Thursday, June 27, 2013

BILA KITA DAH BESAR

Bila kita dah besar
Kita dah jadi isteri
Kita dah jadi ibu
Kita kadang lupa kita adalah anak

Renung wajah ibu
Datang sekali seketika
Terdetik dihati
Sudah tua dia
Berapa banyak lagi masa yang aku ada?

Renung wajah ayah di dalam hati
Nampak wajah tua itu
Wajah tua yang nyaman aku rasa
Banyakkah lagi sisa masa?

Duduk seorang diri
Takut dengan rasa sunyi
Takut bila suatu hari nanti ibu dan ayah perlu pergi
Siapa yang sudi melayan jengkel diri ini
Siapa sudi memeluk dengan penuh rasa sayang sejati
Yang tidak dipaksa dan dibuat.

Tika rasa masih banyak masa
Masih rasa tidak cukup masa
Tuntutan hidup yang sentiasa ada
Sampai rasa aku abaikan wajah ibu dan ayah
Walau hakikatnya tidak

Keinginan mereka belum puas dipenuhi
Mereka tidak meminta
Tetapi kehendak hati ingin memberi
Kasih mereka tidak berbahagi

Wajah-wajah tua itu
Sangat ku rindu
Rasa suap nasi mereka
Rasa belai sisir rambut
Rasa sesak dileteri

Mau sungguh mereka sentiasa di sisi
Tersenyum sambut pulang anak di muka pintu
Mau lihat mereka di laman rumah duduk minum sambil cabut rumput
Nyaman walaupun samar

Bila kita dah besar
Mereka dah tak kuat
Mereka sayang, mereka ambil berat
Mereka ingin sinar dan tenang...



Tuesday, June 18, 2013

BERSENAM VS MENGANDUNG

Assalamualaikum,

Seperti biasa, saya hanya update blog bila rasa macam-macam itu datang. Dan untuk sekian kalinya rasa itu datang!!!!

Arrrgghhhh!!!! Stress!!!!

Saya adalah pengunjung gym yang tegar bermula awal Januari sehingga 16 Jun 2013. Rutia harian saya adalah:

6.00 pagi bangun siap diri bekerja dan anak ke sekolah.

8.00 pagi bekerja di pejabat (makan gaji laa katakan..)

5.00 petang bergegas balik ambil anak di taska dengan situasi yang berbeza sepanjang 6 bulan tersebut.
--- Pertama, masa ada pembantu, cikgu hantar anak kat rumah, 5.30 petang ambil anak kat rumah, hantar rumah ustazah 5.40 petang (mengaji dari 6 petang hingga 8.00 malam). Kemudia saya bergegas ke gym untuk kelas aerobik, pilates dan yoga dari 6 petang hingga 7 malam. Perjalanan ke gym mengambil masa 10 minit. Tidak termasuk nak cari parking dan cari ruang kosong dalam gym nak selit badan untuk join aerobik. Silap haribulan kene siku!!!

---Kedua, setelah tiada pembantu, ambil anak di taska, balik rumah bagi makan yang ringkas-ringkas dulu (most of the time bagi biskut jew.. kesian hukhukhuk), siapkan dia, hantar ke rumah ustazah jam 5.55 petang. Waktu mengaji masih sama 6 petang hingga 8 malam. kemudian memecut untuk ke gym dengan waktu yang sama seperti di atas.

---Ketiga, masih tiada pembantu rumah, tetapi dah jumpa rumah pengasuh untuk anak dan pengurusan masa itu lebih selesa dan sejahtera. Anak dah boleh bebas bersama keluarga bermula 5.30 petang. Sebab lepas sekolah tengah hari cikgu dah hantar dia ke rumah pengasuh yang merangkap ustazah mengaji dia! Hahahahahah... Mudahkan??? Tuisyen membaca, mengaji sekaligus. 5.30 petang saya ambil dan bawa dia sekali ke gym untuk aktiviti yang sama.

Setelah selesa dengan pengurusan masa dan jadual yang agak fleksible, saya dinasihatkan pula untuk mengurangkan aktiviti senaman ini atau dalam ertikata lain berhenti buat sementara waktu jika saya ingin hamil...! Nages lagi dalam hati....

Sebelum itu, 2012 menyaksikan berat badan saya naik menghampiri angka 70kg. Dan atas kesedaran itu saya mula berdiet dan berpuasa. Lantas berat turun sebanyak 5kg setelah setahun. Tak puas hati!!! saya nak berat sebelum kawin 50kg. Then saya jumpa diet Atkins. Alhamdulillah.. Saya berjaya mengurangkan sebanyak lg 9kg. Tak banyak tapi ukur lilit banyak kurang...

Dah kurus... badan pulak tak firm... Hasil gym nampak la sikit tone badan yang dah lembik-lembik tu kan.. Alhamdulillah syukur.. Lagi 4kg je nak capai target, kene pulok benti gym!!!! Waaaaaaaa ini mmg sedih!!! Sekarang baru sehari tak pergi gym dah rasa macam kemurungan... Kat gym laa satu-satunya tempat saya all out terkinja-kinja selama SATU JAM SETIAP HARI melepaskan tekanan kerja. Dan sekarang rutin itu telah berubah! Sampai rumah 5.30 petang buka peti defrost ikan, ayam, udang, masak dan makan! 

Persoalannya di sini... ADAKAH INI AKAN MEMBANTU SAYA UNTUK HILANG LAGI 4KG??? Tentulah tidakkan...

Owh... Inilah pengorbanan seorang ibu...

xoxo

Monday, June 3, 2013

KAMI & TAHUN KE-7

Assalamualaikum,

Gambar diambil pada 1 Mei 2013. Perlawanan bola sepak separuh akhir ke-2 antara Pahang & JDT

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Allah s.w.t dengan izinnya bertemu lagi. Heheheheh. Sebenarnya syukur sebab atas kehendakNya, sedar tak sedar dah 7 tahun usia perkahwinan kami berdua. Syukur juga walau dah 7 tahun kami masih bergaya dengan seorang anak... Hehehehehhe. Ok la tu kan dari takde langsung!!!

Ada hikmah semua yang Allah tetapkan ni. Janganlah merungut (tapi kenkadang tu terbuat juga)... Tak usaha??? Gila tak usaha??? 7 tahun dah kot usahanya??? Hehehhehehe. Mana tau kan sempena dah 7 tahun ni Dia kasi 'double' kan?

Alhamdulillah syukur Ya Rabb...