Monday, August 8, 2011

HARI KE DEPALAN PUASA...

Assalamualaikum...,

Syukur alhamdulillah hari ni dah hari ke 8 berpuasa. Masih lagi diberi kesempatan oleh Allah swt untuk melaksanakan ibadah puasa iaitu rukun islam yang ke-3, dan yang paling penting masih lagi sihat dan bertenaga untuk melaksanakan ibadah puasa.

Menu berbuka di bulan Ramadhan ni memang haruslah pelbagai supaya si pemakan sekalian tidak bosan dan canggung ketika mengadap makanan di meja makan yang terbentang luas itu. Biar ringkas tapi mampu untuk membuatkan air liur si peninjau merembes dan memenuhi mulut.

Di bulan Ramadhan ini juga menyaksikan skil-skil memasak kuih muih dan lauk pauk yang tak pernah hayat dibuat, tiba-tiba muncul hasil bantuan buku resepi yang berlambak di pasaran mahupun resepi-resepi percuma di internet. Apa sekalipun cara/jenis masakan yang dimasak oleh anda, sila pastikan ianya berkhasiat dan tenteram apabila masuk ke dalam perut...

(konvoi kenderaan berat TUDM menganggu tumpuan penulisan belog ini... hehehehehehhe... mcm perakan kereta berhias...:-)>)

Menu berbuka puasa di rumah haruslah nasi, memandangkan para pemakan sangat ambil berat mengenai faktor kekenyangan dan perolehan penjanaan tenaga selepas berbuka yang hakikatnya merudum selepas bebuka kerana terlebih muatan. Ini sangat tidak elok, kerana ia boleh mengundang kepada kemalasan untuk pergi terawih secara berjemaah di surau atau masjid yang berdekatan.

Hasilnya saya hanya berpeluang berjemaah terawih di masjid sehingga malam ke 3 sahaja... Sangat dikesalkan!!! Selebihnya di rumah sahaja atas keselesaan waktu sendiri, ya sudah pasti...

Owh................. Hakikat sebenarnya saya sangat mengantuk ketika ini. Harusnya di waktu ini saya sudah selesai solat sunat dhuha, namun dek kerana mesyuarat (urusan dunia) menyesatkan saya untuk melewat-lewatkan sedikit urusan dengan Pencipta... Ampunkan aku ya Allah... Sesungguhnya dhuha itu membantu menceriakan hari-hari yang saya lalui setiap hari. Tidah rukuk dan sujud untuk waktu itu, rasa kurang garam dan gula untuk satu hari.

Haruslah pergi sekarang, memandangkan mesyuarat semakin hampir dan saya perlu menyegarkan diri supaya tidak pengsan di awal perjuangan nanti. Sekian sahaja entry mengantuk untuk kali ini. Tidak memaksa untuk ketawa atau jelik, kerana saya juga pelik!

Sekian.......


No comments:

Post a Comment