Thursday, February 2, 2012

DIET YANG BERKESAN

Assalamualaikum,

Percayalah entri ini bukanlah entri panduan atau tatacara berdiet yang berbentuk ilmiah. Ia adalah pandangan peribadi penulis entri ini sahaja yang sememangnya blur dengan tatacara dan keazaman diet yang ntah apa-apa!!! Ada orang cakap kalau nak kurus jangan makan nasi memang cepat turun berat badan... 

Jadi saya yang cetek ilmu ni pun buat la tahan tak makan nasi sampai terketaq-ketaq kepala lutut kan... Pastu seminggu sekali boleh makan nasi maka peluang tu diambil untuk 'melantak' sehabis baik. Ape makna diet kamu itu heh??? Jangan makan nasi sebab nasi itu mengemukkan. Makan roti takpe... Eh kamon? Nasi tu kan makanan rugi rakyat Malaysia? Orang Arab makan roti, apasal beso jugak???!!!

Setelah bereksperimen selama beberapa tahun dan telah melalui pelbagai kaedah kuno diet yang kadang-kadang kedenganran dan kelihatan tidak logik pada pandangan akal, maka saya berpendapat bahawa, diet ni merupakan bentuk pola pemakanan yang kita ambil sehari-hari. 

Kalau 7 tahun dulu berat saya hanya berada di sekitar 49-50 kg sahaja, adalah kerana berkat makan nasi satu polisterin penuh dan semangkuk sup sayur sekali sehari sahaja. Yang mana kadar kepenuhan polisterin itu adalah untuk cover 3 kali waktu makan! Plus berjogging sepanjang 7 km setiap petang atau dua kali sehari tanpa gagal! Nak hasilnya body yang agak langsing la walau tak solid. 

Namun kini, amalan pemakanan yang ala-ala orang tak lalu makan kuantiti nasinya (itu pun sekali sehari) dengan tiada aktiviti riadah yang tetap (kalau mood rajin baru buat), beratku dengan megahnya mencecah 60kg tanpa ada perasaan bersalah terhadap mesin timbang itu! WTH!!!!!

Dalam ertikata yang lebih berilmiah adalah, "tak guna berdiet tanpa bersenam!!!" Penipu la korang cakap makan nasi susah nak kurus. I makan nasi je dulu boleh je kurus...??? I've already prove it to my self what??? Korang ade buat tak kat diri sendiri. Ape makna tak makan nasi and yet badan lemah dan selalu sakit-sakit... kan...???

Jadi ayuh kita bersenam...!!! Buat tekan tubi sepuloh kali sehari pun jantung den dah macam nak tercabut tau... Adoyai... staminaku memang dah out habis... Nak jogging ni kan, sebenarnya perlu ada keberanian tau. Bukan senang nak buang perasaan riak dan bangga ketika berjogging ni... Kalau boleh nak jogging  sebelum orang surau kuar solat subuh atau jogging selepas solat maghrib. Kalau zaman belum kawin dulu, aktiviti jogging ni selalu buat lepas solat maghrib, sebab dah sejuk sikit. Bukan apa, kalau siang-siang hari ni banyak sangat mata yang memandang... malu ah...!!! Maklumlah 'hot stuff' mase tuh (perasannya ya Allah!!!).

Sekarang ni nak jogging ade pulak orang kacau daun... Kita nak jogging die nak jongging. Pastu kita lari kang die jerit "mama jgn la tinggal saya..." Dah ape makne jogging kalau berjalan untuk ambil anginkan...? Pusing banyak round kang die buat aksi duduk atas jalan tar sebab penat jalan... Dah macam mane??? Bila perasaan riak dan malu tu dah hilang, halangan paling besar untuk bersenam adalah anak dara I yang sama nak jogging sebab tensen uncle dia panggil die debap!!!

Owh semangat... Datanglah dan bantu diriku ini untuk menepis segala cabaran dan halangan yang mendatang... Please... please... please...

No comments:

Post a Comment