Tuesday, January 10, 2012

UNIVERSAL STUDIO 2011

Assalamualikum,

Entri selepas 10 hari menyambut ketibaan tahun baru 2012. Kehadiran ke Universal Studio Singapura bukanlah atas tiket percutian bersama keluarga tersayang. Sebaliknya merupakan rentetan dari Lawatan Kerja ke National University Of Singapore (NUS) yang sangat terkenal itu...

Keberadaan di sana digunakan sebaik mungkin oleh semua peserta rombongan yang agak hilang identiti sebenar sepanjang di Kota Singa. Masing-masing dah berlagak seperti lelaki dan perempuan bujang (bagi yang berstatus isteri dan suami orang of coz) dan tiba-tiba tersedar! Ya Allah... Lama dah kot tak rase macam ni??? Tak fikir siapa-siapa, totally have fun dan main sume game yang dah di mark dari awal and yet masing-masing macam dah lupe diri? Bukti lupa diri saya dan Didie beratur hampir 2 jam untuk naik cyclon (HUMAN) a.k.a roller coster. Meninggalkan Ilma dan Kak Yani (yang penakut hahahahah!!!) di bawah dan akhirnya kebasahan dalam hujan sebab tolong pegang all of our belonging...


(sumber en. google-- xsempat nak snap sendiri)

Berjimba-jimba tanpa fikirkan orang sekeliling. Pastu pandang orang yang bawak anak kecik buat dialog dalam hati...

"Eh... Kesiannye bawan anak kecil nak beratur bagai... Tak letih ke...?"

Wah... mentang-mentang la Tuhan tu baru bagi sikit je nikmat, dah lupe diri... Mentang-mentang la 'lone ranger' di kota tersebut, cuba kalau bawak anak sendiri, mesti mengomel macam ni pulak.

"Patutnya diaorang ni buat 2 lane kot... Satu untuk without children satu lagi with children..."

Seriously memang sangat kesian bagi parents yang bawa anak-anak kecil. Minimun waktu menunggu (beratur) untuk satu-satu game adalah 30 minit maksimum adalah 2 jam. Satu hari sebenarnya cukup untuk cover semua game yang ada, tapi setelah diambil kira masa menunggu tak sempat la nak cover pulak kan...? Plus hujan, plus technical problem., just imagine dah beratur 30 minit pastu kene halau sebab technical problem. Takkan nak tunggu ok pastu beratur semula... Memang tak la kan...? Baik kejar hat lain..

Cuaca tak begitu menyebelahi, sebab tengah riang ria suka hati 2 kali hujan turun dengan lebat. Rembat baju hujan SD2 (2 dollar oke!) pastu jalan kaki ayam dalam Universal Studio. Agak-agak kalau pegi dengan bini /laki diaorang nak mengaku tak bini/laki diaorang??? Moral, sila pakai selipar jepun... Sila bawa begpack dan isi snack dan air mineral kat dalam secara berhemah. Makanan dan minuman semua mahal, IF hobi kamu suka meng'convert' ke dalam Ringgit Malaysia... Jangan risau pasal makanan halal sebab ada 6-7 restaurant yang menyajikan makanan halal...


Transfomer Ride adalah game yang mula-mula sekali jemaah kami serbu. Sebab nak boleh ke naik bende Allah tu, kene beratur at least 2 jam! Itu kalau pilih untuk naik secara berjemaah la. Untuk tidak membazirkan masa kami yang sangat terhad maka kami masuk ikut single ride punye lane. Lame jugak beratur tapi tak sampai la 2 jam...


Sila beratur secara berjemaah... Almost 1 hour jugak kami beratur. Masing-masing boring maka aktiviti wajib adalah bergambar!


Keadaan kat dalam Universal Studio. Setiap bangunan di sini dibina berdasarkan show yang disediakan. 


Ni dekat Light Camera Action, Steven Spielberg. Masuk sini, ternyata Hollywood dan tipu kita bulat-bulat! Diaorang boleh buat superb punya effect kat dalam studio sahaja ok!


Ini pose wajib bagi sesiapa sahaja yang datang ke Universal Studio Singapore, Sentosa Island. Tu belum tunjuk gamba kat depan pintu masuk kasino... heheheheheh


Istana raksaksa hijau. Ape motif ntah diaorang ni amik gamba I nak taknak je kan??? 


Kak Maliani... The most coolest mother! hahahahaha (nak tinggal anak nangis tepi tangga bas...)


Ini bini-bini orang yang lupa diri... Terutamanya NorIlma Mustafa Kamal neh!


Korang tengok perangai dia... Banyak lagi yang tak diupload ni...


Dan lagi...


Depan Istana Far Far Away. Movie 4D terbaik di dunia (adalah ini wayang 4D pertama yang ditonton kan...)


Ok... Masa kat sini tetibe je minah ni cakap kat I "Owh you are so clever...!" Motif???!


One of the show. Last minit show yang kami masuk hari tu before call time at 6 pm. Kejap je tunggu lebih kurang 10 minit. Total show dan game yang kami cover hanyalah 5... Sebab masa beratur lagi panjang dan lama dari masa bermain!


Ramai manusia walaupun bukan cuti sekolah... Kalau cuti sekolah sila fikir sendiri...


Pose sebelum keluar gate. Sebelum tu nak tangkap gambar dengan maskot KungFu Panda. Sampai je turn kami panda dah letih! Abis tu kami yang beratur tak letih kew. Sib baik tak mengandung tau!


Ni la jemaah a.k.a geng I masa kat sana. Yang lelain tu dah tak tau ke mana. Rasanya kami adalah isteri-isteri dan ibu-ibu yang sangat excited berbanding orang bujang kot... hehheheheh (adakah terlalu lama tak rasa bujang??? Mungkin..???) Maka guna peluang sebaik mungkin la kan....

Sekian update dari Universal Studio...!!!

No comments:

Post a Comment