Wednesday, August 29, 2012

MAHU KEMBALI


Ini adalah Kaabah di Mekah. Saya sangat-sangat rindu pada tempat ni.
Masih ada sesuatu yang menuntut untuk saya kembali kesana.
Sesuatu yang perlu saya buat bila hajat yang saya pohon dimakbulkan Dia pada Mei 2011 yang lalu.
Membuak-buak rasa nak ke sana.
Kalau boleh nak pergi tahun depan (2013).
Ada sesuatu yang saya hajatkan.
Sesuatu yang tidak dapat saya buat pada umrah yang lepas.

Doa saya, jika kembali ke sana adalah yang terbaik buat saya, maka permudahkanlah.
Meminta dengan Dia tidak semestinya di sana.
Tapi percayalah, sesiapa sahaja yang telah pernah ke sana akan merasa nikmat dan kelainan berdoa di Multazam, Hijir Ismail dan Raudha (di Madinah).
Suasananya cukup berbeza.
Jiwa rasa sangat-sangat-sangat dekat dengan Dia.
Susah nak digambarkan.

Saya berhajat untuk menghantar Abah saya ke sana.
Dah berniat, kalau dapat keluarkan 'duit terpijak' tersebut, memang itulah perkara pertama yang saya akan buat.
Kalau ada rezeki saya dan keluarga menyusul.

Kalau diizinkanNya mahu juga dijemput menjadi tetamuNya pada musim Haji.
Tapi tak tahu bila akan dapat tiket jemputan tersebut.
Tiba masa nanti pasti Dia jemput.

Semoga Allah mempermudahkan urusan saya.
Semoga hajat ini tidak mewujudkan riak dan perasaan ujub dalam diri saya.
Dalam kerendahan hati saya sentiasa memohon agar Dia menjauhkan saya dari sifat-sifat sebegitu.

Rindu yang sangat dalam......


Tuesday, August 28, 2012

SELAMAT HARI RAYA!!!!!

Me family. Mama & Abah datang ziarah anak die. Haks =)

In law family

All the Cucus =)

Tuesday, August 14, 2012

Thursday, August 9, 2012

Setan ni memang setan!

Assalamualaikum...

Semalam ada satu situasi atau keadaan yang tak diduga. Tiba-tiba berderau darah naik ke kepala (angin marah datang)... Huih.. Bukan main lagi marahnya... Astagfirullah hal azzim (aku memohon keampuna dari Mu ya Allah) 1000 kali.

Kenapa la bisikan syaitan itu yang didengar, sedangkan sehari 5 waktu tonggeng terbalik solat 5 waktu? Kenapa emosi itu juga yang diturutkan sedangkan segala nikmat yang ada di muka bumi ini kau dapat? Manusia memang cepat lupa dan alpa...

Setelah beristigfar lantas menangkat telefon memohon maaf kepada mereka-mereka yang terkedu dan kecewa dengan keadaan beremosi tersebut. Sesungguhnya Allah sedang menguji saya lagi. Sedikit cuma, itu pun tidak mampu mengawal emosi dan terpedaya dengan bisikan syaitan.

Sesal tak berkesudahan... Mohon ampun dan maaf wahai insan-insan tersayang...

Wednesday, August 8, 2012

MIMPI INDAH...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dapat tidur dengan lena semalam
Lalu bangun dengan penuh rasa syukur lagi...
Sebab mimpi pun best!!!

Mudah-mudahan jadi kenyataan...

Amin!!!