Thursday, May 19, 2011

AKU RINDU KAMU...

Ya Allah... Perasaan ini meronta2 rs macam orang putus cinta pun ada. Hari ni genap 7 hari balik dari ibadah umrah... Pergi dari 30 April hingga 11 Mei 2011 bersama suami dan Kauthar. Perasaan... masyaAllah... sangat2 indah tak dapat nak diungkap... Walaupun perjalanan yang harus ditempuh sangat mencabar, sekurang-kurangnya kita tidak perlu bersusah payah naik kapal laut macam datuk nenek kita dulu2... Alhamdulillah...

Ketiika entry ini ditulis, saya boleh rasa sangat gelisah kerana saya sangat rindukan Masjid Nabawi, Masjidil Haram dengan Kaabahnya dan air zam-zam. Aduh menangis dalam hati bile terkenang semua ni... Kalaulah saya cukup kaya, ingin dihabiskan separuh tahun masa ku di Tanah Haram...

Ya Allah diri ini rasa terlalu dekat denganMu bila mengenangkan semua ini. Cinta manusia tidak dapat menandingi rasa cinta terhadapMu. Doaku agar Kau tenggelamkan aku dalam kasih sayangMu. Rasanya itu sangat beerti... Walaupun diri ini dihimpit dengan pelbagai cubaan dan godaan syaitan, aku masih mampu untuk tenang dan rasa damai dengan nikmat dan kasih sayangMu. Nafasku, rasaku, pendengaranku, sentuhanku, penglihatanku, sedihku, lapar dan dahagaku semuanya kasih sayangMu.

Tidak ku hirau apa yang difikirkan orang tentangku, tapi ku hiraukan tanggapanMu buatku... Maka bimbinglah aku ke jalanMu yang benar... Amin...

No comments:

Post a Comment