Friday, September 13, 2019

UPSR 2019

Assalamulaikum...


Tahun 2019 ni anak akak yang seketul (seorang) exam UPSR. Tahun 2019 ini juga lah akak perlahankan semua aktiviti dan managed supaya tak banyak kena bertugas di luar kawasan sebab akak memang dah niat nak fokus pada dia. Dari awal tahun memang Kauthar ni struggle dengan segala homework, latihan, ulangkaji dan tuisyen setiap hari Sabtu dan Ahad. Hari persekolahan biasa pun balik pukul 4.30 - 5.00 petang. Makanya akak rasa tak salah pun cikgu-cikgu dan ibu bapa PIBG nak raikan anak-anak sebaik sahaja mereka tamat kertas peperiksaan terakhir iaitu Sains (Kertas 2).


Sebaik sahaja anak-anak masuk ke dewan peperiksaan Ibu-ibu Yakin dah transform tempat murid-murid tahun 6. Mereka siapkan tempat tersebut untuk raikan anak-anak tahun 6 dengan 'party' khas oleh McDonald! Suka sangat laa anak-anak ni. Sampai tak sempat nak bersedih dengan kesukaran untuk menjawab Sains Kertas 2.

Sebak juga lah bila dikenang-kenang perjalanan hampir setahun menuju UPSR 2019 ni. Terkenang sebab akak tengok sendiri betapa gigihnya Kauthar nak baiki gred dia dari 2A sampai naik ke 6A. Tuisyen, latihan sekolah, latihan tambahan, buku rujukan, soalan percubaan, soalan UPSR terdahulu dan latihan didik dan banyak lagi. Pantang dia sebut nak cari buku latihan semua akak turutkan sebab akak nak sokong segala usaha dia. Terkenang segala usaha cikgu-cikgu, Ibu-ibu Yakin yang bersusah payah sediakan sarapan sepanjang bermulanya persekolahan khas untuk anak-anak tahun 6. Tak terbalas semua budi baik dan jasa semua.

Demi memberikan sokongan moral akak pun ambil cuti sepanjang 4 hari Kauthar exam. Kauthar bukan sahaja dapat sokongan mama dan babah... Tapi Opah juga tau... Opah datang dari Kedah nak bagi sokongan kat Kauthar sepanjang minggu peperiksaan. Orang kata "apalah sangat UPSR". Ye lah... Orang anak ramai tak heran lah. Akak ni ade seketul (seorang) ni je. Biarlah akak nak berlebih-lebih pun kan?

Syukur... Alhamdulillah... UPSR dah selesai... Tapi doa dan tawakal kami belum selesai sehingga keputusan diperolehi... Semoga Kauthar beroleh kejayaan. Mama dan Babah tak kisah kakak dapat berapa pun... Sebab Mama dengan Babah nampak how struggle you are... I'm so proud of you dear!!!








No comments:

Post a Comment