Thursday, January 19, 2012

3 TEMPAT SUCI

Assalamualaikum,

Kalau orang lain saya tak tahu... Tapi kalau tanya saya tempat yang saya teringin nak pergi, saya tetap akan jawab Mekah dan Madinah dan yang terbaru Baitul Maqdis (selepas membaca entry SahabudeenJalil.com). 

Kubah Emas Masjid Sakrah (sumber google)

Tempat lain tu nak juga pergi tapi gelodak rasa tu, tak macam gelodak orang offer 'meh saye belanja awak pegi umrah nak?' Ya Allah... Super happy la kot...!!!! 

Masjid Al-Aqsa (sumber ShabudeenJalil.com)

Mengikut catatan brother Sahabudeen ni macam susah jugak nak boleh masuk ke Jurusaleem ni. Kaedah yang digunapakai mungkin boleh minta panduan dari dia (kalau ada peluang la...). Kisah yang paling tak boring untuk dibaca adalah kisah perjuangan para Nabi dan pejuang-pejuang Islam yang tak takut mati. Bukan apa, bila baca kisah-kisah sebegini, kita dah boleh nilai diri kita sendiri, lemah atau kuatnya iman mahupun akhlak kita sebagai manusia yang beragama Islam. Bukan senang nak jadi manusia yang beragama Islam. Banyak benda yang boleh memesongkan akidah yang kita sendiri tak sedar. Banyak juga benda yang boleh melalikan dan menghanyutkan kita.Syaitan laknatullah di mana-mana sahaja!

Pokok pangkal, semuanya terpulang pada diri kita. Kita adalah arkitek yang mereka bentuk kehidupan kita sendiri. Tapi jika semua orang berpegang pada Al-Quran dan sunnah, Insyallah dunia aman!!!

No comments:

Post a Comment