Friday, May 20, 2011

DEPRESSION

2-3 hari lepas ade terbaca mengenai kenyataan Wardina bahawa dia mengalami kemurungan selepas melahirkan anak kedua beliau. Alhamdulillah beliau telah dapat mengenalpasti gejala dan mengambil langkah awal bagi menangani masalah tersebut.

Masalah kemurungan ini tidak hanya berlaku kepada mereka yang baru melahirkan anak sahaja. Jika kita menghadapi tekanan yang melampau dan gagal untuk menguruskannya dengan positif jangan pernah menyesal untuk mengakuinya!

1. Emosi yang tidak terkawal
Memang malu nak mengaku kalau diri sendiri mengalami masalah ini. Tapi kalau tak mengaku dan merawatnya takut nanti terus jadi gila! Dari pengamatan sendiri, insan-insan yang mengalami kemurungan sangat-sangat gagal untuk mengawal emosi sendiri. Bab air mate jangan cerita la. Kalau ada nilai, memang akan ditadah untuk dijual, tak pun recycle balik untuk gune dlm masakkan menggantikan garam!!! Time ni mula la katil menjadi tempat untuk melepaskan perasaan. Kalau boleh tido dan tak nak bangun-bangun dah. Lagi baik kalau bangun sedar-sedar dah kene soal dengan mungkar dan nangkir! Dalam erti kata lain baiklah mati dari hidup terus menderita.... To that extant u know...!!! Pastu layan lagu yang sedih-sedih kat radio dan mula perasan yang semua lagu tersebut dicipta khusus untuk diri anda, disebabkan oleh situasi yang dialami...!

2. Hilang selera makan
Bila dah emosi macam kucing hilang anak, confirm la makanan itu tidak langsung menaikkan nafsu. Kau hidang la lamb chop ke, kambing golek ke, ape-ape je la yang tergolek, jangan harap nak sentuh! Tengok orang makan pun rase nak muntahkan segala isi perut yang sedia ada... Kalau makan pun sebab kene pakse dengan orang tersayang (konon la), walhal waktu tu memang aku menyampah sangat tengok kau pakse-pakse aku makan tau...!!!!

3. Hilang berat badan
Bagi yang sedia gemuk, ini merupakan satu hikmah la kan. Tak perlu habiskan beribu-ribu ringgit untuk ke pusat-pusat kecantikan yang menjanjikan pakej pelansingan yang akhirnya akan menyebabkan anda lagi murung. Tapi bagi yang dah sedia melidi, waktu inilah anda akan kelihatan seperti mayat hidup yang sangat menakutkan!!!

4. Lebih pendiam
Individu yang periang akan tiba-tiba bertukar menjadi pendiam dan suka mengasingkan diri. Tetiba kat ofis dari yang suke berseloroh, sentap terus kalau org cakap lebih-lebih sikit. Tetibe je terase ape yang orang cakap tu merupakan cacian kepada diri sendiri.

5. Pemarah
Individu yang mengalami kemurungan akan mula berubah sikapnya. Kebanyakkan daripada mereka gagal untuk mengawal perasaan marah terutamanya apabila didesak! Ibarat kate kalau cuit dengan hujung benang pun, memang cari nahas la... Cacian dan maki hamun menjadi bahasa yang sedap untuk didengar oleh telinga mereka, dan sesungguhnya tidak bagi mereka yang kene caci itu. Fokus terhadap kerja-kerja seharian juga akan terganggu. Apantah lagi kerja-kerja di rumah.

Kalau dulu anda seorang yang tak kisah, sekarang anda jadi orang yang sangat kisah. Ape sahaja aktiviti orang yang menyebabkan anda depression itu itu akan menjadi perhatian anda. Dengan siapa dia berkawan, dengan siapa dia bercakap telefon semuanya anda nak tahu. Memang anda akan menjadi seperti penyiasat CIA yang terhebat tetapi tidak bertauliah sampai ke akaun Facebook & Twitter die pun anda nak hack!!! Lebih buruk lagi semua kawan-kawan die jadi musuh anda pulak...!!! Dalam erti kata lain anda berubah menjadi seorang yang agak kejam la, sebab menghukum orang yang tidak bersalah...


6. Manje
Ini yang paling tak boleh blah!!! Manje mengada-ngada, sebab nak perhatian daripada orang yang tersayang (konon la...), walaupun penyebab anda depression itu adalah orang yang anda paling sayang!!! Tapi kalau nasib anda baik, manje anda akan dilayan. Tapi jika nasib anda kurang baik... sakit macam nak mati pun orang buat tak tau je... Mase ni memang tahap depression anda akan lagi naik satu level... Individu yang depression ni sangat mengharapkan kejutan dan perhatian yang tidak berbelah bagi dari insan yang disayangi. Tapi malangnya, dalam keadaan normal orang tersayang ni sangat lembab untuk memahami dan dalam pada masa yang sama tidak sedar bahawa anda sedang mengalami depression!!! Sangat sadissss....!!!

Anda juga akan buat since dalam drama kat tv1 yang bila gaduh amik beg dan lari dari rumah!!! hahahahhaah... kalau fikir balik, memang kurang cerdik la kan...? Baik la kau halau je orang yang kau menyampah tu keluar rumah dari kau yang keluar rumah dan membahayakan diri sendiri... Ye la name pun murung, minda pun terkurung...

7. Hilang kepercayaan
Pada saat ini kepercayaan anda akan mula goyah dan sedikit masa lagi memang akan terhakis sepenuhnya. Lepas tu ape yang orang cakap semuanya masuk tong sampah! Walaupun orang tu dah bertaubat sekalipun sifat mempercayai anda sudah pun dilitupi dinding semen setebal 7 kaki! Bila keadaan dah jadi seteruk ini, anda akan mula bersikap mementingkan diri sendiri, dan tidak begitu memikirkan perasaan orang lain lagi... Memang malang, bukan setakat diri anda tapi diri orang-orang yang berada di sekeliling anda... Bahasa anda tidak lagi menjadi halwa telinga, sebaliknya bertukar menjadi ayat-ayat yang tragis dan bisa merobek hati sesiapa sahaja yang mendengar... huhuuhuuhuhu... Bukan setakat kepercayaan terhadap orang lain hilang, lebih mendukacitakan mangsa depression akan hilang kepercayaan terhadap diri sendiri. Mereka suka bermonolog dengan diri sendiri, tanda mereka tidak yakin dengan diri sendiri... Waktu begini adalah normal untuk mereka duduk termenung dan bersendirian di dalam rumah. Itu sangat normal oke....!!!

Sebenarnya banyak tanda-tanda kemurungan yang kita tidak sedari. Kebanyakkan dari kita pernah mengalaminya, cuma banyak dengan sikit je... Pada mereka yang kuat iman kesannya tidaklah begitu hebat, of coz la kan sebab anda ada bekalan yang cukup. Well... cukuplah setakat ni dulu... Nanti nak cerita tentang cara nak menangani dan kaedah reverse psikologi untuk menangani masalah ini...

No comments:

Post a Comment