Thursday, November 7, 2013

TANDA SOAL

Pandangan sepi dan kosong kotak status muka buku
Banyak yang terbuku nak diolah
Namun gagal!!!
Bila fikir hati, perasaan, persepsi orang lain untuk status yang bakal dimuat naik.

Kenapa ya manusia sibuk nak fikir hal orang begitu begini?
Fikir bila orang itu mahu kahwin, mahu beranak, mahu beli emas?
Lelah, penat, serabut dengan manusia begini..

Lupakah dia? Hanya DIA yang mengetahui kejadian mengapa begitu begini?
Lupalah dia barangkali nasibnya juga belum tentu baik.
Tidak pula dipersoal perkara itu!!!

Haish...

Titik!!!

xoxo

Wednesday, September 25, 2013

Mama's 2nd Chemotherapy

Assalamualaikum,

Hari ini sesi chemotherapy ke-2 mama. Say tak dapat nak teman mama kali ni. Tak dapat juga nak update pasal sesi kali ini di FB.

Saya doa dari jauh agar sesi kali ini semangat dan badan mama semakin kuat. Semoga semangat positif mama terus hidup dan subur.

1st cycle of chemo

Jururawat dan chemo prosedure

Mama sedang disuntuk dengan ubat

Berjalan lancar

Menunggu penuh sabar

Perkongsian pengalaman dari pesakit kanser berulang

Lepas chemo; makan buah-buahan segar

Berehat di Kuantan. Masa ni mama memang dah lemah sangat-sangat

Tak mampu bertahan. Warded di KCDC, Kuantan

Rehat masuk air

Cucu teman

Dah segar dan dah berselera makan

Selera makan ikan patin

Abah turut bagi sokongan. Si debot yang suka sengeh tapi blur bila orang tangkap gambar

BBQ lepas mama kuar wad (15 Sept 2013). Moral support!!!

Achik dan Liza yang banyak membantu jaga mama selama ini

Ending surprise birthday untuk saya

Tuesday, September 24, 2013

Serangan Jantung & Panik

Assalamualaikum,

Alhamdulillah masih bernafas sehingga ke hari ini. Sungguh nikmat kesihatan itu adalah satu nikmat yang sukar untuk diungkap. Bukan jaga kesihatan tetapi jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat supaya kita dapat nikmat sihat itu.

20 September 2013, 8.00 malam:
Baba balik rumah dengan keadaan tercungap-cungap. Ingatkan baru lepas jogging. Masuk rumah dia bagi tau sesak nafas. Baba minta inhaler saya (saya memang ada asthma), selepas 1 puff dia baring. Inhaler tak membantu pernafasannya. Saya yang ketika itu di hujung kaki baba sedang melipat kain baju yang dah hampir seminggu tidak berlipat berhenti lalu picit lengan sebelah kiri sebab baba kata tangan dia lemah. Lepas 5 minit picit baba cakap dia susah nak bernafas, dada dia sakit. Saya tengok butir-butir peluh dah mula muncul di dahi. Saya cakap ni macam jantung. Terus saya ajak dia ke klinik. Buat pertama kali dia tidak membantah untuk ke klinik. Saya memandu ke klinik depan rumah. Sampai di klinik saya cakap dekat kaunter, suami saya nak nabulizer, dia sesak nafas. Baba terus disuruh masuk ke bilik rawatan.

Di dalam bilik rawatan kami terpaksa tunggu lebih kurang 10 minit sehingga doktor dapat merawat baba. Selepas doktor periksa dada baba, paru-paru tak ada bunyi pulak. Doktor suruh baring untuk bagi oksigen. Dapat saya rasa sakit yang sedang alami ini adalah serangan jantung. Sebab simtomnya sangat jelas. Sambil balang oksigen disediakan doktor buat keputusan untuk buat ECG. Malang lagi sekali doktor juga agak panik. Balang oksigen gagal berfungsi. Nak mengamuk pun ada! Wayar ECG dipasang, doktor periksa satu-satu geraf jantung. Ada 3 geraf yang tidak normal. Sah serangan jantung. Doktor bagi satu dos ubat bawah lidah. Selang 5 minit baba dah mula rasa pening, kesan ubat tersebut. Rentak jantung lebih perlahan. Doktor terus buat surat rujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Doktor nak panggil ambulan tapi baba tak mau. Dia mahu saya hantar sebab dia masih boleh bertahan. Saya terus menghubungi adik baba untuk bantuan awal. Tak mahu cal yang lain-lain lagi sebab saya masih belum tahu seteruk mana serangan jantung baba.

