Tuesday, September 18, 2012

32 TAHUN NAN INDAH

Assalamualaikum...

Syukur kepada Allah s.w.t dengan izinNya jasad ini hadir ke dunia 32 tahun yang lepas (sangat jujur dengan umur)...

Saya sangat bersyukur. Hari-hari yang saya tempuhi dari hari ke hari makin baik, makin ceria, makin indah. Mudah-mudahan ia berterusan dengan izinNya. 

Apa yang saya praktikkan sekarang, ambil setiap kejadian/dugaan itu sebagai satu peluang untuk menilai diri dan mendekatkan diri denganNya. Setiap yang berlaku, ada hikmah yang Dia mahu kita lihat dan belajar setiap hari.

Banyak perubahan dan penambaikkan yang dah berlaku. Bersederhana dalam penerimaan, itu masih saya pegang. Tak mahu berlebih-lebih dalam penerimaan, walaupun dalam hati sebenarnya sangat berbunga-bunga...

Syukur... syukur... syukur... dengan segala limpah dan rahmat yang Allah taala kurniakan. Zahir di mata orang lain tiada apa-apa. Tapi bagi saya... SSSAAANNNGGGGAAATTTT besar dan nikmat...!

Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment