Thursday, August 30, 2012

MAHU KEMBALI


Ini adalah Kaabah di Mekah. Saya sangat-sangat rindu pada tempat ni.
Masih ada sesuatu yang menuntut untuk saya kembali kesana.
Sesuatu yang perlu saya buat bila hajat yang saya pohon dimakbulkan Dia pada Mei 2011 yang lalu.
Membuak-buak rasa nak ke sana.
Kalau boleh nak pergi tahun depan (2013).
Ada sesuatu yang saya hajatkan.
Sesuatu yang tidak dapat saya buat pada umrah yang lepas.

Doa saya, jika kembali ke sana adalah yang terbaik buat saya, maka permudahkanlah.
Meminta dengan Dia tidak semestinya di sana.
Tapi percayalah, sesiapa sahaja yang telah pernah ke sana akan merasa nikmat dan kelainan berdoa di Multazam, Hijir Ismail dan Raudha (di Madinah).
Suasananya cukup berbeza.
Jiwa rasa sangat-sangat-sangat dekat dengan Dia.
Susah nak digambarkan.

Saya berhajat untuk menghantar Abah saya ke sana.
Dah berniat, kalau dapat keluarkan 'duit terpijak' tersebut, memang itulah perkara pertama yang saya akan buat.
Kalau ada rezeki saya dan keluarga menyusul.

Kalau diizinkanNya mahu juga dijemput menjadi tetamuNya pada musim Haji.
Tapi tak tahu bila akan dapat tiket jemputan tersebut.
Tiba masa nanti pasti Dia jemput.

Semoga Allah mempermudahkan urusan saya.
Semoga hajat ini tidak mewujudkan riak dan perasaan ujub dalam diri saya.
Dalam kerendahan hati saya sentiasa memohon agar Dia menjauhkan saya dari sifat-sifat sebegitu.

Rindu yang sangat dalam......


No comments:

Post a Comment