Thursday, April 12, 2012

NAK CUTI UNTUK BERMALAS

Assalamualaikum,

Untungnya la badan kan kalau cuti tak buat apa-apa, tak payah masak, tak payah basuh baju, lipat kain. Cukup masa ada orang hulur makanan atas katil... Hahahahahaha anak raja pun tak macam tu lah!!!

Bila saya cakap, cuti hujung minggu nak kemas rumah, nak cuci bilik air, nak kemas almari dan sebagainya.... Ada pulak segelintir orang yang menyambut "hai... kan ade pembantu rumah..."? Yeeee memang saya ada pembantu rumah. Maka tugasnya membantu tuan rumah. Harus diingat jika kita terlalu membebankan pembantu rumah maka tidak lama lagi akan ada suara-suara sumbang menyampaikan cerita yang pembantu rumah kita letih dan penat untuk membuat semua 'house chores' di rumah kita.

Memamg penat, tapi saya puas hati buat kerja sendiri. Sebab mutu cucian bilik air saya tidak sama dengan pembantu rumah saya. Nak merungut? Mula-mula ya, sebab tak faham apa itu 'pembantu rumah'. Sekarang ni dah faham dia cuma pembantu. Rumah tu saya yang punya, sila fikir sendiri.

Ada benda-benda atau perkara yang saya biarkan dia buat tanpa ada kawalan yang standard sebagai contoh memasak, mengemas (sebab dia ikut je susun atur yang dah tersedia), membasuh baju, mengemop lantai. Nak sedapkan hati dan mata saya, memang tugas melipat baju dibuat, tapi saya akan lipat balik sebab saya suka susun baju dalam satu saiz yang sama dan susun sendiri dalam almari.

Saya juga tak mahu anak dara saya tu ambil contoh yang tak baik hasil dari pemerhatiannya. Sedar tak sedar, kealpaan kita dalam memanjakan diri apabila ada pembantu rumah ni, anak-anak kita akan buat benda yang sama kita buat pada pembantu rumah kita. Sifat mengarah yang tak kena tempat, yang sepatutnya budak-budak tak perlu ada. Jadi saya ubah suasana tu dengan ajak dia kemas rumah bersama-sama pembantu rumah saya, supaya dia membesar menjadi manusia yang mempunyai nilai-nilai individu yang baik...

Menjadi seorang anak, isteri, dan ibu yang berkerjaya bukan mudah. Uruskan masa dengan baik, bahagikan tugas dengan pembantu rumah anda dengan cermat dan cekap agar kedua-duanya mendapat rehat yang cukup dan tidak terbeban dengan kerja rumah yang tidak pernah habis! Tidak pernah habis! Maka di sini saya sangat menyanjungi para suri rumah yang tangannya tidak pernah kering mengurus rumah tangga.

Moga kita mampu untuk menjadi majikan yang baik juga dan ianya bukan mudah! sSila tengok dan renung kembali beban yang terpaksa ditanggung oleh pembantu-pembantu rumah kita....

Sekian!!!

No comments:

Post a Comment