Friday, July 19, 2019

Ikhlas


Foto ini sangat bermakna kerana dua sebab utama. Sebab yang pertama ia adalah bersama bos kegemaran akak. Akak kerja selama 10 tahun dengan bos akak ni. Orang yang sangat tegas, tapi sangat pemurah mencurah ilmu. Tidak dinafikan inilah antara insan yang berjaya membentuk akak menjadi pekerja yang berdedikasi dan komited terhadap kerja. Waktu kerja dengan bos ni deman pun takut nak datang. Akak sayang dengan bos ni macam mak akak sendiri. Walaupun tahun 2006 akak ditukarkan ke jabatan lain akak masih dengan rela hati membantu beliau sampai hari terakhir perkhidmatan beliau pada 12 Mac 2019.

Sebab yang kedua adalah kerana gambar ini diambil oleh bos kepada bos akak (yang pakai baju merah dalam gambar di bawah). Kalau perasan kami senyum simpul sebab segan bos ambil gambar kami.


Bos kepada bos akak adalah yang pakai baju merah tu. Seorang yang sangat kuat bekerja dan sangat menyokong apa sahaja usaha untuk membantu menaikan universiti tempat kami kerja. Dalam gambar ni juga ada bos kepada bos kepada bos tau..? VC tersayang kami!

Apa yang akak cuba nak cakap di sini adalah, kita tidak perlu lahir dari rahim yang sama atau datang dari keturunan yang sama untuk menjadi sebuah 'keluarga'. Keserasian menjadikan kami seperti keluarga bila bertugas dan di luar tugas.

Mereka semua sentiasa berada di dalam doa akak. Akak tak pernah simpan dalam hati untuk semua teguran mereka. Akak sentiasa beranggapan itu adalah perhatian yang menuntut tindakan akak untuk menjadi orang yang lebih baik. Jika ada antara mereka yang sedang diuji, akak sentiasa mendoakan kebaikan untuk mereka.


No comments:

Post a Comment