Monday, June 11, 2012

RASA BERSALAH & SESI PECAH PERUT

Assalamualaikum...

Rasa bersalah??? Bukan sebab buat salah. Tapi sebab ada blog tapi jarang-jarang nak kemas kini. Ohh... (baget ada pengikut yang ramai.... hahahhahaha).

Hurmmm... Kat mana nak mula...

Ok... Mula-mula nak cerita pasal hujung mingg yang sibuk kerana menghadiri kenduri kendara (sebuah rumah je pun...). Tapi sebab the only me yang duduk di Kuantan dan paling jarang menerima kunjungan saudara mara, maka kemeriahhan dan kegiranggan bertemu sanak saudara diraikan dengan amat total.

Pesta makan ketam di Ana Ikan Bakar mengambil tempat!!! Makan sekadar mengalas perut di rumah kawan baik Pak Njang di Indera Mahkota (sebab gayat tengok lauk) terus start engine kereta menghala ke Tanjung Lumpur untuk sesi pecah perut seterusnya. Sungguh indah makan secara berjemaah...!!! Perut yang kenyang pun kembali meregang hingga wujud stretch mark!!!

Ohh sunguh bahagia. Menu malam itu adalah:

  • Ikan kerapu bakar petai
  • Sotong goreng tepung
  • Ketam kukus
  • Khailan ikan masin
Peminat ketam harus makan ketam yang dimasak secara rebus atau kukus sahaja! Ini wajib, sebab kalau masak cara lain maka rugi kerana isi mengecut dan rasa manisnya hilang ditelan periuk... Sotong harus goreng tepung sebab itu memang menu wajib. Tak kan la nak makan sambal tumis sotong pulak kalau datang makan sseafood kan...?

Setelah kenyang makan ketam dan sotong... Maka rasa bersalah tiba-tiba menerpa!!! OMG... Rosak Atkins ku...!!! SOTONG!!!? And even worst its coated with flour????!!!!!!!!!! Menangis mengenang berapa banyak crabs yang sudah ditelan! Maka harus dilupakan untuk naik scale seminggu ini, sebab kalau naik, confirm meroyan tengok berat!

Tapi adat manusia yang hina lagi keji... Semalam sekali lagi mengulang menu yang sama!!! Memang dasar keji dan tak sedar diri...! Mencik!!! Mencik!!! Mencik!!!

Tapi... hurmmm... xpe la... sekali sekala rewards my self dengan makanan dari syurga (baget)... Nak cover rasa bersalah pada diri sendiri.


Ni je ketam yang dapat dipotretkan. Sebab yang lain dah dikerjakan. Tu pun nasib ingat...

Pak Ngah & Abg Sham adalah juara. Tapi johan Abg Sham sebab dia habiskan lauk yang balance2.
En. Suami pun tak kurang seleranya. Sepat join walaupun busy...

Indah... Nikmat yang tak perlu didustakan...

No comments:

Post a Comment