Wednesday, September 25, 2013

Serangan Jantung & Panik

Assalamualaikum,

Alhamdulillah masih bernafas sehingga ke hari ini. Sungguh nikmat kesihatan itu adalah satu nikmat yang sukar untuk diungkap. Bukan jaga kesihatan tetapi jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat supaya kita dapat nikmat sihat itu.

20 September 2013, 8.00 malam:
Baba balik rumah dengan keadaan tercungap-cungap. Ingatkan baru lepas jogging. Masuk rumah dia bagi tau sesak nafas. Baba minta inhaler saya (saya memang ada asthma), selepas 1 puff dia baring. Inhaler tak membantu pernafasannya. Saya yang ketika itu di hujung kaki baba sedang melipat kain baju yang dah hampir seminggu tidak berlipat berhenti lalu picit lengan sebelah kiri sebab baba kata tangan dia lemah. Lepas 5 minit picit baba cakap dia susah nak bernafas, dada dia sakit. Saya tengok butir-butir peluh dah mula muncul di dahi. Saya cakap ni macam jantung. Terus saya ajak dia ke klinik. Buat pertama kali dia tidak membantah untuk ke klinik. Saya memandu ke klinik depan rumah. Sampai di klinik saya cakap dekat kaunter, suami saya nak nabulizer, dia sesak nafas. Baba terus disuruh masuk ke bilik rawatan.

Di dalam bilik rawatan kami terpaksa tunggu lebih kurang 10 minit sehingga doktor dapat merawat baba. Selepas doktor periksa dada baba, paru-paru tak ada bunyi pulak. Doktor suruh baring untuk bagi oksigen. Dapat saya rasa sakit yang sedang alami ini adalah serangan jantung. Sebab simtomnya sangat jelas. Sambil balang oksigen disediakan doktor buat keputusan untuk buat ECG. Malang lagi sekali doktor juga agak panik. Balang oksigen gagal berfungsi. Nak mengamuk pun ada! Wayar ECG dipasang, doktor periksa satu-satu geraf jantung. Ada 3 geraf yang tidak normal. Sah serangan jantung. Doktor bagi satu dos ubat bawah lidah. Selang 5 minit baba dah mula rasa pening, kesan ubat tersebut. Rentak jantung lebih perlahan. Doktor terus buat surat rujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Doktor nak panggil ambulan tapi baba tak mau. Dia mahu saya hantar sebab dia masih boleh bertahan. Saya terus menghubungi adik baba untuk bantuan awal. Tak mahu cal yang lain-lain lagi sebab saya masih belum tahu seteruk mana serangan jantung baba.

Kami balik ke rumah dulu utntuk ambil apa yang patut. Gerak hati kuat cakap memang kena tahan wad ni. Selesai semuanya saya terus memandu ke hospital. Sepanjang perjalanan ke hospital saya suruh baba bertenang. Masa tu dia masih lagi boleh bercakap dan berseloroh. Masih ingat tiada apa-apa yang teruk bakal berlaku. 

Menghampiri HTAA saya terus ke bahagian kecemasan. Bagi surat refer dari klinik kepada jururawat di kaunter. Dengan muka yang panik jururawat tu tanya di mana suami? Saya tunjukkan dia lokasi baba sedang duduk. Terus dia ambik kurusi roda ambil baba dan masuk ke pintu merah (zon kritikal). Lama juga menunggu. Seorang demi seorang saudara mara dan kawan-kawan baba datang. Sesungguhnya saya sangat penat ketika itu. Dalam pada masa yang sama risau memikirkan apalah yang berlaku kat dalam bilik rawatan. Nak masuk takut menganggu rawatan dan pesakit yang lain. Saya biarkan saudara-mara baba dan kawan-kawannya yang pergi melihat keadaan baba di dalam bilik rawatan. 

Agak lama menunggu sebab ECG tak dapat kesan apa-apa yang luar biasa. Silap saya juga tak ambil graf ECG semasa di klinik. Dalam jam 11 Kauthar dan menangis-nagis mengantuk sangat. Saya minta diri nak balik. Minta tolong Ayah Wa tengok-tengokkan baba. Masa balik baru rasa sebak sangat. Saya takut sesuatu yang lebih buruk berlaku. Saya belum bersedia. 

