Monday, January 30, 2012

KISAH AJL 26

Assalamualaikum,

Semalam AJL 26 kan... Memang berazam nak tengok, since baru tau AJL 26 adalah selepas Buliten Utama TV3. 

Tapi... Kelaut... Berita sempat cover sampai habis. Pembukaan tengok Jamal Abdillah lepas tu rase sayup-sayup je... Sedar-sedar terbangun dengan pukulan vokal Hafiz AF berape ek??? Tengok sampai abis lagu, pastu part die peluk Herman Tino dah tak tau kat mane dah (terpaksa tgk kat youtube). Osha sound:

Osha: Mama ni pejam mate buat ape? Taknak tengok tutup la tv tu, membazir je...
Mama: Mama dengar ni...! Awok diam je lah jgn bising...! Tido sok sekolah...! 

Stress sebab 2-3 kali kene sound, sedangkan semangat kuat nak celik mate. Hampeh... Pastu jaga balik part tribute to Sudirman... Pastu gone! Pastu sedar part Awan Nano juara...! Kurlass kan semangat menonton AJL 26. Tuhan tak izin tengok... Die soh tido lagi baik!!!

Sekian. 

Friday, January 27, 2012

KREATIF

Assalamualaikum...

Due to above subject. Kreatif ni satu anugerah. Akal dan kereativiti adalah satu benda yang berbeza. Akal cakap suruh susun/kemas barang bila bersepah. Tapi perlu kreatif supaya susunan tu cantik dan teratur. Even nak susun barang dalam bonet kereta pun kita perlu kreatif, supaya mata dan hati tak sakit hati bila nak punggah atau cari barang. Susah kalau bercakap dengan orang yang berakal tapi tak kreatif, habis tunggang langgang jadinya.

Nak marah pun macam tak ada point, mungkin orang tu lain pendekatan dan asuhan tumbesarannya. Dari penilaian yang saya buat, kreatif ni bukan gifted semata-mata. Ia adalah satu proses yang panjang lalu membentuk personaliti dan talent seseorang itu. Lainlah kalau bakat dan kepandaian... Ia adalah gen...!

Nota: Membebel sebab rumah tunggang langgang!

Thursday, January 19, 2012

UsrahTV9- Kiblat Pertama.wmv

3 TEMPAT SUCI

Assalamualaikum,

Kalau orang lain saya tak tahu... Tapi kalau tanya saya tempat yang saya teringin nak pergi, saya tetap akan jawab Mekah dan Madinah dan yang terbaru Baitul Maqdis (selepas membaca entry SahabudeenJalil.com). 

Kubah Emas Masjid Sakrah (sumber google)

Tempat lain tu nak juga pergi tapi gelodak rasa tu, tak macam gelodak orang offer 'meh saye belanja awak pegi umrah nak?' Ya Allah... Super happy la kot...!!!! 

Masjid Al-Aqsa (sumber ShabudeenJalil.com)

Mengikut catatan brother Sahabudeen ni macam susah jugak nak boleh masuk ke Jurusaleem ni. Kaedah yang digunapakai mungkin boleh minta panduan dari dia (kalau ada peluang la...). Kisah yang paling tak boring untuk dibaca adalah kisah perjuangan para Nabi dan pejuang-pejuang Islam yang tak takut mati. Bukan apa, bila baca kisah-kisah sebegini, kita dah boleh nilai diri kita sendiri, lemah atau kuatnya iman mahupun akhlak kita sebagai manusia yang beragama Islam. Bukan senang nak jadi manusia yang beragama Islam. Banyak benda yang boleh memesongkan akidah yang kita sendiri tak sedar. Banyak juga benda yang boleh melalikan dan menghanyutkan kita.Syaitan laknatullah di mana-mana sahaja!

Pokok pangkal, semuanya terpulang pada diri kita. Kita adalah arkitek yang mereka bentuk kehidupan kita sendiri. Tapi jika semua orang berpegang pada Al-Quran dan sunnah, Insyallah dunia aman!!!

RAYA 2011

 Assalamualaikum,

Ini merupakan koleksi gambar raya Tahun 2011. 2011 ok! Baru nak muatnaik a.k.a upload sebab malas betul nak muatnaik banyak-banyak. Maka nak edit pun malas-malas betul. Pelik pulak?? Kalau gelodak rasa yang sedih tu cepat pulak boleh update. Yang happy-happy ni suke je simpan sorang-sorang...! hahahahah


Achu yang memang sentiasa perasan comey (mmg comey pun)! Farisya, Kauthar & Hasya yang cute!



Abah, Mama, Chaq's Family & Achik's Family, semua dah beranak pinak...! (terharu dalam hati)


My Family... Masih bertiga... InsyaAllah tahun ni 4 kot (doa neh)! Achu takde pasangan lagi, so amik hero pencen je... Insyallah ujung tahun ni naik pelamin. Pity me... coz tak dapat balik majlis bertunang adek bongsu ni... Mujur ada my BFF Eni Aznan yang sudi menghulurkan tangan. Dengan adanya Eni, maka ketiadaan aku confirm tidak dirasai, sebab Eni dah macam sedara sendiri dah!


