Tuesday, November 30, 2010

SAYA NAMPAK PELANGI... SAYA HARAP IA KEKAL DI SITU...

Pelangi Pelangi terbentuk hasil daripada biasan sinar matahari oleh titisan air hujan yang berada di atmosfera. Cantik... tp mase kecil-kecil dulu selalu dimomokkan dengan ugutan seperti: "jangan tunjuk... nanti jari kudung..." Apa da...!!! Memang tak ada relevannya di situ. Dan sampai sekarang masih belum mendapat jawapan kenapa masa jari boleh kudung kalau menunding jari pada pelangi.

Bila lihat pelangi, selalu sangat berharap agar ia terus kekal di situ. Tapi dah namanya pelangi, yang sah-sah terbentuk dari biasan sinaran matahari dan titisan hujan, confirm malam tak ada matahari kan? Dan confirm juga tak ada pelangi bila hari panas terik.

Itulah indahnya kehidupan. Ada masa panas, ada masa mendung, ada masa gerimis, dan ada masa 'just ok'. Macam pelangi, cantik, tapi hakikatnya ia tak kekal, boleh muncul balik di tempat yang berlainan di masa yang berbeza. Kita hanya boleh berharap dan terus mengharap...

-END-

Monday, November 29, 2010

SEPI...

"Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, syurgaku

Tanpa dia
Malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang
Biar alam ini kelam
Biar ia sepi
Sepertiku..."

Petikan sajak: Filem Sepi

Manusia sentiasa diuji dan ujian itu datang dalam pelbagai bentuk. Alhamdulillah kalau ia sesuatu yang kita inginkan. Tapi jika ia bukan yang diharapkan, itu tandanya Allah sangat sayang akan kita. Ia akan lebih mendekatkan diri kita dengan pencipta.

Disebalik kebahagian dan kesenangan yang diberi kadangkala kita lupa, kita lalai. Kita hanyut dengan nikmat Allah, hanyut dengan nafsu kurniaanNya, kita mencipta kegemaran yang baru. Kegemaran yang tidak kita sedar akan memusnahkan kebahagian yang sedang dikecapi. Manusia mudah hanyut, lebih cepat kita hanyut bila limpahan nikmat itu mencurah-curah. Namun bukan semua manusia bertindak begitu. Tebal dan kukuhnya iman seseorang itu bakal menjadi ukuran terhadap ujian yang Allah turunkan untuknya. Kerana sesungguhnya kesenangan, kebahagian dan ketenangan juga merupakan ujian untuk kita.

Jaminan didikan agama yang baik juga tidak boleh dijadikan ukuran ketebalan iman dan ketakwaan seseorang itu. Syaitan sentiasa berusaha menyesatkan umat Muhammad. Semuanya bergantung kepada individu itu. Kelebihannya, dia ada ilmu, tetapi ilmu yang tidak dimanfaatkan akan pudar lama kelamaan.

Kawan. Kawan yang baik akan mendorong kita ke arah kebaikkan. Kawan yang baik juga mampu mendorong kita ke arah kemungkaran dek kerana hasad dengki yang dicipta oleh nasfunya sendiri. Sesunggunya manusia bisa berubah hanya kerana pujukan dari kawan, yang baik atau yang hasad. Tepuk dada tanya selera..

Kerahsiaan merupakan amanah yang paling sukar untuk dipelihara. Manusia mudah tumpas dengan sogokan tak kurang juga yang menjaga rahsia untuk menjaga sentiment-sentiment tertentu. Kononnya hati dan perasaan orang lain. Hakikatnya ianya ibarat belati yang sangat tajam mengurishati. Lukanya sangat dalam. Entah bisa sembuh atau tidak, tidak dapat dipastikan, biarkan masa yang menentukan. Parutnya tetap ada, dan ia akan sentiasa menjadi sejarah yang tak mungkin padam.

Andai dapat dicaturkan hidup ini, sedari kelahiran pasti kita memilih yang indah, yang bahagia yang nyaman sebagai peneman. Hidup harus diteruskan demi kelangsungan yang tidak kita pasti. Nafas dan jasad ini milik Tuhan yang abadi. Tak mungkin berpaling. Sujudku takkan kaku kerna aku hambaMu.

Syukur kepada Allah kerana memberikan petunjuk. Petunjuk yang sebenar-benarnya membawa kepada satu lembaran baru, namun sayangnya tiada perjajian. Tiada perjanjian bahawa sejarah itu tidak akan berulang. Andai kepercayaan itu bisa dibeli, pasti ramai yang ingin memilikinya.

25 - 28 Nov 2010 pasti kekal. Tak mungkin ia terpisah dari jasad ini. Kejutan dari Allah membuatkan ku sedar aku tak boleh leka. Bangun dan teruskan kehidupan yang baru bersama insan kurniaan Ilahi 3 Jun 2006 dan 1 Mac 2007. Mohon kekuatan agar kita sama-sama dapat mengharungi kehidupan yang baru, yang lebih pasti. Doa diiring dengan hati yang lirih, memohon redha Ilahi.

Amin....

(Nota syahdu lagi jiwang karat. Boleh tulis novel nih!!!)

Monday, November 22, 2010

KAUTHAR PEKSE??!!!


Ini adalah princess kesayangan baba... Td baba bbm bg tau kakak nak pekse (teacher bg surat inform esok ade pekse)... Ni baba tgh teman die study... Mak aiii!!!! Budak 3 tahun pon ade pekse kew...??? Tetibe diriku terase nebes plak. Mcm anak nak amik pekse UPSR!!! Baru la faham mcm mane perasaan mama dulu waktu tgk anak die ni dok pulun kayoh beskal sehari sebelom PMR... Phewww...!

So malam ni kene la mama teman kakak study. Hehehehe kelako plak rasenye. Bile Kauthar dah mule sekolah ni, rase mcm anak dah besar pulak. Hakikatnye baru 3 tahun. 1 thing pasal Kauthar ni, die tak pernah ade masalah untuk bangun pagi. Tapi masalah besar akan berlaku apabila mood die di'spoil'kan di pagi hari. Kalau mood tak elok di pagi hari alamatnye lambat la mama sampai opis, dan sia-sia jugalah minyak kete teacher die yang datang dari IM16 untuk menjemputnye...

Neway, mama doakan kakak buat yang terbaik yea (mcm la budak kecik tu tau ape exam)... Go girl!!! go girl!!! Over!!!