Friday, July 27, 2012

SATU HARI LAGI KEHIDUPAN!

Assalamualaikum,

Another bright Friday..!!! Alhamdulillah... Masih dipanjangkan  umur dan dimurahkan rezeki oleh Allah s.w.t. Gembira dengar ramai kawan-kawan yang menerima kehadiran orang baru, alhamdulillah. Tidak kurang juga yang kehilangan orang tersayang, takziah diucapkan... Jangan bersedih teruskan hidup dan tugas sebagai hamba Allah yang bersyukur...

Hari ini adalah hari ke-8 berpuasa. Sekejap je rasanya. Saya sangat suka Ramadhan. Setiap kali Ramadhan saya dapat rasa kehadirannya sangat istimewa. Susah nak digambarkan dan diungkap. Kalau bulan-bulan biasa nak bangun pukul 4 pagi jangan harap la. Bulan Ramadhan seronok pula bangun main masak-masak subuh-subuh hari. 

Memandangkan Encik Somi tengah cedera akibat jatuh motor (23 Julai 2012) tempoh hari dan kene makan ubat, maka terlepas waktu sahur adalah perkara yang paling takut untuk dihadapi. Maka seawal 4 pagi bangun menyiapkan sahur (hidang atas katil uolls...).

Kauthar pula makin suka berpuasa. Walaupun belum dapat sehari penuh tapi cukup baik sebab boleh bertahan sehingga pukul 4 petang. Ok la untuk budak 5 tahun. Nama pun berlatih... Cuti Sabtu & Ahad ni nak latih dia berpuasa penuh. Insyallah... mudah-mudahan dipermudahkan...

Thursday, July 26, 2012

PENILAIAN & TANGGAPAN

Assalamualaikum,

Kalaulah manusia boleh mengganti hatinya dengan sewenang-wenangnya, pasti kaum hawalah yang paling ramai melakukannya... Dek kerana kerapuhan dan sifat lembut yang ada dalam diri setiap wanita, mereka sanggup untuk disakiti berkali-kali. Sungguh mata pedang itu tajam, tapi tajam lagi tutur penilaian yang salah orang yang kita sayang terhadap diri kita.

Pelbagai cara pasangan kita lalukan untuk menilai dan melihat kesetiaan dan kesanggupan kita untuk bersamanya. Tapi sering juga penilaan yang dibuat itu sama sekali tidak mengambarkan maksud sebenar,  kerana kita sebenarnya tiada hujah untuk memahamkan mereka. Kerana anggapan tersebut merupakan persepsi peribadi mereka sendiri dan bukan majoriti. Memang sedih...

Adalah tidak adil untuk menilai pasangan sebagai seorang yang tidak sanggup bersusah bersama anda, hanya kerana sedikit keengganan yang berkait dengan kewangan tanpa anda mengetahui sebab keengannya. Sesungguhnya dia tidak mahu anda tahu kerana dia ada perancangan untuk dia dan anda... Malangnya dia tiada keupayaan untuk menyampaikan dan memahamkan anda...

Sungguh tiada seorang suami pun tahu apa yang sanggup dikorbankan oleh seorang isteri untuk seorang yang yang bernama suami. Sungguh dia tidak mampu untuk berkorban kewangan, tapi dia tidak takut langsung untuk berkorban hatta nyawanya sendiri jika diminta. Dia tidak takut untuk itu... 

Berapa ramai bapa dan suami yang sanggup membersihkan najis anak atau isteri yang uzur..? Ramai.... Tapi masih ada segelintir yang tak sanggup untuk korbankan perasaan jijik mereka yang kerdil itu... Sama juga seperti situasi sebentar tadikan?

Ya... Jika kita sering menganggap penilaian orang terhadap selalu silap, jangan ingat penilaian kita terhadap orang lain juga benar dan tepat. Kita dibesarkan dalam keadaan dan desakan hidup yang berbeza. Jadi persepsi dan penerimaan kita terhadap sesuatu perkara juga tentu berbeza... Fahamilah terlebih dahulu, baru kita mampu untuk melihat sesuatu di sebaliknya...

Ini adalah lagi satu kisah sedih yang memang berlaku dan saya yakin, banyak lagi kisah sedih yang berlaku di sekeliling kita. Apa juga keadaannya, ingatlah, ianya adalah ujian. Ia tidak akan menjadikan anda semakin lemah, sebaliknya semakin kuat untuk berhadapan dengan kehidupan. Belajar untuk menerima dan memperbaiki diri. Sungguh manusia itu tiada yang sempurna melainkan Allah s.w.t sahaja. Harus diingat juga, dugaan dan ujian adalah tanda Allah sayang kepada kita. Dia berikan ujian supaya kita tidak hanyut dan khayal dalam setiap pemberiannya...

Syukur dengan pemberian yang Allah berikan dan jangan sesekali lalai dan tengelam dalam nikmat yang kita rasa itu. Saya sering 'terperasan' saya sering 'dipukul-pukul sayang' olehNya setiap kali saya terlalu asyik dengan nikmat yang diberi...! Subhanallah... Beristigfar panjang bila saya kenang dan kaji semula... Saya manusia yang sangat lemah. Sangat-sangat lemah...

