Friday, November 18, 2011

PERASAAN TAKUT ITU PERGI

Assalamualaikum...

Hari ni hari terakhir makan ubat. Tapi merupakan hari pertama untuk suntikan. Wah...! Pengalaman pertama nak cucuk tu... Allah... Nak gugur jantung. Terketar tangan... Bagi memudahkan proses suntikan dilakukan selepas solat subuh sebab xmahukan ganguan dari sesiapa pun.

Alhamdulillah berjaya mengatasi perasaan takut itu. Bukan sakit pun, cuma bila kena suntik diri sendiri rase macam penaniayaan terhadap tubuh badan sendiri jek. Tetiba teringan macam mana la agaknya budak-budak yang tindik telingan dan bahagian-bahagian lain pada badan diaorang???

Secara keseluruhannya, dos suntikan berbaki 3 hari sahaja lagi... Tak sabar untuk follow up dengan doktor 22 November nanti...! Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar... Segala kemungkinan akan diterima dengan tabah dan tenang. Saya redha dan berserah kepada Allah. Jika ada rezeki, tak kemana... Rezeki hak mutlak Allah...

No comments:

Post a Comment