Monday, May 30, 2011

SYUKUR YA ALLAH...

Tuhanku,
Jangan kau biarkan aku hanyut dalam kata hatiku,
Jangan kau tenggelamkan aku dalam kesedihan ini.

Tuhanku,
Sesungguhnya tiada tempat untuk ku mengadu,
Hanya padaMu ku bersujud siang dan malam,
Memohon agar diberikan kekuatan untuk terus hidup.

Tuhanku,
Amat sukar untuk berkongsi,
Lalu ku pendam sendiri rasa ini, rasa yang entah bila akan berpenghujung.

Tuhanku,
Jangan kau biar kisah lalu menghantuiku,
Aku mahu bangun dan menjadi umatMu yang paling bahagia,
Tidak dengan cinta manusia, tapi dengan rasa cintaMu.

Tuhanku,
Aku mahu sentiasa dekat denganMu,
Agar aku tidak gentar dengan ujianMu,
Aku mahu hanyut dengan cintaMu,
Dan merasa kasih sayangMu yang tidak pernah kurang.

Tuhanku,
Jika aku mampu untuk membuat pilihan,
Akan ku memilih untuk tidak khilaf atas segala perbuatanku,
Memilih untuk menjadi umatMu yang paling baik sedari kewujudanku,
Namun dayaku tidak utuh lalu hanyut bersama perasaan dan nafsu,
Ampunkan aku Ya Allah...

Tuhanku,
Limpahkanlah RahmatMu, kasih sayangMu kepadaku,
Agar aku nyaman dan damai di sini,
Biarkan rasa itu pergi dariku,
Rasa yang sering menyesakkan nafasku.

Tuhanku,
Hembusan nafasku adalah rahmatMu,
Rasaku adalah kasih sayangMu,
Senduku adalah cintaMu yang agung.

Tuhanku,
Tika mata ini tak mampu membendung rasa,
Kau hadir, menyelami segenap sanubariku,
Membuatkan ku nyaman dalam esakan sendiri,
Kau tak pernah jemu dengan rayuanku,
Kau kabulkan permintaanku...
Syukur Ya Allah...

Tuhanku,
Tika diri ini hampir gagal,
Kau memberikan cahayaMu,
Memanduku ke arahnya,
Alhamdulillah... Aku bangun untuk kasih sayangMu itu.

Tuhanku,
Seletah apa yang aku miliki,
Aku memohon, agar jangan kau ambil nikmat ini,
Jangan kau palingkan aku dari rahmatMu,
Hanyutkan aku dengan kasih sayangMu,
Pimpin lah aku ke jalan yang hak, yang batil,
Aku lemah tanpaMu,
Seringlah dengan ku, selagi nafas masih bertamu...

Amin...


No comments:

Post a Comment