Monday, October 25, 2010

SATU HARI SELEPAS BIRTHDAY TUANKU SULTAN PAHANG....

Entry ni takde kene mengene dengan Birthday Sultan pon sebenarnye. Sebenarnye tgh menghadapi masalah berkaitan "communication breakdown". And honestly bende yang belajar mase amik master tu tak berape nak bergune sgt time2 ni especially bile melibatkan emosi manusia yang ciptaan Allah ni...

"Communication breakdown" boleh berlaku disebabkan oleh halangan-halangan yang berlaku semasa proses komunikasi itu berlaku. Diantaranya adalah seperti:
  1. Perceptual & Language Differences (Perbezaan persepsi & bahasa)
  2. Information overload (Maklumat yang melimpah ruah)
  3. Inattention (Mengelamun)
  4. Time pressure (Tekanan masa)
  5. Distraction/Noise (Ganguan perhatian/bising)
  6. Emotions (Jiwa kacau)
  7. Complexity in organizational structure (Struktur yang kompleks)
Persepsi adalah bagaimana setiap individu itu bertindakbalas dengan keadaan di sekelilingnya. Kebanyakkan mereka hanya akan menerima mesej yang signifikan dengan mereka sahaja. Maknanya kalau mesej tu tidak berada dalam lingkungan nilai mereka, maka mesej itu tidak akan diterima oleh tuan punya badan. Makanya dia akan buat dek je dengan ape yang kita ckp sebab itu bukan nilai yang telah sebati dengan mereka. Same juge dengan bahasa, perkataan 'segan di Kedah dengan di Pahang mempunyai maksud yang berbeza okay....!!! Jadi kegagalan komunikasi boleh berlaku sekiranya ia berada dalam lingkungan persepsi yang berbeza oleh seorang penerima.

Maklumat yang terlalu banyak juga boleh menyebabkan kegagalan komunikasi itu berlaku dengan jayanya. Ini kerana terlalu banyak maklumat disampaikan dalam suatu masa yang menyebabkan penerima tidak dapat memproses maklumat dengan betul. Oleh itu dinasihatkan supaya penerima mesej ini banyak2 makan kismis yea...

Ada ketikanya (atau hampir setiap masa) manusia sangat gemar untuk berada di dimensi yang lain dari alam yang nyata. Dalam bahasa lain mengelamun. Walaupun bos duduk depan mate, jasadnya sahaja disitu. Hakikat yang nyata, rohnya sudah pon berada di Pavillion. Sah2 sah la maklumat atau informasi yang disalurkan itu hanya masuk telingan kanan keluar telinga kiri dan bukannya naik ke otak untuk diproses dengan baik untuk menghasilkan sesuatu yang membanggakan! Inattention juga berlaku bila si penghantar maklumat hanya mahu maklumat yang disampaikan, difahami tanpa memperdulikan masalah atau halangan yang dihadapi oleh si penerima mesej.

Mesej juga tidak sempurna jika penghantara mesej berlaku dalam keadaan yang terdesak dan sangat mencabar. Contohnya dalam keadaan yang genting (selepas keletihan balik keje, penat dowh...) ade pulak tetamu nak dtg umah nak makan malam sedangkan mase hanya tinggal 30 menet dan lauk pauk hanyelah telur dan taugeh. Dah tentu la hasilnye bukan nasi ayam sebaliknye hanyelah jemput-jemput. Dalam erti kata lain, untuk menghasilkan sesuatu yang membanggakan masa yang secukupnya sangatlah diperlukan. Kalau dah short notis mcm tu tapi harap result yang gempak mmg tak logik la sangat.

Ganguan dan bunyi bising mmg penyumbang utama kepada kegagalan komunikasi. Memang mencabar nak sampaikan mesej dalam keadaan yang dipenuhi oleh bunyi bising samada buatan manusia ataupun mesin. Nak pulak kalau penghantar dan penerima mesej tu sememangnya menghadapi masalah pendengaran.

Emosi lagi la besar pengaruhnya terhadap keberkesanan komunikasi. Ini kerana orang yang emosinya terganggu mmg tak boleh nak fokus terhadap apa yang cuba disampaikan oleh pengirim mesej walaupun mesej yang cuba disampaikan tu sangat simple. Jangan cakap mesej, kalau emosi terganggu ni nak buat keje pon tak senang hati, nikan pulak nak dengar arahan dari orang kan...?