Alhamdulillah... Tahun 2011 semua dapat berkumpul. Semua masih gila-gila remaja lagi. Muda tau! Umur sekadar angka sahaja! (Falsafah diri sendiri je...)


4 siblings with partners & Me! hahaahahaha (budak gemuk)! Dulu-dulu masa belajar diaorang ni suma panggil I 'Blue hyppo' & 'Ayam Katik'! Ape motif ntah? Tinggi sedang elok je pun... Cuma montel je sikit... (motivasi untuk kurus)


Cucu-cucu tak ramai lagi... Sebab masing-masing nak kukuhkan ekonomi keluarga. Lagi pun perancangan keluarga bukan nak produce satu team bola. Slow and steady... Rezeki semua di tanggan Allah...! Mr. Hubby yang sentiasa buget hensem. Ayat tak tahan 'Abg ni hensem tak yang'? Mesti la.... (jawab dalam hati)


Budak kecik Hasya ni... MasyaAllah seindah-indah ciptaan Allah kejadiannya. Keletah macam ulat beluncas! Belum mulut dia lagi. Macam mak nenek wey...! Kalau dengan Kakak Osha, jauh-jauh rindu, dekat-dekat macam ultraman dengan raksaksa!

Sekian warna warni di Aidilfitri!

Monday, January 16, 2012

BERKOMPLOT DENGAN BABAH

Assalamualaikum,

Cuaca sungguh baik hari ini. Cerah dan nyaman gitu setelah hampir seminggu hujan lebat dan renyai-renyai, kekdahnye banjir la kan... Ade pulak kabar angin buaya mendarat di Sungai Belait (ntah betul ke tak ejaannya nih). Pape pun, syukur Alhamdulillah, satu lagi hari baru.

Hari ini hari Isnin. Hari Isnin adalah hari bekerja dan juga bersekolah memandangkan belum masuk musim cuti sekolah. Janji hari ni kene ambil Osha di sekolah. Kul 11:00 pagi niat nak update status, perlu ke saya yang di Gambang ambil anak di Indera Mahkota? Call telifon babah, tidak dijawab. Call telifon rumah, tidak juga berjawab. Mungkin tak kedengaran dek kerja-kerja pengubahsuaian di rumah (sikit je pun). Call  telifon Kak Tie, berjawab...

Saya: Assalamualikum Kak Tie...
Kak Tie: Waalaikumussalam Na...
Saya: Osha gi sekolah tak...?
Kak Tie: Hurmm... Tak pun... ade dok lepak dengan babah die atas katil. Babah die pun baru bangun...

MasyaAllah... Bertuah sungguh..! Bukan main berkomplot dengan babah die ek! Babah pun 2x5 jek dengan anak...! Siap!!!

Wednesday, January 11, 2012

BILA WAKTU 'TU' SETIAP BULAN

Assalamualaikum,

Selamat Tahun baru 2012, entri pertama untuk 2012... Tapi ini bukan lah pokok persoalannya. Pokok persoalannya adalah seperti catatan di bawah:

Ada satu waktu setiap bulan bagi seorang wanita yang tidak hamil akan merasa/mengalami pelbagai rasa/perasaan. Bagi yang tiada masalah PMS tu Alhamdulillah, tapi for sure emosi ada terjejas sikit. Contohnya lebih senstif, lebih sedih, lebih pemarah dan sebagainya. 

Bila tiba saat-saat begini juga kita tak boleh solat atau baca Al-Quran. Sesungguhnya jiwa sangat tidak tenang kalau tak boleh solat dan baca Al-Quran. Dan saya sangat tidak suka akan saat-saat di mana saya tidak boleh bersolat dan membaca Al-Quran... sangat-sangat walaupun bacaan saya tidaklah seelok dan sebaik mana...

Bukan niat nak tunjuk alim... Bukan nak tunjuk pandai juga... Apa yang pasti Dia tidak pernah mengecewakan kita. Walau Dia tidak kelihatan, tidak berbentuk, selari dengan kepercayaan kita yang yakin Dia wujud, Dia sentiasa ada untuk kita. Yakin dengan janji Dia, itu lebih mudah...

Tuesday, January 10, 2012

UNIVERSAL STUDIO 2011

Assalamualikum,

Entri selepas 10 hari menyambut ketibaan tahun baru 2012. Kehadiran ke Universal Studio Singapura bukanlah atas tiket percutian bersama keluarga tersayang. Sebaliknya merupakan rentetan dari Lawatan Kerja ke National University Of Singapore (NUS) yang sangat terkenal itu...

