Thursday, February 23, 2012

HAI...!!! AM I LOOK HAPPY???

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t atas segala limpah kurnia yang telah diberikan olehNya. Dalam kita gembira dan senang dengan nikmat yang Allah berikan jangan la pula lupa diri dan lalai dengan segala perintahNya. Bukan apa, manusia ni bila senang dan gembira lupa nikmat yang Dia bagi. Hanyut bak kate orang...

Cepat betul masa berlalu. Kehidupan sebagai pelajar bujang dah lama ditinggalkan. Berkahwin, berkeluarga a.k.a beranak, bekerja sambil belajar plus berumahtangga pun sudah. Gelora rumah tangga pun sedah ditempuh. Alhamdulillah... Dia tau apa yang terbaik, jika tidak manakan diizinkan sesuatu perkara itu berlaku.

Sedar tak sedar dah nak masuk 5 tahun usia Kauthar. 1 Mac 2012 adalah hari lahirnya dan tarikh yang sama Baba or Mama akan register dia ke sekolah rendah (senyum sengsorang). Besar dah rupanya budak ni... Teringat kenangan di labour room saat melahirkan budak chomel tu. Dalam keadaan separuh sedar sebab mengantuk yang amat sangat (sedap betul layan mate tengah contraction), dengan En. Suami yang gigih memberikan semangat (walaupun mabuk darah), dengan doc dan nurse yang bukan main supportive gitu... Alhamdulillah semuanya selamat walaupun tanggapan pertama setelah baby doc letak atas dada "eh apasal kepale anak aku mcm alien ek?? Tajam semacam..." Tapi sekarang dah normal... Bahagia sungguh masa tu...

Sedang masa bergerak dan beredar, kita pasti sedar sedikit sebanyak ada perkara yang berubah... Mungkin banyak, mungkin sedikit pasti ada. Ada sesuatu yang saya pelajari sepanjang tempoh itu, tempoh singkat yang penuh cabaran adalah; bergantung dan percaya dengan janji Allah bukan manusia... Kerana manusia mampu berjanji atas sifat-sifat yang ada padaNya juga atau kata lain dengan izinNya...

Coretan saya di dalam blog ini saya mahu wariskan kepada anak cucu saya kelak. Sekurang-kurangnya mereka boleh tahu watak dan peranan saya suatu ketika dulu, saat nyawa masih dikandung badan. Agar mereka tahu betapa saya sayangkan mereka seluruh jiwa dan raga saya. Betapa saya sayangkan keluarga saya dan mahukan hanya yang terbaik tetapi dengan izin dariNya. Mudah-mudahan ini merupakan wadah penghubung untuk generasi seterusnya dalam keluarga saya, supaya mereka dapat mengenali saya setelah saya tiada kelak

Sehingga tarikh ini, Kauthar adalah satu-satunya zuriat saya. Rezeki untuk zuriat lain belum Allah kabulkan. Rupanya Dia ada merancang sesuatu yang lebih baik untuk saya mencorakkan kerjaya saya yang hampir malap suatu ketika dulu. Semuanya ada hikmah... Alhamdulillah syukur kepada Allah.

Setelah apa yang berlaku saya belajar lagi. Belajar untuk melihat kebaikkan sebalik keburukkan atau musibah yang menimpa. Ternyata bukan mudah untuk melawan hasutan syaitan dan kata hati sendiri. Dan akhirnya saya berjaya untuk mendengar kata hati dari hasutan walaupun kadang kala tewas. Bila konflik berlaku perkara pertama yang akan saya buat adalah solat (jika belum solat). Ia merupakan senjata untuk mengusir semua suara-suara jahat itu. Paling tidak berwuduk dan merenung kelemahan DIRI SENDIRI dan bertanya, adakah saya melakukan perkara yang sama kepada orang lain, sehingga saya diperlakukan begitu oleh orang itu??? Dapatkan jawapan, istighfar dan bawak tido (hehehheheh)... Sebab mungkin badan dah penat sebab tu temper pun menjadi-jadi... Pantang orang salah cakap, mula lah nak naik angin kan...?

Apa pun saya masih belajar untuk mengenali diri sendiri. Mengenali kekuatan dan kelemahan diri sendiri dan belajar untuk mengawal diri sendiri supaya sentiasa bersangka baik dengan Allah dan manusia. Mudah-mudahan kita mampu untuk membetulkan niat dan memperbaiki diri untuk menjadi seorang Muslim yang lebih baik...

Amin...

2 comments:

  1. syukur la, ada seorang anak lebih dari tak ada langsung...kdgkala kita hampir tak kenal diri sendiri tmbah2 bila dilanda masalah..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Syukur... Cuma sedikit ralat dgn mereka yg sentiasa mempersoalkan rezeki yg Allah dah tentukan utk kita...

    ReplyDelete