebarang keistimewaan. Apa yang pasti kita punya keistimewaan tersendiri di sisi Allah...

Maka bersangka baik dengan Allah dan tumpahkan rasa cinta dan kasih kepadaNya dan Baginda Rasullullah s.a.w. Mudah-mudahan jiwa kita lebih tenang dan tidak tergugat dengan nikmat dunia yang mampu melalaikan...


Nota: Pen Biru... Aku tujukan lagu ini untukmu... hehehheheh

Wednesday, February 1, 2012

DIET YANG BERKESAN

Assalamualaikum,

Percayalah entri ini bukanlah entri panduan atau tatacara berdiet yang berbentuk ilmiah. Ia adalah pandangan peribadi penulis entri ini sahaja yang sememangnya blur dengan tatacara dan keazaman diet yang ntah apa-apa!!! Ada orang cakap kalau nak kurus jangan makan nasi memang cepat turun berat badan... 

Jadi saya yang cetek ilmu ni pun buat la tahan tak makan nasi sampai terketaq-ketaq kepala lutut kan... Pastu seminggu sekali boleh makan nasi maka peluang tu diambil untuk 'melantak' sehabis baik. Ape makna diet kamu itu heh??? Jangan makan nasi sebab nasi itu mengemukkan. Makan roti takpe... Eh kamon? Nasi tu kan makanan rugi rakyat Malaysia? Orang Arab makan roti, apasal beso jugak???!!!

Setelah bereksperimen selama beberapa tahun dan telah melalui pelbagai kaedah kuno diet yang kadang-kadang kedenganran dan kelihatan tidak logik pada pandangan akal, maka saya berpendapat bahawa, diet ni merupakan bentuk pola pemakanan yang kita ambil sehari-hari. 

Kalau 7 tahun dulu berat saya hanya berada di sekitar 49-50 kg sahaja, adalah kerana berkat makan nasi satu polisterin penuh dan semangkuk sup sayur sekali sehari sahaja. Yang mana kadar kepenuhan polisterin itu adalah untuk cover 3 kali waktu makan! Plus berjogging sepanjang 7 km setiap petang atau dua kali sehari tanpa gagal! Nak hasilnya body yang agak langsing la walau tak solid. 

Namun kini, amalan pemakanan yang ala-ala orang tak lalu makan kuantiti nasinya (itu pun sekali sehari) dengan tiada aktiviti riadah yang tetap (kalau mood rajin baru buat), beratku dengan megahnya mencecah 60kg tanpa ada perasaan bersalah terhadap mesin timbang itu! WTH!!!!!

Dalam ertikata yang lebih berilmiah adalah, "tak guna berdiet tanpa bersenam!!!" Penipu la korang cakap makan nasi susah nak kurus. I makan nasi je dulu boleh je kurus...??? I've already prove it to my self what??? Korang ade buat tak kat diri sendiri. Ape makna tak makan nasi and yet badan lemah dan selalu sakit-sakit... kan...???

Jadi ayuh kita bersenam...!!! Buat tekan tubi sepuloh kali sehari pun jantung den dah macam nak tercabut tau... Adoyai... staminaku memang dah out habis... Nak jogging ni kan, sebenarnya perlu ada keberanian tau. Bukan senang nak buang perasaan riak dan bangga ketika berjogging ni... Kalau boleh nak jogging  sebelum orang surau kuar solat subuh atau jogging selepas solat maghrib. Kalau zaman belum kawin dulu, aktiviti jogging ni selalu buat lepas solat maghrib, sebab dah sejuk sikit. Bukan apa, kalau siang-siang hari ni banyak sangat mata yang memandang... malu ah...!!! Maklumlah 'hot stuff' mase tuh (perasannya ya Allah!!!).

Sekarang ni nak jogging ade pulak orang kacau daun... Kita nak jogging die nak jongging. Pastu kita lari kang die jerit "mama jgn la tinggal saya..." Dah ape makne jogging kalau berjalan untuk ambil anginkan...? Pusing banyak round kang die buat aksi duduk atas jalan tar sebab penat jalan... Dah macam mane??? Bila perasaan riak dan malu tu dah hilang, halangan paling besar untuk bersenam adalah anak dara I yang sama nak jogging sebab tensen uncle dia panggil die debap!!!

Owh semangat... Datanglah dan bantu diriku ini untuk menepis segala cabaran dan halangan yang mendatang... Please... please... please...