Monday, November 21, 2011

RASA ITU PELBAGAI!

Assalamualaikum...

Kadang-kadang rasa kecik hati ni datang ntah dari mana-mana je kan? Kecik hati campur busuk hati! Adoi... Bawak istighfar banyak-banyak la... Jangan nak dengki la sangat... Rezeki Allah bagi dalam macam-macam bentuk. Yang penting buka mata buka hati untuk kenang semua dan segala rahmat yang telah Allah kurnia pada kita.

Hari ni hari last suntikan. Alhamdulillah esok temujanji dengan doktor. Insyallah En. Suami akan turut serta. Dah pesan berkali-kali agar dapat ikut sama. Supaya semuanya berjalan lancar. Tapi jika tiada upaya, siapalah kita yang mahu mempersoalkan perhitungan dan percaturan Allah. Segala yang berlaku hanya dalam lingkungan pengetahuannya. Dia yang tau apa yang terbaik untuk hambaNya. Yang penting doa dan harapan perlu bulat hanya kepadanya. Ada la sebab Dia taknak bagi.... Don be sad!!!

Jadikan kehidupan seharian anda seceria yang mungkin, sepositif yang mungkin! Supaya aura-aura negatif tidak menghampiri anda!!!

No comments:

Post a Comment