Wednesday, December 1, 2010

MISSED MY CHILDHOOD

Kami bukanlah berasal dari sebuah keluarga yang senang mahupun kaya raya. Bukan juga sebuah keluarga yang besar dengan adek-beradek yang ramai. Dengan kuantiti ahli keluarga seramai 6 orang yang terbahagi kepada mama dan abah dan adek-beradik yang dilahirkan dengan istilah 'selang bunga' seramai 4 orang, I'm so grateful to have brothers and sister yang sangat respect each others dan sanggup berkongsi kesusahan dan kesenangan. Walaupun tak ramai, kehidupan zaman kanak-kanak sangat riang seperti keriangan kanak-kanak ribena.

Almost every weekend kami satu keluarga akan merancang aktiviti berhujung minggu. Tak kisahlah kemana sekalipun asalkan tempat itu akan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Aktiviti hujung minggu yang paling acapkali dilakukan adalah mandi-manda di laut mahupun di sungai. Zaman kecik-kecik dulu mane la ade duit nak pegi taman tema kan..? Mandi tempat awam je la. Mahupun begitu keringan di zaman itu memang tak boleh disangkal sama sekali. Ditambah pulak dengan penyertaan oleh mak dan bapa saudara dan sepupu sepapat yang memang best, ikatan kekeluargaan itu terasa sangat akrab. Lagi best tiap-tiap minggu gilir tido rumah mak dan bapa saudara, masak2 ramai2, makan ramai2. Owh... I miss that too!!!

Keadaan ini berterusan sehinggalah diri ini menjingak remaja. Takdir tuhan diterima dengan tabah walaupun perit. Terlalu ingin untuk kembali ke saat-saat itu. Dan menjadi impianku untuk mempunyai ikatan kekeluargaan yang begitu erat lagi, kerana itulah keriangan sebenar di waktu kecil.

Ingin melihat putriku merasa keriangan mempunyai sepupu sepapat yang satu kepala, yang boleh menjadi kawan kepadanya. Ingin memberikan segala bentuk kebahagian dan keriangan kepada putriku semampu yang boleh selagi hayat masih di badan. Ingin menghabiskan hujung mingguku dengan putri tersayang di taman-taman alam ciptaan tuhan yang nyaman dan damai. Impian untuk memenuhi aktiviti hujung minggu sejak berkeluarga ni sangat terbatas, walaupun sekadar menonton movie. Ingin menikmati semua impian itu. Mungkin belum rezeki...

Agak beremosi sedikit entry lately ni. Hakikatnya memang begitulah. Kepada yang membaca (kalau ade) jangan terlalu cepat membuat rumusan dan kesimpulan. Wanita ini jiwanya halus (cewah!!!) mood nak emosi ade jugak kekadang tu. Harapanya 2011 datang dengan 1,000,000 permulaan baru. Owh... sungguh tak sedar Disember dah muncul, (wang ehsan pon dah masok - agak bernafas rasenya). Perlu merancang untuk terus ke hadapan. Perlu buang segala kekotoran dan daki. Perlu buang segala kekhilafan diri. Perlu terima semua yang dah berlaku. Perlu buang segala memori luka (ayat jiwang lagi). Mulakan hidup baru... (nages... sob..sob..)

Wahai syiatan terlaknat!!! Nyah kau dari hidupku (bace yassin bebanyak). Aku tak suke kau kacau hidup aku nih!!! Shuss.. Shuss.. Shuss... I just want to recover from your damm stupid provocation (amik kau ayat canggih).

Bising betol orang mesin rumput ni! Jangan sampai batu tu kene kete I kay. Kang mandi hujan dari tingkap opis I.

- END -

No comments:

Post a Comment