Tuesday, December 6, 2011

TAK SUKA, LETAK TEPI

Assalamualikum,

Tajuk entry kali ini tidak berkaitan dengan mana-mana individu. Ini cuma penilaian bebas saya terhadap orang-orang di sekeliling saya. 

Dari kecil rasanya (rasanya la...) saya memang tak pernah tak suka dengan makanan. Apa yang orang masak semua saya makan tanpa banyak cakap atau komen (sebab tu tembam dari kecik kot!). Lagi pun memang tak pernah diajar oleh mama dan abah mengomel pasal makanan tak sedap walaupun kami makan kat kedai. Dan nilai itu saya bawa sehingga ke hari ini. Prinsip saya mudah, kalau tak suka tak perlu nak komen walaupun hakikatnya makanan itu tak sedap. Kita jaga hati orang, orang jaga hati kita.

Senario yang makin menonjol sekarang adalah semakin ramai insan-insan yang sentiasa merungut dengan makanan yang ada depan mata. Tak kira lah masakkan di rumah mahupun di kedai. Memang kita patut pandang tegurang dari suatu sudut yang positif. Teguran boleh menjadi kayu ukur untuk penambahbaikkan. Tapi kelantangan bahasa dari sesetengah individu bukan semuanya boleh diterima dengan pandangan yang positif. Sebab tak semua orang pandai menegur dan memberikan komen dengan cara yang jujur dan berhemah. Ya... jujur memang ramai yang boleh jujur, tapi kebanyakkannya jujur yang tak berlapis a.k.a cakap lepas!

Dipetik dari Fanpage Ustaz Zahazan Mohamed:

"Rasulullah S.A.W tidak pernah mencela makanan, apabila berselera maka Baginda akan makan, jika tidak Baginda tinggalkan." - Muttafaq; Bukhari (5409), Muslim (2064).

Saya sering mengingatkan diri saya, bahawa semua yang ada di langit mahupun di bumi ini milik Allah. Maka tidak ada satu pun di batang tubuh saya ini milik saya, apa lagi yang berada di sekeliling saya. Hatta suami dan anak sekali pun bukan milik saya. Milik saya hanyalah DOSA saya, itu sahaja. Jadi kadang kala terbit jugak rasa terkilan di hati takala mendengar rungutan terhadap mutu makanan yang dihidangkan di depan mata. Tidakkah kita sedar bahawa semua itu dari Allah? Kita merungut tentang sesuatu yang Allah janjikan untuk kita? Astagfirullah... Saya sendiri kadang kala terdetik, sungguh saya tidak mampu sama sekali untuk bersyukur atas nikmat makanan yang Allah berikan sedangkan begitu banyak sekali nikmat Allah yang lain saya terima!!! Hidup dan mati saya setiap hari adalah atas Ehsan Allah!!! Subhanallah!!! Jadi siapa kita nak merungut-rungut ni. Rasulullah sendiri tidak merungut dengan makanan yang dihidangkan... Suka makan, tak suka tinggalkan.

Susah sebenarnya nak mendidik diri yang dah terbiasa 'complaint' terhadap semua benda yang di depan mata. As if diri anda itu terlalu sempurna sampai semua benda boleh jadi bahan 'complaint' anda yang sangat 'sempurna'. Seboleh-bolehnya saya tidak mahu anak saya mengikut jejak langkah insan-insan seperti ini sebab saya sentiasa mahu mendidik dia menjadi seorang yang jujur, merendah diri dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada pada dirinya. Setakat ini alhamdulillah... Jika dia tak mahu makan sebab tak suka, hanya 'signal' senyuman dan sorotan mata sahaja yang diungkapkan. Ya, sekurang-kurangnya saya faham dan tidak berkecil hati walau dengan anak sendiri! 

Pandai-pandai lah kamu mengekpresikan ketidaksukaan kamu terhadap suatu makanan, asalkan ianya tidak menyentuh sensitiviti sesetengah individu...!!!

No comments:

Post a Comment