Thursday, November 29, 2012

AMANAH TAPI TAK JUJUR vs TAK AMANAH TAPI JUJUR

Assalamualaikum,

Tajuk konfius? Macam lebih kurang kan? 

TAK AMANAH TAPI JUJUR:

Contoh: Korang checking henfon pasangan korang (tak amanah), tapi korang jujur dalam perhubungan.

Karakter: Insan ini tidak amanah dalam memelihara privasi pasangannya, sedangkan dia sangat amanah dalam melaksanakan tanggungjawab, menjaga harta benda, menguruskan kewangan dan sebagainya.

AMANAH TAPI TAK JUJUR:

Contoh: Korang tak pernah checking henfon pasangan korang, tapi korang tak jujur dalam perhubungan!

Karakter: Insan ini sangat amanah dalam melaksanakan tanggugjawabnya, baik, berbudi pekerti mulia tetapi tidak jujur dalam perhubungan!

MASALAHNYA:

Antara 2 situasi di atas yang mana paling menyakitkan hati??? Ok biarlah persoalan itu berlegar-legar di situ ya...

Harus diingat, Allah tidak buta, tidak tuli, sangat adil dan sangat mendengar... =)

KESIMPULAN:

Manusia itu tidak sempurna, baik macam mana pun dia masih ada nafsu dan naluri. Yang membezakan setiap insan adalah jiwanya. Bersih jiwanya, eloklah pekertinya. Selagi kita ada barang sedikit cacat perilaku lalu gagal menilai baik dan buruk sesuatu perbuatan, maka jiwa itu belum benar-benar suci!

Begitu juga iouls!!!

Ya Allah... Berilah petunjuk, taufik dan hidayahMu kepada semua saudara-saudara muslimin dan muslimat mukminin dan mukminat. Semoga mereka sentiasa terpelihara dari dosa dan kemungkaran...

Amin!!!

xoxo


Monday, November 19, 2012

BURGER FREE MEKD!!!

Assalamualaikum,

Rata-rata orang dok gebang pasal burger free McD hari ni. 

Ok... Memang saya tak suka pun burger McD, cuma suka beger RAMLY jeee pun...

Well, apa yang Yahudi laknatullah buat tu memang tak patut (angkat jari telunjuk goyang kanan dan kiri)! Tapi cukup ke setakat boikot semua barang/produk israel ni??? Tak cukup dan sebenarnya tak banyak membantu... Sedih kan??? Memang saya sedih sangat...

Apa yang kita sebagai orang Islam boleh buat selain dari boikot-boikot ni??? Kalau la ada kerahan tenaga sukarela saya nak menawarkan diri. INI SERIUS!!! 

Walau apa pun, titipan doa sentiasa diiring agar Allah lindungi mereka. 

Syukur bumi Malaysia tidak perlu berdepan dengan bedilan, bom, roket dan sebagainya. Syukur Malaysia masih aman dan makmur, walaupun ramai insan hasad di dalamnya... 

#Pray 4 Gaza#

xoxo (Istanbul Aku Datang)


Wednesday, November 14, 2012

Its working day!!!

Assalamualaikum,

Wednesday, 7 November 2012 and it's working day for me!!! Most of my colleague still enjoy their school holiday until Sunday! Hahahahaha since its school holiday kan... They olls cuti-cuti Malaysia maa... I olls stayed at home doing laundry, makan and etc...

Kerja-kerja!!!

Wednesday, November 7, 2012

SERVIS PENJAGAAN SELEPAS BERSALIN

Assalamualaikum,

Terbaca mengenai satu artikel dalam Harian Metro (7 November 2012) hari ini mengenai pusat penjagaan yang menawarkan khidmat menjaga ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Ada servis macam ni sekarang meh??? Bagusnya...!!! Boleh pilih pakej yang berkenan di hati gitu...

Sila klik sini untuk melihat servis yang ditawarkan. 

Penat bila dalam pantang ni... Kalau ada servis-servis macam ni sangat membantu sebenarnya. Sayangnya nun jauh di Kuala Lumpur. Kalau di Kuantan dah lama saya tempah! =)

Monday, November 5, 2012

Birtday Party

Mari kita menatap gambar....!!!!

Sand Art

Games

Anak suparman

Face art

Belon merata-rata. Last-last penat collect sume disedekahkan... (kete kecik)

Belon lagi...

Sharmila tuan punya party yang sangat humble

Dekat 5 sand art osha buat (mama yg excited... Kecik-kecik tak pernah main)

Beli hadiah kat birthday boy. Tak payah memahal sgt sebab mak bapak diaorg dah kaya. Nak ape just name it! Yang penting ikhlas.... =)

Popcorn

Osha n Luna...