Semoga diri ini sentiasa diingati olehNya... Saya berharap agar cinta saya terhadapNya sentiasa mekar sebagaimana cintanya saya terhadap Rasulullah s.a.w, dan saya tidak mahu sekali-kali terlepas dari 'dakapanNya'.... Sesungguhnya itu adalah cinta yang paling abadi...

Wednesday, July 18, 2012

MOTIF & PERSOALAN

Assalamualaikum,

Semua orang ada FB (muka buku). Ikut suka hati la nak update apa pun asalkan laman muka buku tu adalah muka buku kamu... ehh??? Tapi kekadang tu macam....

Me: "Owh well... Itu pun perlu ke update...?" 

Others: Hey....!!! apasal awak peduli??? Lantak dia la nak update ape pun!!! Itukan L.A.M.A.N M.U.K.A B.U.K.U dia??

Me: Fikir jap... 

Others: Ape masalah awak yang nak kisah dengan apa yang dia update???

Me: Takde ape... Cuma binggung (ayat skema) dengan tujuan dia upload barang baru dibeli. Tu bukan riak ke???

Well... Itu adalah motif!!!

Persoalan

Persoalannya di sini... Kenapa kebanyakkan dari kita sering nak update status yang annoying (termasuk diri sendiri, tapi hanya sedar bila orang post status yang lebih urang je...)!!!

Kegembiraan untuk dikongsi. Ok, setuju! Tapi kegembiraan membeli gadget baru, 'personnel items' baru kadang kala mengundang kegengkelan di hati sesetengah manusia yang tahu sifat dan tujuan anda yang suka menunjuk-nunjuk itu... Owh sungguh hati tak bersih bila ada perasaan begini...

Moral

Jangan update status begitu sebagaimana kamu tidak suka orang lain buat, maka kamu juga jangan buat! Habis cerita dongeng...


Monday, July 2, 2012

PSYLLIUM HUSK

Assalamualaikum,

Hari ini merupakan hari ke 56 saya menjalani diet Atkins. Tapi Atkins yang saya amalkan ni ada juga mengelatnya, Lumrah manusia, dari kecil makan nasi, tiba-tiba nak kena tinggalkan. Sentuh jugak sekali-sekala... Heheheheh sifu sila jangan marah saya!!!

Kalau dulu saya sering amalkan diet seimbang, tapi berat saya turun macam siput. Sejak amalkan Atkins ni berat saya turun dengan jumlah yang agak besar dan memberangsangkan sungguh! Setiap hari kurang-kurang pun 100 gm mesti turun...! Saya memang sedang berusaha untuk mendapatkan berat ideal di antara 49-55 kg sahaja. 

Diet harian saya banyak menggunakan telur. Kadang tu makan kuning sekali, kadang menyampah jugak dengan kuning telur tu maka saya buang, plus risau jugak dengan kolestrol dia kan... Sayur memang tak tinggal la. Sejak amalkan Atkins ni rasa nak bukak ladang bayam la pula! Sebab sayur saya baaaaayyyyyaaaammmm je memanjang!!! Tapi memang berbaloi buat Atkins ni.

Hari ni dapat satu ilmu lagi, cara untuk gantikan fiber dari crab  yang dah ditinggalkan tu. Kena amalkan makan Psyllium Husk. Psyllium Husk adalah biji dari pokok Plantain (maaf kalau silap... Saya bukan doktor!) sejenis pokok herba yang digunakan secara meluas khusus untuk mengawal berat badan dan kesihatan usus dan perkumuhan. Ia mengandungi fiber yang bertindak seperti span yang mengurangkan selera makan, memperbaiki sistem pencernaan dan membersihkan sistem tersebut lantas menjadikan pengambilannya sebagai salah satu pilihan diet yang sihat. Psyllium boleh mengantikan serat yang hilang semasa pengamalan diet rendah karbohidrat yang diamalkan oleh pengikut-pengikut diet Atkins. Setiap 100 gram psyllium bersamaan 71 gram serat larut; berbanding oat bran (lapisan luar oat tu! Ala.. yg selaput kat beras perang tu..!) yang hanya mengandungi 5 gram serat larut pada kuantiti yang sama. 

Psyllium ini juga sangat sesuai digunakan oleh individu yang mengalami masalah sembelit kerana ia akan membantu dalam merangsang usus dan menjadikan najis si pengguna lebih lembut. Juga dicadangkan untuk pesakit yang baru menjalani pembedahan buasir atau sembelit semasa hamil sebagai secondary treatment bagi mengatasi sesetengah kes cirit birit.

Haaaa... Kalau nak tau lebih lanjut sila tanya pakcik google. Sebab banyak sumber rujukan di internet yang boleh dirujuk. Adik ipar saya dah pernah cuba makan psyllium husk ni, dan dia kata rasanya macam biji selasih je dan taste less. Ini sudah amat baik!!!

Jadi saya pun mengirimkan pembelian psyllium husk  ini kepada beliau. Harganya pun tak mahal RM30 dan sebotol psyllium husk ni boleh tahan 3 bulan!!!

Mudah-mudahan saya boleh cepat kurusssss.... Target nak cuba dapatkan berat badan 45 kg!!! Hahahaahah memang bawah paras berat badan ideal la kan...! Tapi takpe... Itu kan sasaran... Tak salah pun mencuba. Sekurang-kurangnya saya berusaha ke arah itu, iaitu penurunan dan bukan peningkatan!!!