Friday, September 13, 2013

UJIAN BUAT KAMI..

Assalamualaikum,

Sungguh lama tidak menjengah ke dalam ruang ini. Malas pula nak check bila last entry. Kekangan kerja, masa yang terhad, kesibukkan berganda menguruskan rumah tangga dan ibu yang sedang sakit sekarang. Syukur saya masih mampu melaksanakan tugas sebagai isteri, anak, ibu dan pekerja. 

Bila sesekali penat bertandang, cepat-cepat reset minda. Tak mau sedikit pun aura negatif itu hadir dalam diri. Agak sukar tapi saya sebaik mungkin cuba.

****

Al kisahnya Mama (ibu saya) disahkan menghidap kanser payudara peringkat 3 secara rasmi pada 30 Ogos 2013. Memulakan rawatan kemoterapi pada 6 September 2013 (Jumaat). Mama masuk wad pada 5 September 2013 sehari sebelum rawatan kemoterapi dilakukan. Sempat temankan mama masa sesi kimoterapi yang pertama iaitu pada 6 September 2013 sehingga selesai. Selesai suntikan kemoterapi balik ke rumah adek lelaki di Damansara untuk kemas kain baju. Nak bawa mama balik ke Kuantan. 

Sebab utama bawa mama balik ke Kuantan adalah untuk hadkan kehadiran pelawat pada 3 hari pertama selepas kemoterapi. Semua ini dilakukan atas nasihat doktor bagi mengelakkan mama terdedah dengan virus dan bakteria dari tetamu yang hadir.

3 hari pertama kesan kemoterapi tidak begitu ketara kepada mama. Masuk hari ke 4 mama dah mula terbaring tidak bermaya. Perut sebu dan angin. Selera makan yang langsung kurang.

11 September 2013 (Rabu) mama dah tak mampu bertahan, lalu saya bawa ke Hospital KCDC. Doktor cuma masukkan 6 botol air dan inject ubat tahan muntah dan loya. Ini memang kesan kemoterapi katanya. Tak ada apa yang lebih baik kita boleh lakukan. Keluar wad 12 September 2013, mama agak bertenaga. Selera makan juga sedikit meningkat mungkin ragam perut yang tidak menentu. Dalam perjalanan pulang ke rumah teringat air kepala. Singgah beli 4 bj kepala pandan. Balik bagi mama minum sebiji. Mama pun berselera makan nasi berlaukkan ikan patin. 

Mama masuk bilik berehat. Kemudian ulang-alik ke bilik air sebab cirit birit pula. Berbuih-buih keluar air katanya. Sebelum masuk tidur pesan kat mama, kalau ada apa-apa jerit kat kakak (saya bahasakan diri kakak). Bangun tengok mama jam 3.00 pagi. tengok elok je tidur dia. Bangun jam 6.00 pagi masuk bilik mama, mama cakap dia dah stop minum air. Tak tahan ulang-alik ke bilik air. Lepas tu rasa nak demam tapi dan berpeluh balik ni. Risau juga kalau mama demam. Orang yang lepas buat kemoterapi kalau demam sangat bahaya. Doktor dah pesan cepat-cepat bawa ke klinik kalau mama demam.

Pagi tadi sebelum keluar ke pejabat, dah masakkan bubur, dah belikan sarapan dan buatkan air milo untuk mama. Mudah-mudahan mama boleh makan.

Habit saya setiap pagi sekarang, lurut rambut mama. Nak test gugur ke tak? Alhamdulillah masih belum gugur. Mujur tak cukur hari tu. Hehehehehe

Ada lagi 5 kali sesi kemoterapi. Mudah-mudahan mama kuat dan terus kuat. Amin..

xoxo

No comments:

Post a Comment