Tuesday, February 5, 2013

PARENTING#1

Assalamualaikum...

Lama sungguh rasanya jejari tangan ini tidak menekan keyboard untuk menulis di belog ini. Melawat dan menjengah setiap hari, tapi jiwa itu tidak hadir untuk menulis. Ok bajet seperti seorang kolumnis di ruangan terkenal suratkhabar! heeeeee... Saya pernah ditegur mengenai ejaan bajet itu di dalam mesyuarat ya... Maka saya sangat berhati-hati...

Terasa nak buat segmen untul coretan kali ini (kalau mampu lah). Seperti:
  1. Ilmu keibubapaan
  2. Cara menahan marah
  3. Sabar vs marah 
Ilmu Keibubapaan / Parenting

Al kisah kami mempunyai pengalaman secara langsung dengan satu keluarga yang agak keras dalam mendidik anak mereka. Anak tak ramai pun cuma 3 orang dan semuanya perempuan. Setiap hari si ibu akan mengherdik si ayah untuk pelbagai perkara yang kadangkala saya rasa adalah sangat tidak patut. Pertolongan yang diminta semuanya menggunakan nada suara yang kuat dan menjerit. Si suami juga menjawab dalam nada juga kuat tapi sedikit rendah dari si isteri (mane boleh lawan tokey kan..?). Itu belum masuk lagi bab bergaduh laki bini yang mengundang pendengaran jiran-jiran lain.

Selalu saya dan suami beristighfar mendengar akan volume suara mereka laki bini. Samai ada suatu ketika nak makan terus tak jadi. Kekdahnye sebab diaorang laki bini bergaduh kat dapur rumah yang bertentangan dengan tempat makan kami laki bini...

Natijah sahsiah anak-anak mereka adalah... Anak-anak jadi panas baran!!! Tak boleh buat sesuatu mengamuk tak tentu pasal. Tak boleh dipujuk dengan cara baik, maki hamun bersahut dan bersambut antara satu sama lain. Kalau anak-anak bergaduh pula macam nak berperang kaedahnya...!!!

Jangan salahkan anak bila mereka jadi macam tu. Sebab mak dengan ayah sendiri telah secara terang-terangan menunjukkan contoh yang tidak baik kepada mereka. Acuan mereka adalah kita.

Sebelum anak-anak tidur, baca doa tidur bersama-sama dengan mereka. Yakinkan mereka bahawa Allah bersama-sama mereka, jadi tidak perlu takut (saya praktikkan sebab anak tidur berasingan seusia 3 tahun). Sekali lagi yakinkan mereka bahawa kita (mama & baba) sayang mereka dan nak tengok mereka berjaya dunia dan akhirat. Baca ayat kursi bersama-sama mereka dan Al-Fatihan. Kemudian kucup ubun-ubun mereka. Bagi salam semasa meninggalkan mereka di dalam bilik berseorangan. Sebagai ibu dan bapa saat itu serahkan anak-anak kita kepada Allah. Yakinlah zuriat kita akan terpelihara dengan perlindungan Allah. 

Sesungguhnya, suami, isteri dan anak-anak adalah ujian dari Allah...

Waktu kejutkan mereka bangun, mulakan dengan memberi salam dalam keadaan hati kita paling tenang. Jangan kejutkan anak dalam keadaan kita tergopoh-gapah. Bukan setakan emosi anak-anak terganggu, emosi ibu dan bapa juga akan turut berantakan bila anak-anak gagal menurut perintah yang tergesa-gesa. Senyum dan peluklah anak-anak dengan penuh kasih sayang. Lakukan untuk semua anak. Insyallah mereka akan bangun dengan keadaan yang manja dan wajah yang terukir senyuman ikhlas...

Jika mereka gagal untuk bangun dengan segera, bisikan usikkan-usikkan lucu, sayang atau gembira kepada mereka. Harus juga diingat jangan sesekali berjanji/merasuah anak-anak untuk setiap kelakuan baik mereka, kerana ia adalah suatu unsur yang tidak baik dalam pembentukan sahsiah mereka. Mereka harus melakukan sesuatu dengan ikhlas dan bukannya mengharapkan apa-apa balasan.. Sila jangan ada persepsi "ala anak sorang boleh la... Cuba anak 3???" Anda adalah apa yang anda mahu!

Ibu bapa akan rasa bahagian dan tenang untuk ke tempat kerja jika pagi anda tidak dihuru-harakan dengan tangisan bentakan dari anak-anak yang memberontak jiwanya. Maka seluruh hari anda Insyallah akan berjalan dengan lancar.

Bukan mudah sebenarnya mendidik manusia untuk menjadi insan. Mudah lagi mengandung dan melahirkan. Dalam segala hal kita perlu mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Terapkan nilai-nilai murni dalam diri anak-anak sedari mereka kecil dan boleh menilai baik dan buruk sesuatu perkara atau perbuatan.

Saya pun sedang belajar. Belajar dan berekperimen dengan manusia bukan mudah. Kesannya serta merta. Kadang kala memang nak marah bila anak meragam. Bila nak marah tu cepat-cepat ingat ini ujuan Allah dan cuba kawal kemarahan itu. Kalau kita sedar bahawa kita sedang nak marah, nah itu tandanya kita sedar bawaha syaitan sedang berbisik-bisik. Maka segera beristighfar dan buka mata luas-luas dan sila guna fikiran yang rasional.

Sentiasa alert dengan api kemarahan yang tercetus ya (sila insert bunyi smoke alarm di sini). Sedar... sedar... dan sedar... dengan setiap perubahan emosi yang kita alami.

Tak mampu nak teruskan segmen seterusnya. Di lain kali sahaja ya!!! Sebulan dua lagi mungkin??? Atau 2-3 jam lagi... heeeeeee...


Wallahualam...