Wednesday, January 11, 2012

BILA WAKTU 'TU' SETIAP BULAN

Assalamualaikum,

Selamat Tahun baru 2012, entri pertama untuk 2012... Tapi ini bukan lah pokok persoalannya. Pokok persoalannya adalah seperti catatan di bawah:

Ada satu waktu setiap bulan bagi seorang wanita yang tidak hamil akan merasa/mengalami pelbagai rasa/perasaan. Bagi yang tiada masalah PMS tu Alhamdulillah, tapi for sure emosi ada terjejas sikit. Contohnya lebih senstif, lebih sedih, lebih pemarah dan sebagainya. 

Bila tiba saat-saat begini juga kita tak boleh solat atau baca Al-Quran. Sesungguhnya jiwa sangat tidak tenang kalau tak boleh solat dan baca Al-Quran. Dan saya sangat tidak suka akan saat-saat di mana saya tidak boleh bersolat dan membaca Al-Quran... sangat-sangat walaupun bacaan saya tidaklah seelok dan sebaik mana...

Bukan niat nak tunjuk alim... Bukan nak tunjuk pandai juga... Apa yang pasti Dia tidak pernah mengecewakan kita. Walau Dia tidak kelihatan, tidak berbentuk, selari dengan kepercayaan kita yang yakin Dia wujud, Dia sentiasa ada untuk kita. Yakin dengan janji Dia, itu lebih mudah...

No comments:

Post a Comment