Kami balik ke rumah dulu utntuk ambil apa yang patut. Gerak hati kuat cakap memang kena tahan wad ni. Selesai semuanya saya terus memandu ke hospital. Sepanjang perjalanan ke hospital saya suruh baba bertenang. Masa tu dia masih lagi boleh bercakap dan berseloroh. Masih ingat tiada apa-apa yang teruk bakal berlaku. 

Menghampiri HTAA saya terus ke bahagian kecemasan. Bagi surat refer dari klinik kepada jururawat di kaunter. Dengan muka yang panik jururawat tu tanya di mana suami? Saya tunjukkan dia lokasi baba sedang duduk. Terus dia ambik kurusi roda ambil baba dan masuk ke pintu merah (zon kritikal). Lama juga menunggu. Seorang demi seorang saudara mara dan kawan-kawan baba datang. Sesungguhnya saya sangat penat ketika itu. Dalam pada masa yang sama risau memikirkan apalah yang berlaku kat dalam bilik rawatan. Nak masuk takut menganggu rawatan dan pesakit yang lain. Saya biarkan saudara-mara baba dan kawan-kawannya yang pergi melihat keadaan baba di dalam bilik rawatan. 

Agak lama menunggu sebab ECG tak dapat kesan apa-apa yang luar biasa. Silap saya juga tak ambil graf ECG semasa di klinik. Dalam jam 11 Kauthar dan menangis-nagis mengantuk sangat. Saya minta diri nak balik. Minta tolong Ayah Wa tengok-tengokkan baba. Masa balik baru rasa sebak sangat. Saya takut sesuatu yang lebih buruk berlaku. Saya belum bersedia. 

21 September 2013, 12.00 malam:
Sampai di rumah saya tidurkan Kauthar. Sambung lipat kain baju yang tergendala sebentar tadi. Lebih kurang jam 12 tengah malah (atau lebih) kawan-kawan SRS (jiran juga) datang minta pengesahan mengenai berita yang mereka dengar. Syukur jiran-jiran saya begitu mengambil berat. Lebih kurang jam 2 pagi (atau lebih) baba call dia kena bermalan di hospital dan minta saya supaya jangan risau.

Keesokkannya saya hantar Kauthar ke rumah Mak Chah di Bukit Setongkol sebab dah janji dengan Mak Ndak (Bukit Istana) untuk jaga Kauthar. Sebab saya perlu ke hospital hantar barang pesanan baba. 

Sampai di hospital (Wad 8B, Katil no 25) baba minta nak mandi. Saya dah bawakan sarapan untuk Baba. Baba minta nak mandi dulu. Masa baba mandi Doktor Julia (doktor jantung) datang nak periksa. Hasil keputusan pemeriksaan baba didiagnos sebagai "UNSTABLE ANGINA". 

Unstable Angina adalah suatu keadaan di mana jantung tidak mendapat cukup aliran darah dan oksigen dan ia bakal menyebabkan kepada serangan jantung. Angina merupakan ketidakselesaan di dada yang disebabkan pengaliran darah yang lemah melalui saluran darah (coronary vessel) otot jantung (mycardium). Baba disuntik dengan ubat untuk mencairkan darah selama 3 hari. Doktor Julia bagi tau saluran jantung baba memang ada tersumbat cuma peratus blood clog tersebut masih belum di ketahui sehingga Angiogram  dibuat. 

Dalam jam 10 lebih jururawat bagi tahu Doktor minta baba di pindahkan ke Wad Mawar 7A yang merupakan Wad Cardio di tingkat 7 HTAA. Wad Cardio HTAA sangat selesa. 100 kali ganda baiknya. Kelengkapan unit ini setanding dengan kemudahan yang terdapat di IJN (sumber jururawat). Malangnya waris pesakit tidak dibenarkan untuk menjaga pesakit. Waktu lawatan juga di hadkan dari 1-2 petang, 5-8 malam sahaja dengan 2 orang pelawat pada satu-satu masa bagi menjaga privasi para pesakit jantung lain.

22 September 2013:
Baba dibiarkan berehat dengan dos ke 3 ubat cair darah disuntik bagi memastikan darah baba tidak kembali pekat. Darah yang pekat akan mendedahkan baba dengan risiko serangan sakit jantung yang lebih teruk. Pelawat sangat ramai. Kawan-kawan, saudara mara jiran tetangga semua datang.

