Assalamualikum...
Akak ni boleh dikatakan 'old school' sikit kalau merujuk kepada kuih-muih ni. Kalau kuih raya tu suka kuih atau biskut yang tradisional contohnya Semperit, Kuih Bakar, Biskut Mazola. Akak bukan jenis yang ikut trend kuih muih moden ni. Sama juga untuk minum petang, suka jemput pisang, jemput udang, jemput bilis macam tu lah. Baru-baru ni teringin sangat nak makan Kuih Qasidah. Selama 13 tahun menetap di Kuantan ni akak tak jumpa lagi orang jual Kuih Qasidah Utara ni. Tak pasti la tak ada atau tak jumpa. Teringin punya pasal akak pun buat lah. Guna resepi yang akak jumpa dari MyResepi.com.
Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum
3 cawan air
7 sudu besar gila pasir (ikut tahap kemanisan masing-masing)
1/2 sudu teh garam (ni pun sama ikut rasa lidah masing-masing juga)
1 sudu teh air kapur (akak tak isi pun)
3 sudu besar Minyak masak
5 Bawang merah kecil (akak guna lebih sebab suka bawang banyak)
Cara-cara:
- Satukan tepung gandum, air, gula, garam dan air kapur di dalam periuk atau kuali. Akak guna kuali non stick je.
- Kacau sehingga adunan likat dan tidak melekat atas pinggan. Api jangan kuat. Kalau tepung bepum masak boleh tambah air dan kacau sehingga tepung betul-betu masak dan berkilat.
- Dah berkilat tuang kedalam loyang atau bekas yang korang suka.
- Sementara tu hiris nipis bawang dan goreng hingga kekuningan. Dah garing tutup api dan tabur bawang goreng tadi dengan lebih kurang 3 sudu besar minyak gorengan bawang tadi.
- Potong bila dah sejuk ya!
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment