Monday, April 23, 2012

MUDAH-MUDAHAN INSAN ITU DIMAAFI...

Assalamualaikum,

Dalam hidup ini sedar atau tidak, jika tidak kita, mungkin ada insan lain yang menyakiti hati kita atau kita menyakiti mereka. Ya jika saya berbuat khilaf, saya mudah untuk mengaku dan meminta maaf. Tapi sukar untuk kita mendorong orang lain untuk melakukan perkara yang sama.

Pernah suatu ketika saya diduga oleh Allah, dengan ujian yang saya rasa 'berat'. Ketika itu jiwa dan emosi sangat-sangat tergugat. Tambahan pula dapat tahu, orang yang kita hormat sebagai kawan rupa-rupanya tidak jujur dan telus dengan kita. Di belakang saya dia merupakan seorang pengkhianat yang memusnahkan seluruh kepercayaan saya terhadap insan yang bergelar kawan. Untuk lebih tepat, kawan yang dimaksudkan adalah isteri kepada sahabat suami saya.

Mungkin dia mangsa keadaan. Tetapi seseorang yang waras lagi cerdik sudah tentu tidak akan melibatkan dirinya dengan perkara yang sememangnya menindas kehidupan seorang wanita lain. Secara jujur, mungkin kepandaian bergaul dan menyesuaikan diri menjadikan dirinya 'mulia' di mata ramai orang. Tetapi kehidupan sosialnya yang 'boleh tahan' pada pandangan mata saya (sahaja) tidak sesuai bagi seorang ibu dengan 3 orang anak...

Mungkin dia telah terbiasa atau suaminya juga tidak kisah dengan apa yang mereka mampu lakukan bersama. Mungkin berada di kalangan 'kerabat' melahirkan kehidupan sosial yang begitu. Tetapi tidak menyalahkan sesiapa. Ada satu pepatah Inggeris "you are what you eat..." Hurmmmm... (macam tiada kaitan di sini...)

Pernah saya ajak dia berbicara. Namun dipertengahan perbualan dia menarik diri. Mungkin dapat menagkap berang saya walau sekadar di atas talian. Sehingga ini saya masih ada sedikit rasa terkilan dengan dia yang sanggup menipu saya sedangkan saya layang dia dengan baik ketika datang bertandang ke rumah saya pada masa lalu... Hanya rasa terkilan... Bukan marah...

Sukar juga untuk dia menghulurkan salam kemaafan... Begitu juga dengan diri saya... Tapi suami selalu datang dengan hujah yang benar, 'dosa dengan Allah takpa lagi... Dosa dengan manusia yang susah... Ya, saya akui... Tapi di sini siapakah yang berdosa...? Saya dan juga dia... 

Insyallah saya cuba untuk beramal dengan 5 hakikat iman; Percaya, Taat, Redha, Ikhlas dan Sabar... Mudah-mudahan kehidupan saya lebih dipermudahkan oleh Allah s.w.t. 

Aamiin....

Saturday, April 21, 2012

SABTU DIRUMAH..

Assalamualaikum...

Sabtu di rumah. Lepak di rumah dan makan dirumah juga... Alhamdulillah bertemu lagi dengan Sabtu 21 April 2012. 

Sabtu hari ni suami ke KL di petang hari balik malam ini. Isnin pergi lagi untuk 5 hari, membawa diri dan merempit ke Utara Malaysia Konvoi SUKMA Pahang. Bosan pasti menyelubungi, sementara dia tiada di sisi untuk menemani dan menjaga diri...

Ayuh minum air oren campur dust collagen Kak Nani Model 80-an. Sangat berkesan dan menjimatkan! Sakit pinggang pun hilang. Wajah usah disangkal makin halus dan mengkal... Hahahahahah!

But seriusly collagen dust itu sangat memuaskan hati saya. Cukup 1/2 sudu kecil setia hari. Kesannya cukup baik untuk tubuh badan saya sendiri. Siapa yang consume sudah tentu dapat membezakanya. Haruslah saya mempromosikan collagen dust beliau secara percuma. Semuanya untuk kebaikkan wanita-wanita di luar sana.

Cepat buka link Kak Nani dan call untuk dapatkan collagen dust tersebut...

Bye!!

Thursday, April 12, 2012

NAK CUTI UNTUK BERMALAS

Assalamualaikum,

Untungnya la badan kan kalau cuti tak buat apa-apa, tak payah masak, tak payah basuh baju, lipat kain. Cukup masa ada orang hulur makanan atas katil... Hahahahahaha anak raja pun tak macam tu lah!!!

Bila saya cakap, cuti hujung minggu nak kemas rumah, nak cuci bilik air, nak kemas almari dan sebagainya.... Ada pulak segelintir orang yang menyambut "hai... kan ade pembantu rumah..."? Yeeee memang saya ada pembantu rumah. Maka tugasnya membantu tuan rumah. Harus diingat jika kita terlalu membebankan pembantu rumah maka tidak lama lagi akan ada suara-suara sumbang menyampaikan cerita yang pembantu rumah kita letih dan penat untuk membuat semua 'house chores' di rumah kita.

Memamg penat, tapi saya puas hati buat kerja sendiri. Sebab mutu cucian bilik air saya tidak sama dengan pembantu rumah saya. Nak merungut? Mula-mula ya, sebab tak faham apa itu 'pembantu rumah'. Sekarang ni dah faham dia cuma pembantu. Rumah tu saya yang punya, sila fikir sendiri.

Ada benda-benda atau perkara yang saya biarkan dia buat tanpa ada kawalan yang standard sebagai contoh memasak, mengemas (sebab dia ikut je susun atur yang dah tersedia), membasuh baju, mengemop lantai. Nak sedapkan hati dan mata saya, memang tugas melipat baju dibuat, tapi saya akan lipat balik sebab saya suka susun baju dalam satu saiz yang sama dan susun sendiri dalam almari.

Saya juga tak mahu anak dara saya tu ambil contoh yang tak baik hasil dari pemerhatiannya. Sedar tak sedar, kealpaan kita dalam memanjakan diri apabila ada pembantu rumah ni, anak-anak kita akan buat benda yang sama kita buat pada pembantu rumah kita. Sifat mengarah yang tak kena tempat, yang sepatutnya budak-budak tak perlu ada. Jadi saya ubah suasana tu dengan ajak dia kemas rumah bersama-sama pembantu rumah saya, supaya dia membesar menjadi manusia yang mempunyai nilai-nilai individu yang baik...

Menjadi seorang anak, isteri, dan ibu yang berkerjaya bukan mudah. Uruskan masa dengan baik, bahagikan tugas dengan pembantu rumah anda dengan cermat dan cekap agar kedua-duanya mendapat rehat yang cukup dan tidak terbeban dengan kerja rumah yang tidak pernah habis! Tidak pernah habis! Maka di sini saya sangat menyanjungi para suri rumah yang tangannya tidak pernah kering mengurus rumah tangga.

Moga kita mampu untuk menjadi majikan yang baik juga dan ianya bukan mudah! sSila tengok dan renung kembali beban yang terpaksa ditanggung oleh pembantu-pembantu rumah kita....

Sekian!!!

Tuesday, April 10, 2012

UUPDATE TERKINI? TAK ADE...

Assalamualaikum...

Banyak perkembangan dan perkara yang nak dikongsi. Tapi malas sungguh nak mengarang cerita dan berita. Makin malas nak melayan perasaan akhir-akhir ni. Lalu menjadikan ruangan ini sepi dan ketepi....

Sekian.