Tuesday, November 29, 2011

CUTI HUJUNG MINGGU

Assalamualaikum...

Cuti 3 hari bermula 26-28 November 2011. Tak ade istilah cuti rasanya sebab sibuk ke hulu dan ke hilir. Hari Sabtu appoinment kat IIUM seawal jam 8 pagi. Tapi biasa la En. Suami saya yang memang sangat 'panctual' dekat 8.45 pagi baru sampai. Balik pada IIUM makan tengah hari dan selepas itu saya tak begitu bersemangat sebab kesakitan perut. Tak tau sebab makan or sebab prosedure tersebut.

Secara keseluruhannya, prosedur berjaya dilakukan. Sakit sikit je... Boleh tahan nebesnya. Next appoinmet adalah pada 19 Disember 2011. Kalau ada, alhamdulillah. Kalau tiada alhamdulillah. :)) Petang tu bangun tidur habiskan lauk yang dibeli tengah hari tadi dan nasi goreng yang Kak Tie buat.

Keesokkan harinya separuh hari dihabiskan di rumah. Tengaharinya kami 3 beranan balik ke Pekan, sebab kasen En. Suami bertunang. Lepas makan-makan balik rumah mak mertua minum petang. Lepas makan sure la mengantuk, jadi saya tidur. Lepas tu saya bangun dan tengok Osha dah berdengkur kat sebelah. Apa punya mak? Anak panjat katil tido sendiri... Heheheheheh. Bangun tidur, tinjau dapur ape yang ada untuk dimasak. Malangnya tiada apa-apa. Jadi saya bermalasan lagi. Tunggu orang belikan makan malam. Roti telur je tapi kekdahnya yang lain sikit. Pas makan tido okeh.

Esok pagi panaskan roti semalam, makan, plus rotu dengan jem. Pastu En. Suami ajak pegi cari nasi kuning kat kedai dalam pagar. Beli 6 bungkus and it cost me RM28!!! Pergh... gile mahal. Sebab mahal saya makan satu bungkus! Lepas tu bersiap-siap untuk ke Rompin. Pastu En. Suami tak reti nak gerak-gerak. Osha dan mula cranky menyebabkan saya panas lalu mengangkat kaki dan beg masuk kereta... Baru lah En. Suami nak angkat bontot. Sampai di Rompin, belum panas bontot makan tengah hari. Pastu sembang-sembang minum petang pulak. Sembang-sembang lagi. Pastu makan malam pulak. Pastu sembang-sembang sekejap minta diri untuk pulang.

Apa yang nak disampaikan di sini adalah.... Cuba korang kira berapa kali saya makan selama cuti 3 hari? Rasa bersalah terhadap diri sendiri sangat tebal! Benci tau!!!!!? Benci betul kalau cuti makan mengalahkan naga hijau!!! Niat hari ni nak puasa, tapi xbangun pulak untuk bersahur. Bukan makan apa pun. Cuma minum air, madu dan ubat je.

Jadinya pagi ni saya tak ambil breakfast ok? I amik cereal horliks je!!!!

Sekian....

No comments:

Post a Comment