Keberadaan di sana digunakan sebaik mungkin oleh semua peserta rombongan yang agak hilang identiti sebenar sepanjang di Kota Singa. Masing-masing dah berlagak seperti lelaki dan perempuan bujang (bagi yang berstatus isteri dan suami orang of coz) dan tiba-tiba tersedar! Ya Allah... Lama dah kot tak rase macam ni??? Tak fikir siapa-siapa, totally have fun dan main sume game yang dah di mark dari awal and yet masing-masing macam dah lupe diri? Bukti lupa diri saya dan Didie beratur hampir 2 jam untuk naik cyclon (HUMAN) a.k.a roller coster. Meninggalkan Ilma dan Kak Yani (yang penakut hahahahah!!!) di bawah dan akhirnya kebasahan dalam hujan sebab tolong pegang all of our belonging...


(sumber en. google-- xsempat nak snap sendiri)

Berjimba-jimba tanpa fikirkan orang sekeliling. Pastu pandang orang yang bawak anak kecik buat dialog dalam hati...

"Eh... Kesiannye bawan anak kecil nak beratur bagai... Tak letih ke...?"

Wah... mentang-mentang la Tuhan tu baru bagi sikit je nikmat, dah lupe diri... Mentang-mentang la 'lone ranger' di kota tersebut, cuba kalau bawak anak sendiri, mesti mengomel macam ni pulak.

"Patutnya diaorang ni buat 2 lane kot... Satu untuk without children satu lagi with children..."

Seriously memang sangat kesian bagi parents yang bawa anak-anak kecil. Minimun waktu menunggu (beratur) untuk satu-satu game adalah 30 minit maksimum adalah 2 jam. Satu hari sebenarnya cukup untuk cover semua game yang ada, tapi setelah diambil kira masa menunggu tak sempat la nak cover pulak kan...? Plus hujan, plus technical problem., just imagine dah beratur 30 minit pastu kene halau sebab technical problem. Takkan nak tunggu ok pastu beratur semula... Memang tak la kan...? Baik kejar hat lain..

Cuaca tak begitu menyebelahi, sebab tengah riang ria suka hati 2 kali hujan turun dengan lebat. Rembat baju hujan SD2 (2 dollar oke!) pastu jalan kaki ayam dalam Universal Studio. Agak-agak kalau pegi dengan bini /laki diaorang nak mengaku tak bini/laki diaorang??? Moral, sila pakai selipar jepun... Sila bawa begpack dan isi snack dan air mineral kat dalam secara berhemah. Makanan dan minuman semua mahal, IF hobi kamu suka meng'convert' ke dalam Ringgit Malaysia... Jangan risau pasal makanan halal sebab ada 6-7 restaurant yang menyajikan makanan halal...


Transfomer Ride adalah game yang mula-mula sekali jemaah kami serbu. Sebab nak boleh ke naik bende Allah tu, kene beratur at least 2 jam! Itu kalau pilih untuk naik secara berjemaah la. Untuk tidak membazirkan masa kami yang sangat terhad maka kami masuk ikut single ride punye lane. Lame jugak beratur tapi tak sampai la 2 jam...


Sila beratur secara berjemaah... Almost 1 hour jugak kami beratur. Masing-masing boring maka aktiviti wajib adalah bergambar!


Keadaan kat dalam Universal Studio. Setiap bangunan di sini dibina berdasarkan show yang disediakan. 


Ni dekat Light Camera Action, Steven Spielberg. Masuk sini, ternyata Hollywood dan tipu kita bulat-bulat! Diaorang boleh buat superb punya effect kat dalam studio sahaja ok!


Ini pose wajib bagi sesiapa sahaja yang datang ke Universal Studio Singapore, Sentosa Island. Tu belum tunjuk gamba kat depan pintu masuk kasino... heheheheheh


Istana raksaksa hijau. Ape motif ntah diaorang ni amik gamba I nak taknak je kan??? 


Kak Maliani... The most coolest mother! hahahahaha (nak tinggal anak nangis tepi tangga bas...)


Ini bini-bini orang yang lupa diri... Terutamanya NorIlma Mustafa Kamal neh!


Korang tengok perangai dia... Banyak lagi yang tak diupload ni...


Dan lagi...


Depan Istana Far Far Away. Movie 4D terbaik di dunia (adalah ini wayang 4D pertama yang ditonton kan...)


Ok... Masa kat sini tetibe je minah ni cakap kat I "Owh you are so clever...!" Motif???!


One of the show. Last minit show yang kami masuk hari tu before call time at 6 pm. Kejap je tunggu lebih kurang 10 minit. Total show dan game yang kami cover hanyalah 5... Sebab masa beratur lagi panjang dan lama dari masa bermain!


Ramai manusia walaupun bukan cuti sekolah... Kalau cuti sekolah sila fikir sendiri...


Pose sebelum keluar gate. Sebelum tu nak tangkap gambar dengan maskot KungFu Panda. Sampai je turn kami panda dah letih! Abis tu kami yang beratur tak letih kew. Sib baik tak mengandung tau!


Ni la jemaah a.k.a geng I masa kat sana. Yang lelain tu dah tak tau ke mana. Rasanya kami adalah isteri-isteri dan ibu-ibu yang sangat excited berbanding orang bujang kot... hehheheheh (adakah terlalu lama tak rasa bujang??? Mungkin..???) Maka guna peluang sebaik mungkin la kan....

Sekian update dari Universal Studio...!!!