21 September 2013, 12.00 malam:
Sampai di rumah saya tidurkan Kauthar. Sambung lipat kain baju yang tergendala sebentar tadi. Lebih kurang jam 12 tengah malah (atau lebih) kawan-kawan SRS (jiran juga) datang minta pengesahan mengenai berita yang mereka dengar. Syukur jiran-jiran saya begitu mengambil berat. Lebih kurang jam 2 pagi (atau lebih) baba call dia kena bermalan di hospital dan minta saya supaya jangan risau.

Keesokkannya saya hantar Kauthar ke rumah Mak Chah di Bukit Setongkol sebab dah janji dengan Mak Ndak (Bukit Istana) untuk jaga Kauthar. Sebab saya perlu ke hospital hantar barang pesanan baba. 

Sampai di hospital (Wad 8B, Katil no 25) baba minta nak mandi. Saya dah bawakan sarapan untuk Baba. Baba minta nak mandi dulu. Masa baba mandi Doktor Julia (doktor jantung) datang nak periksa. Hasil keputusan pemeriksaan baba didiagnos sebagai "UNSTABLE ANGINA". 

Unstable Angina adalah suatu keadaan di mana jantung tidak mendapat cukup aliran darah dan oksigen dan ia bakal menyebabkan kepada serangan jantung. Angina merupakan ketidakselesaan di dada yang disebabkan pengaliran darah yang lemah melalui saluran darah (coronary vessel) otot jantung (mycardium). Baba disuntik dengan ubat untuk mencairkan darah selama 3 hari. Doktor Julia bagi tau saluran jantung baba memang ada tersumbat cuma peratus blood clog tersebut masih belum di ketahui sehingga Angiogram  dibuat. 

Dalam jam 10 lebih jururawat bagi tahu Doktor minta baba di pindahkan ke Wad Mawar 7A yang merupakan Wad Cardio di tingkat 7 HTAA. Wad Cardio HTAA sangat selesa. 100 kali ganda baiknya. Kelengkapan unit ini setanding dengan kemudahan yang terdapat di IJN (sumber jururawat). Malangnya waris pesakit tidak dibenarkan untuk menjaga pesakit. Waktu lawatan juga di hadkan dari 1-2 petang, 5-8 malam sahaja dengan 2 orang pelawat pada satu-satu masa bagi menjaga privasi para pesakit jantung lain.

22 September 2013:
Baba dibiarkan berehat dengan dos ke 3 ubat cair darah disuntik bagi memastikan darah baba tidak kembali pekat. Darah yang pekat akan mendedahkan baba dengan risiko serangan sakit jantung yang lebih teruk. Pelawat sangat ramai. Kawan-kawan, saudara mara jiran tetangga semua datang.

23 September 2013:
Baba dijadualkan untuk melalui satu lagi prosedur iaitu Echocardiogram. Hasil daripada Echocardiogram doktor mendapti otot jantung bahagian bawah membengkak. Baba dibenarkan keluar wad sebelah petangnya. Alhamdulillah. Tetapi baba dibekalkan dengan ubat-ubatan yang saya kira agak banyak dan perlu dipatuhi dengan disiplin.

Lagi sebulan baba akan dirujuk semula ke hospital untuk prosedure seterusnya iaitu Angiogram. Pesanan doktor sebelum baba dibenarkan keluar wad adalah:
  • Jangan memandu 
  • Berhenti merokok
  • Kawal pemakanan. Elakkan pengambilan garam dan lemak yang berlebihan.

Di Klinik An'Nisa
Zon Kritikal, HTAA

Ditolak ke Wad
Wad 8B, Katil No: 25, HTAA

Wad Mawar 7A, Katil No:2, HTAA
Wad Mawar 7A, Katil No:2, HTAA

ECG

ECG
Makan. Selera Alhamdulillah..


xoxo


No comments:

Post a Comment