Last sekali struktur sesuatu organisasi. Lagi tinggi sesuatu struktur organisasi tu lagilah susah maklumat yang tepat nak sampai. Contoh paling mudah, kecik2 dulu selalu kat tadika/sekolah rendah main telefon karat. Orang no 1 cakap A, info yang sampai ke org yang ke 10 dah J. Nak pulak campur dgn pelat (bahasa), gelak2 (noise), debor takut salah dengar (emotions), nak cepat (time pressure) dan juga sifat selenge sesetengah bebudak (inattention).

Sudahnye mmg stress skang ni. Setiap insan dibesarkan dengan cara yang berbeza, pendekatan yang berbeza, jadi nilai yang terbentuk di dalam diri individu itu juga mmg berbeza. Sikap untuk menerima perbezaan individu lain mmg lah sikap yang sangat terpuji dan berhemah tinggi. Tapi as human yang beremosi, kadang-kala bahasa yang dituturkan tu disalah anggap oleh orang lain. Penyudahnye tercetuslah pergeseran yang lebih menjurus kepada silence argument! Owh..... sgt tidak suke perkara sebegini terjadi... (Boleh kene tahan kat wad sakit jiwa kalu skang ni amik test kewarasan). Kalau boleh ku putarkan masa, sudah tentu tidak akan memilih untuk beremosi pada waktu itu... Tapi ape nak dibuat, dah jadi bubur kacang campur durian pon... Tp setiap masalah, pasti ade penyelesaiannye... Moral: jgn beremosi!!! hahahahahah




Monday, October 18, 2010

POLIS ENTRY...

Polis entry one to jaga, polis mati pencuri jaga...

Dah lame tak update belog ni... tp nak menulis pon kene ade mood gak... lepas osha kuar wad ni sedikit busy dgn keje opis... maklum la seminggu tak keje kan... so yg ade kat opis ni giler jaki aku tak keje seminggu... hahahahahah berehat dgn cara paling terhormat... jgn mara arrrr....

As usual, after 1 mg kuar wad, selseme & batuk balik anak dare tu. suppose appointment doc 16 okt 2010, tp tak bwk g sebab mamanye takut kene bebel dgn doc!!! tp still monitor kondisi anak sendiri. kasi mkn ubat, & bg pulmicort pagi ngan sblm tido utk prevent lung infection tu kay...!

Syukur juge, after kuar spital ni, osha mcm dah fobia dgn eskrim... tak mintak langsung... tp name pon budak. lasaknye boleh tahan. last friday 15 okt 2010, lebih kurang jam 1 petang, osha terjerut leher sendiri. ntah mcm mane la die buat sampai boleh jadi gitu??? geram punye pasal, lantas ku simpul finger curtain tu jd sanggul gantung. nasib ko la labu. habis berbirat leher. nasib tak jadi ape2. sangat bahaye kay puan-puan (macam la ade org bace... ceh!!!). nasib baik la tergerak nak balik rumah hari tu. sampai je rumah tros bwk osha g klinik. after checking tak ade ape2 yang dengeres. doc kasi krim sapu, esoknye tu ilang kesan birat tu. tinggal skit je luke kecil kat leher sebelah kiri.


Tp, ini org masih dok tak puas hati lg dengan finger curtai tu. sampai ke hari ni kalau pegi dapur dgn mama, masih dok soh mama marah curtain tu... sabo je la...


Monday, October 4, 2010

KUANTAN MEDICAL CENTER



Ini lah primadona melayu terakhir... Last2 masuk hospital... Selsema n batuk selame 2 minggu... Jumaat lepas start demam... Admit lebih kurang 12 pagi 4 Oktober 2010...


Osha ni jenis susah nak makan ubat... By right dah baik agaknye... Tapi disebabkan ke'fobia'an terhadap ubat menyebabkan ubat (walaupun sedap) menjadi musuh utamanya...

Hari ni pediatrician sha on leave - Dr. Yeo, so ganti dgn Dr. Abdullah... Td doc bg tau result darah shows ade sedikit infection... So die soh x-ray utk tgk lung condition... Malangnye misi utk mendapatkan gambar xray gagal sebab sha dah takut dgn bilik yg bertutup dan org yang memakai bj putih... So ptg td start amik nabulizer utk clear salur pernafasan... Terpakse la main doktor2 dgn anak sendiri... Sesi nab yg kedua dah gagal sebab modal main doktor2 dah xlaku...

Now dah hampir sejam die tido... letih main2 hari ni kot... sampai misi inject antibiotik pon xsedar dah... Cepat2 baik ye sayang... Mama n baba syg kakak sgt2...