Monday, June 25, 2012

AYAM BAKAR MADU TERAKHIR

Assalamualaikum,

Semalam 24 Jun 2012 (Ahad) bersamaam 4 Syaaban 1433 Hijrah lebih kurang jam 7 petang, saya dikejutkan dengan pemergian sepupu paling senior dari sebelah ibu saya iaitu Kak Ann a.k.a NOREHAN ABD RASHID. 

Arwah memang dah lama sakit, asthma yang agak kronik (sama gen maka saya pun ahli persatuan yang sama). Kali terakhir kami berjumpa masa kenduri sepupu saya di Bukit Jelutong. Seperti biasa Kak Ann sangat manja dan menyapa mesra (seperti selalu... sama seperti zaman mudanya). Sungguh tak sangka itu adalah kali terakhir saya bersembang dan berbual dengan beliau... 

Masa saya sedang makan sambil sibuk mengawal Osha yang dah macam terlepas kandang, Kak Ann datang duduk di sebelah seraya bertanya:

Kak Ann: Sedap lauk tu Ina???
Saya: Ermmm... Ayam bakar madu ni sedap Kak Ann...! Kak Ann nak??? 

Lalu saya suapkan sedikit kepada beliau... 2 kali...

Kak Ann: Sedap la... Kak Ann nak p amik la...
Saya: Pi la amik sementara orang tak ramai lagi...

Kak Ann pun berlalu mengambil pinggan dan mengambil yang Ayam bakar madu itu... Kak Ann nampak semput, pergerakkan arwah pun terbatas...

Dan itu lah memori kali terakhir yang saya ada bersama arwah...

Arwah dalam bulatan merah

Arwah seorang yang sangat tabah. Tabah dalam mengharungi kehidupannya yang kami semua tahu bukan mudah untuk beliau lalui... Diduga oleh Allah s.w.t dengan ujian yang sangat banyak! Baru saya sedar, saya juga tidaklah setabah beliau... Syukur arwah mempunyai suami, anak (Naim - satu-satunya anak arwah yang baru mendaftar ke Kolej sehari sebelum arwah meninggal) dan keluarga yang sangat menyayanginya, yang sentiasa di sisi tika senang dan susah...

Pemergiannya juga dalam keadaan yang tenang dan tanpa pengetahuan seisi rumah. Mereka sendiri tidak pasti waktu yang tepat bila arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir... Pada hemat mereka arwah sedang nyenyak tidur, kerana arwah mohon untuk tidur sebentar sebelum "tidur selamanya"...

Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman... 

Al-Fatihah...

Nota: 

Malang sekali saya tidak mampu untuk menziarah arwah buat kali terakhir... Hanya Al-Fatihah dan doa dari jauh yang saya panjatkan... Tenanglah dikau di sana...

Monday, June 18, 2012

PATAH SAYAP!

Assalamualaikum..

Tak bole letak tajuk patah kaki, sebab kaki masih elok. Jadi letak patah sayap sebab memang takde sayap.

Assistan rumah cuti sakit. Memamg kelam kabut pepagi dan balik keje sebab nak memasak, membasuh, mengemas dan pelbagai 'mem..' lagi..

Baru padan muka!!! Ha'ah..

Sunday, June 10, 2012

RASA BERSALAH & SESI PECAH PERUT

Assalamualaikum...

Rasa bersalah??? Bukan sebab buat salah. Tapi sebab ada blog tapi jarang-jarang nak kemas kini. Ohh... (baget ada pengikut yang ramai.... hahahhahaha).

Hurmmm... Kat mana nak mula...

Ok... Mula-mula nak cerita pasal hujung mingg yang sibuk kerana menghadiri kenduri kendara (sebuah rumah je pun...). Tapi sebab the only me yang duduk di Kuantan dan paling jarang menerima kunjungan saudara mara, maka kemeriahhan dan kegiranggan bertemu sanak saudara diraikan dengan amat total.

Pesta makan ketam di Ana Ikan Bakar mengambil tempat!!! Makan sekadar mengalas perut di rumah kawan baik Pak Njang di Indera Mahkota (sebab gayat tengok lauk) terus start engine kereta menghala ke Tanjung Lumpur untuk sesi pecah perut seterusnya. Sungguh indah makan secara berjemaah...!!! Perut yang kenyang pun kembali meregang hingga wujud stretch mark!!!

Ohh sunguh bahagia. Menu malam itu adalah:

  • Ikan kerapu bakar petai
  • Sotong goreng tepung
  • Ketam kukus
  • Khailan ikan masin
Peminat ketam harus makan ketam yang dimasak secara rebus atau kukus sahaja! Ini wajib, sebab kalau masak cara lain maka rugi kerana isi mengecut dan rasa manisnya hilang ditelan periuk... Sotong harus goreng tepung sebab itu memang menu wajib. Tak kan la nak makan sambal tumis sotong pulak kalau datang makan sseafood kan...?

Setelah kenyang makan ketam dan sotong... Maka rasa bersalah tiba-tiba menerpa!!! OMG... Rosak Atkins ku...!!! SOTONG!!!? And even worst its coated with flour????!!!!!!!!!! Menangis mengenang berapa banyak crabs yang sudah ditelan! Maka harus dilupakan untuk naik scale seminggu ini, sebab kalau naik, confirm meroyan tengok berat!

Tapi adat manusia yang hina lagi keji... Semalam sekali lagi mengulang menu yang sama!!! Memang dasar keji dan tak sedar diri...! Mencik!!! Mencik!!! Mencik!!!

Tapi... hurmmm... xpe la... sekali sekala rewards my self dengan makanan dari syurga (baget)... Nak cover rasa bersalah pada diri sendiri.


Ni je ketam yang dapat dipotretkan. Sebab yang lain dah dikerjakan. Tu pun nasib ingat...

Pak Ngah & Abg Sham adalah juara. Tapi johan Abg Sham sebab dia habiskan lauk yang balance2.
En. Suami pun tak kurang seleranya. Sepat join walaupun busy...

Indah... Nikmat yang tak perlu didustakan...

Monday, June 4, 2012

ULANG TAHUN PERKAHWINAN

3 Jun 2012 adalah ulang tahun perkahwinan yang ke-6. Alhamdulillah diraikan di Dome KLCC secara berjemaah dan dibelanja dengan 3 jenis perfume dan macam-macam lagi.. Syukur alhamdulillah...!

Semoga jodoh kami berkekalan dan sentiasa dirahmati dan berada dalam perlindungan Allah...

Amin...