Friday, January 21, 2011

PAGI YANG TERANG 21 JANUARI 2011

Assalamualaikum w.t.b,

Syukur ke hadrat ilahi kerana kita dipertemukan lagi dalam entry hari ini (dengan nada seorang pengacara... kehkehkeh). Topik paling mudah untuk dibincangkan sebagai perbulaan perbualan adalah mengenai cuaca! 9.45 pagi, bandar Kuantan terang benderang disirami oleh cahaya matahari pagi, namun keadaan di dalam opisku ini, bagaikan berada di London dengan suhu 12 darjah celcius (giler btol la org dlm opis ni...). Rasa kejang urat-urat leher menahan kesejukkan!!! Sungguh tidak berperi kemanusiaan btol la. Pendekatan yang diambil adalah dengan mengamalkan dasar pintu tertutup, tingkap terbuka. Supaya pengaliran suhu sejuk ini dapat mengalir ke luar, sekaligus menyumbang kepada pengurangan kepanasan di luar bangunan (macam ade kesan).

Tetibe terpandang bas Plusliner kat seberang jalan. Apasal tetibe tingin plak nak balik Kedah. Rindu dengan Laksa Teluk Kechai, Nasi Kandaq Madinah, masak lemak rebung dengan perut, ikan bakar, pajeri terung & sotong goreng tepung (Kuala Perlis)... Kalau zaman belajar dulu, bas dengan diriku ibarat irama dan lagu. Tak boleh dipisahkan langsung... Turun je bas dah beli tiket bas untuk balik semula walaupun jarak masa tu lagi 3-4 bulan. Pastu belajar jauh plak sampai kat Labuan. Kat sini paling banyak aku hidup berdikari... Insaf...

Sedih bangat mase first time nak pegi Labuan. Bekalan duit pun hanyalah sekankang kere, harapkan semangat je berkobar-kobar (padan muke! mintak lg doa nak belajo jauh2... amik ko). Memang lepas habis Diploma, hari-hari aku mintak doa, supaya aku dapat sambung 1st degree kat Uni jauh-jauh skit. Sabah or Sarawak, alasannya, busan sudah mao nak bas bah....! Sekali amik kau! Pulau dihantarnya.... Syukur....

Masa mula-mula sampai tu betul-betul rasa macam melukut di tepian gantang. Macam anak terbuang. Betul-betul rase, giler advanture, walaupun still dalam Malaysia terchinta ini. Mujur na ada Kak Naz & Abg Radzi (pilot TUDM). Aku pun tak ingat macam mana mama boleh ada conection dengan Abg Radzi ni. Asal-usulnye dari Paksu Mat kalo tak silap. Diaorang la yang banyak tolong aku masa kat Labuan. Mujur tak sangkut dengan pilot TUDM, sebab nawaitu asal dah tersemat takmo ade affair or couple sehingga abis belajar, walaupun asyik kene sound, "Ina engko belajar-belajar juge, kene jugak tengik kiri kanan... jgn sampai jadi anak dara tua kang..." Boleh??? Malang memang berbau... Kat UMS-KAL tu memang aku ni warga agak emas la. Sebabnye majoriti student sambung degree pas matrix, aku ni & beberapa sahabat ni lepasan Diploma. Sah-sah la aku tak terliur dengan budak yang lebih muda ni... Pelissssss!!!!

Rindunya siblings mase kat UMS-KAL dulu. Ade 9 orang semuanya. As usual dah sah-sah la aku yang paling tua kan... Yong, Angah, Acik, Ateh, Andak, Alang, Ude, Ucu & Adek. Kami masih berhubungan kecuali Andak & Ateh yang tidak dapat dikesan keberadaan mereka. Majoriti dah berkahwin dan mempunyai cahaya mata. Rindunya saat-saat itu... Pegi umah Pakcik Abas & Makcik Timah, keluarga angkat kami, mandi laut, gotong royong memasak, rewang... Bestnye...!!! Kalau ada masa terluang kami akan ke Papar ke rumah mak & pak long achik. Kampung yang memang kampung, jalan pon selisih b*b*. Hehehehehehehhe...

Nak kumpulkan semua 9 orang ni sampai sekarang belum tercapai. Semua ada komitmen masing-masing. Harapnya suatu hari nanti dapatlah kita berkumpul ya...! Rindu bangat sama kamu semua...

Note: En. Suami ke kl hr ni... Tinggallah diriku di Kuantan yang permai ini... sigh!!!

No comments:

Post a Comment