Wednesday, November 23, 2011

DEBARAN SEMAKIN MEMUNCAK

Assalamualaikum...

Berdebar rasa hati nak menunggu prosedur haru Sabtu ni, 26 November 2011. Semalam pergi scan, Alhamdulillah semuanya cantik dan dalam keadaan yang baik. Berdebar juga mengenangkan rahmat yang Allah bagi. Seolah-olah doa sedang dimakbulkan. Segalanya berjalan tanpa dirancang... Laluan dan jalan amat dipermudahkan... 

Setelah scan semalam, doktor menurunkan dos suntikan kepada 75mg. Suntik sampai Khamis, 24 November 2011, selepas itu satu suntikan khas pada 25 November 2011 jam 6.30 petang. Lepas prosedure kena tunggu 3 minggu untuk tahu hasil rawatan. Jika positif, syukur pada Allah... Jika negatif, maka Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Saya tidak mahu mempersoalkan sesuatu yang telah Allah tetapkan untuk saya. Saya hanya berusaha agar semua masalah dapat diselesaikan dengan baik...

Terima kasih dan syukur yang tidak tehingga di atas segala rahmat Allah untuk saya dan keluarga. Semuanya semakin baik dan bertambah baik... Hikmah yang kita tak nampak di sebalik ujian yang Allah turunkan... Alhamdulillah hampir setahun telah berlalu, tragedi yang sampai mati saya tidak boleh lupa dalam diari perkahwinan yang telah masuk tahun ke 5. Dari saat peristiwa itu, saya telah berjaya mengharungi 1 tahun yang penuh dengan cabaran. Pelbagai petunjuk dari Allah yang ternyata masih sayangkan hambanya ini. Alhamdulillah...

Syukur kerana saya dapat melaluinya, walaupun kadangkala emosi lebih dari kewarasan. Itulah fitrah manusia, meletakkan emosi di tingkat paling atas. Sungguh sia-sia. Pengajaran yang diperolehi adalah, bergantung haraplah hanya kepada Allah! Minta hanya kepada Allah sahaja! Permintaan itu juga harus tulus dan penuh dengan pengharapan. Hanya mereka yang diuji dan ikhlas dengan ujian sahaja yang tahu meminta dan bergantung sepenuhnya kepada Allah. Kerana ada beza doa di antara mereka yang ikhlas dan yang mempersoalkan takdir. Sangat besar bezanya.

Alhamdulillah saya diuji... Itu tandanya Allah sayangkan saya...! :))


No comments:

Post a Comment