Thursday, January 19, 2012

RAYA 2011

 Assalamualaikum,

Ini merupakan koleksi gambar raya Tahun 2011. 2011 ok! Baru nak muatnaik a.k.a upload sebab malas betul nak muatnaik banyak-banyak. Maka nak edit pun malas-malas betul. Pelik pulak?? Kalau gelodak rasa yang sedih tu cepat pulak boleh update. Yang happy-happy ni suke je simpan sorang-sorang...! hahahahah


Achu yang memang sentiasa perasan comey (mmg comey pun)! Farisya, Kauthar & Hasya yang cute!



Abah, Mama, Chaq's Family & Achik's Family, semua dah beranak pinak...! (terharu dalam hati)


My Family... Masih bertiga... InsyaAllah tahun ni 4 kot (doa neh)! Achu takde pasangan lagi, so amik hero pencen je... Insyallah ujung tahun ni naik pelamin. Pity me... coz tak dapat balik majlis bertunang adek bongsu ni... Mujur ada my BFF Eni Aznan yang sudi menghulurkan tangan. Dengan adanya Eni, maka ketiadaan aku confirm tidak dirasai, sebab Eni dah macam sedara sendiri dah!


Alhamdulillah... Tahun 2011 semua dapat berkumpul. Semua masih gila-gila remaja lagi. Muda tau! Umur sekadar angka sahaja! (Falsafah diri sendiri je...)


4 siblings with partners & Me! hahaahahaha (budak gemuk)! Dulu-dulu masa belajar diaorang ni suma panggil I 'Blue hyppo' & 'Ayam Katik'! Ape motif ntah? Tinggi sedang elok je pun... Cuma montel je sikit... (motivasi untuk kurus)


Cucu-cucu tak ramai lagi... Sebab masing-masing nak kukuhkan ekonomi keluarga. Lagi pun perancangan keluarga bukan nak produce satu team bola. Slow and steady... Rezeki semua di tanggan Allah...! Mr. Hubby yang sentiasa buget hensem. Ayat tak tahan 'Abg ni hensem tak yang'? Mesti la.... (jawab dalam hati)


Budak kecik Hasya ni... MasyaAllah seindah-indah ciptaan Allah kejadiannya. Keletah macam ulat beluncas! Belum mulut dia lagi. Macam mak nenek wey...! Kalau dengan Kakak Osha, jauh-jauh rindu, dekat-dekat macam ultraman dengan raksaksa!

Sekian warna warni di Aidilfitri!

2 comments:

  1. ina..awat hg kuruih ni??? jelesnya haku

    ReplyDelete
    Replies
    1. ana... hg pakai spek mata dak??? Ka silau jahit manik??? Mana ada kuruih, gemok la. Ni kalau hg tgk gambaq aku masa zaman Uni lg hg terkejut gamaknya... hahahahah

      Delete