Monday, November 29, 2010

SEPI...

"Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, syurgaku

Tanpa dia
Malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi
Sepertiku..."

Petikan sajak: Filem Sepi

Manusia sentiasa diuji dan ujian itu datang dalam pelbagai bentuk. Alhamdulillah kalau ia sesuatu yang kita inginkan. Tapi jika ia bukan yang diharapkan, itu tandanya Allah sangat sayang akan kita. Ia akan lebih mendekatkan diri kita dengan pencipta.

Disebalik kebahagian dan kesenangan yang diberi kadangkala kita lupa, kita lalai. Kita hanyut dengan nikmat Allah, hanyut dengan nafsu kurniaanNya, kita mencipta kegemaran yang baru. Kegemaran yang tidak kita sedar akan memusnahkan kebahagian yang sedang dikecapi. Manusia mudah hanyut, lebih cepat kita hanyut bila limpahan nikmat itu mencurah-curah. Namun bukan semua manusia bertindak begitu. Tebal dan kukuhnya iman seseorang itu bakal menjadi ukuran terhadap ujian yang Allah turunkan untuknya. Kerana sesungguhnya kesenangan, kebahagian dan ketenangan juga merupakan ujian untuk kita.

Jaminan didikan agama yang baik juga tidak boleh dijadikan ukuran ketebalan iman dan ketakwaan seseorang itu. Syaitan sentiasa berusaha menyesatkan umat Muhammad. Semuanya bergantung kepada individu itu. Kelebihannya, dia ada ilmu, tetapi ilmu yang tidak dimanfaatkan akan pudar lama kelamaan.

Kawan. Kawan yang baik akan mendorong kita ke arah kebaikkan. Kawan yang baik juga mampu mendorong kita ke arah kemungkaran dek kerana hasad dengki yang dicipta oleh nasfunya sendiri. Sesunggunya manusia bisa berubah hanya kerana pujukan dari kawan, yang baik atau yang hasad. Tepuk dada tanya selera..

Kerahsiaan merupakan amanah yang paling sukar untuk dipelihara. Manusia mudah tumpas dengan sogokan tak kurang juga yang menjaga rahsia untuk menjaga sentiment-sentiment tertentu. Kononnya hati dan perasaan orang lain. Hakikatnya ianya ibarat belati yang sangat tajam mengurishati. Lukanya sangat dalam. Entah bisa sembuh atau tidak, tidak dapat dipastikan, biarkan masa yang menentukan. Parutnya tetap ada, dan ia akan sentiasa menjadi sejarah yang tak mungkin padam.

Andai dapat dicaturkan hidup ini, sedari kelahiran pasti kita memilih yang indah, yang bahagia yang nyaman sebagai peneman. Hidup harus diteruskan demi kelangsungan yang tidak kita pasti. Nafas dan jasad ini milik Tuhan yang abadi. Tak mungkin berpaling. Sujudku takkan kaku kerna aku hambaMu.

Syukur kepada Allah kerana memberikan petunjuk. Petunjuk yang sebenar-benarnya membawa kepada satu lembaran baru, namun sayangnya tiada perjajian. Tiada perjanjian bahawa sejarah itu tidak akan berulang. Andai kepercayaan itu bisa dibeli, pasti ramai yang ingin memilikinya.

25 - 28 Nov 2010 pasti kekal. Tak mungkin ia terpisah dari jasad ini. Kejutan dari Allah membuatkan ku sedar aku tak boleh leka. Bangun dan teruskan kehidupan yang baru bersama insan kurniaan Ilahi 3 Jun 2006 dan 1 Mac 2007. Mohon kekuatan agar kita sama-sama dapat mengharungi kehidupan yang baru, yang lebih pasti. Doa diiring dengan hati yang lirih, memohon redha Ilahi.

Amin....

(Nota syahdu lagi jiwang karat. Boleh tulis novel nih!!!)

No comments:

Post a Comment