Wednesday, September 28, 2011

IA TAK SAMA...


Tak kisah la apa yang terjadi di antara mereka. I do love them very much. Tidak juga terlalu berharap untuk keadaan menjadi baik seperti dulu. Tapi syukur sekadar melihat mereka boleh berbaik-baik dan menghormati di antara satu sama lain.

Bukan mudah untuk menerima kenyataan orang yang kita sayang sudah berubah dan memberikan sebahagian lagi hati mereka kepada orang lain. Cakap memang senang! Memang mudah menyekolahkan orang untuk menjadi positif. Kenyataannya hanya tuan punya badan yang tahu betapa remuk dan hancurnya pendirian dan kepercayaan mereka yang telah diganggu gugat.

Kehidupan juga bukan selalunya indah. Rasa seronok, bahagia, senang lenang itu, boleh hilang sekelip mata dan ketika itu rasa penyesalan mula timbul. Malang ia tidak akan pernah sama. Buatlah 1000 kebaikkan sekali pun, sakit yang satu juga akan terus disebut.

Hakikatnya mereka memang telah jauh terpisah dari segi ikatan. Tapi di dalam diri kami ikatan itu masih wujud cuma dalam perspektif yang sangat berbeza. Mungin ada mata yang pelik untuk melihat, tapi asalkan kami bahagia dengan perhubungan itu, dan kami maklum akan batas-batas mereka setakat mana.

Hakikat orang yang menyakiti memang menyesal. Tapi apa boleh buat, matlamat tidak menghalalkan cara. Orang yang disakiti, sedaya upaya bangun dari terus membelengu dan menghukum diri dengan menbahagiakan diri dengan insan-insan yang setia disisi.

Setelah melalui pengalaman yang hampir sama, saya tidak akan sama sekali mengungkit dan mendesak mereka untuk semua yang orang lain hajatkan. Hanya hati yang mampu berbicara, hanya hati yang mampu membuat pertimbangan sedangkan akal lebih memikirkan logik, tapi tiada seni. Bahasa hati susah untuk difahami.

Mereka telah membesarkan saya dan abang serta adik-adik sehingga menjadi manusia yang tahu menghargai diri dan orang lain. Tiada didikan ugama yang hebat, tetapi cukup mengkap untuk menjadi bekalan hidup di atas muka bumi ini. Selebihnya haruslah belajar sendiri. Bukannya susah pun... Saya mahu berkongsi segala-galanya yang saya ada dengan mereka. Rasa bahagia, rasa sedih, rasa cemas dan segala macam rasa yang saya rasakan sebagai penghargaan yang sudah tentu tidak mampu untuk saya lunaskan sampai akhir hayat saya..

Saya hanya mahu mereka terus bersama-sama saya merasai bahagia dan nikmat susah senang yang Allah renjiskan untuk kami semua. Tidak mewah, tapi cukup bahagia dan saling melengkapi antara satu sama lain...

Saya sayang Mama & Abah...

No comments:

Post a Comment