23 September 2013:
Baba dijadualkan untuk melalui satu lagi prosedur iaitu Echocardiogram. Hasil daripada Echocardiogram doktor mendapti otot jantung bahagian bawah membengkak. Baba dibenarkan keluar wad sebelah petangnya. Alhamdulillah. Tetapi baba dibekalkan dengan ubat-ubatan yang saya kira agak banyak dan perlu dipatuhi dengan disiplin.

Lagi sebulan baba akan dirujuk semula ke hospital untuk prosedure seterusnya iaitu Angiogram. Pesanan doktor sebelum baba dibenarkan keluar wad adalah:
  • Jangan memandu 
  • Berhenti merokok
  • Kawal pemakanan. Elakkan pengambilan garam dan lemak yang berlebihan.

Di Klinik An'Nisa
Zon Kritikal, HTAA

Ditolak ke Wad
Wad 8B, Katil No: 25, HTAA

Wad Mawar 7A, Katil No:2, HTAA
Wad Mawar 7A, Katil No:2, HTAA

ECG

ECG
Makan. Selera Alhamdulillah..


xoxo


Wednesday, September 18, 2013

MAMA DAH BOTAK!!!

Assalamualaikum,

Tadi (19 September 2013, 10.45 pagi) call mama renteta dari mesej yang menyatakan "hahahhaha... mama dah botak". Semalam 18 September 2013 rambut mama dah mula gugur. Pastu mama kata lepas jogging pagi tadi dia terus p saloon untuk botakkan kepala dia.

Heeeeee.. Macam mana la rupa mama dah 'skin head' yea..

Hope speedy recovery for mama. Harap sangat badan mama fit untuk 2nd cycle minggu depan 25 September 2013.

xoxo

Tuesday, September 17, 2013

Ulang Tahun Kelahiran 2013

Assalamualaikum,

Alhamdulillah hari ni genap usia saya 33 tahun. Syukur di atas nikmat panjang umur kurniaan Allah swt. Nikmat kesihatan dan kelapangan hati yang Allah kurniakan. Tak ada hadiah besar atau mewah yang saya dambakan untuk ulang tahun kali ini. Cukuplah kesihatan yang baik untuk semua insan-insan yang saya sayang. Terutamanya Mama yang sedang berjuang dengan kansernya. Mudah-mudahan ulang tahun kelahiran saya tahun ini dihadiahkan dengan semangat kental dan juang yang tinggi oleh Allah kepada Mama. Moga mama terus tabah untuk kami anak cucunya...

Buat suami dan anak yang dikasihi, doa saya agar mereka terus sihat dan dilindungi Allah swt dari sebarang musibah. Saya memohon agar saya terus sihat dan tabah untuk berdepan dengan sebarang ujian Allah di masa depan.

Buat adik-adikku, abangku, ipar duai, biras, anak-anak buah dan tak lupa ibu mertua moga terus diberikan nikmat kesihatan oleh Allah. Ujian Allah datang bersebab. Kadang kala kita tak dapat lihat sehingga kita tempuh ujian itu. 

Nikmat sihat adalah sesuatu yang tak boleh kita beli, tetapi kita boleh miliki (dengan izin Allah). Pokok persoalannya, kita harus bersederhana dalam semua perkara.

Sekian..

xoxo

Thursday, September 12, 2013

UJIAN BUAT KAMI..

Assalamualaikum,

Sungguh lama tidak menjengah ke dalam ruang ini. Malas pula nak check bila last entry. Kekangan kerja, masa yang terhad, kesibukkan berganda menguruskan rumah tangga dan ibu yang sedang sakit sekarang. Syukur saya masih mampu melaksanakan tugas sebagai isteri, anak, ibu dan pekerja. 

Bila sesekali penat bertandang, cepat-cepat reset minda. Tak mau sedikit pun aura negatif itu hadir dalam diri. Agak sukar tapi saya sebaik mungkin cuba.

****

Al kisahnya Mama (ibu saya) disahkan menghidap kanser payudara peringkat 3 secara rasmi pada 30 Ogos 2013. Memulakan rawatan kemoterapi pada 6 September 2013 (Jumaat). Mama masuk wad pada 5 September 2013 sehari sebelum rawatan kemoterapi dilakukan. Sempat temankan mama masa sesi kimoterapi yang pertama iaitu pada 6 September 2013 sehingga selesai. Selesai suntikan kemoterapi balik ke rumah adek lelaki di Damansara untuk kemas kain baju. Nak bawa mama balik ke Kuantan. 

Sebab utama bawa mama balik ke Kuantan adalah untuk hadkan kehadiran pelawat pada 3 hari pertama selepas kemoterapi. Semua ini dilakukan atas nasihat doktor bagi mengelakkan mama terdedah dengan virus dan bakteria dari tetamu yang hadir.

3 hari pertama kesan kemoterapi tidak begitu ketara kepada mama. Masuk hari ke 4 mama dah mula terbaring tidak bermaya. Perut sebu dan angin. Selera makan yang langsung kurang.

11 September 2013 (Rabu) mama dah tak mampu bertahan, lalu saya bawa ke Hospital KCDC. Doktor cuma masukkan 6 botol air dan inject ubat tahan muntah dan loya. Ini memang kesan kemoterapi katanya. Tak ada apa yang lebih baik kita boleh lakukan. Keluar wad 12 September 2013, mama agak bertenaga. Selera makan juga sedikit meningkat mungkin ragam perut yang tidak menentu. Dalam perjalanan pulang ke rumah teringat air kepala. Singgah beli 4 bj kepala pandan. Balik bagi mama minum sebiji. Mama pun berselera makan nasi berlaukkan ikan patin. 

Mama masuk bilik berehat. Kemudian ulang-alik ke bilik air sebab cirit birit pula. Berbuih-buih keluar air katanya. Sebelum masuk tidur pesan kat mama, kalau ada apa-apa jerit kat kakak (saya bahasakan diri kakak). Bangun tengok mama jam 3.00 pagi. tengok elok je tidur dia. Bangun jam 6.00 pagi masuk bilik mama, mama cakap dia dah stop minum air. Tak tahan ulang-alik ke bilik air. Lepas tu rasa nak demam tapi dan berpeluh balik ni. Risau juga kalau mama demam. Orang yang lepas buat kemoterapi kalau demam sangat bahaya. Doktor dah pesan cepat-cepat bawa ke klinik kalau mama demam.

Pagi tadi sebelum keluar ke pejabat, dah masakkan bubur, dah belikan sarapan dan buatkan air milo untuk mama. Mudah-mudahan mama boleh makan.

Habit saya setiap pagi sekarang, lurut rambut mama. Nak test gugur ke tak? Alhamdulillah masih belum gugur. Mujur tak cukur hari tu. Hehehehehe

Ada lagi 5 kali sesi kemoterapi. Mudah-mudahan mama kuat dan terus kuat. Amin..

xoxo

Wednesday, July 24, 2013

15 Ramadhan

Assalamualaikum...

Hari ini genap 15 hari umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah syukur dengan izin Allah s.w.t juga satu-satunya buah hati pengarang jantung saya juga berpuasa untuk pertama kalinya.

Hari ini genap 13 hari Kauthar berpuasa. Tahun lepas masa dia umur 5 tahun dapat sehari je. Tahun ni kuat betul azam dia. Nak berpuasa penuh katanya. Tapi ye lah nama pun budak, 6 tahun pula tu, terbuka dan ter tak puasa 2 hari. Kita yang orang tua ni pun kadang tengok air sirap pun rasa luluh hati kan?

Niat di hati memamg nak latih dia berpuasa tahun ni, memandangkan dia dah nak sekolah tahun depan. Taklah nak suruh dia puasa terus menerus pun. Tapi sebab kat tadika kebanyakkan kawan-kawan berpuasa maka dia pun turutlah sama naik bersaing. Sampai suruh cuti puasa pun tak nak lah!

Mama proud of you sayang!!!

Kuat betul semangat dan mental anak mama. Sebagai balasan atas kekuatan yang ditunjukkan itu mama dan baba dengan berbesar hati merelakan Kakak makan eskrem setiap hari. Suuukeee sgt die.. Habuan sebagai galakkan. Mula-mula latih ada balasan. Lama-lama dan terbiasa harapnya. Mula-mula puasa dapat RM5. Bila dah masuk seminggu dia dah lupa pasal RM5 ringgit tu. Eskrem je yang dia ingat nak minta tetiap hari.

Keep it up kakak!!! Mama babah watching you always... hehehhehe

xoxo